Isnin, 29 Jun 2009

Putera Ketiga PUU Selamat Dilahirkan!!!

Assalamualaikum W.B.T.,

Berkat doa dan sokongan daripada semua, Alhamdulillah, isteri saya Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar telah pun selamat melahirkan cahaya mata kami yang ketiga. Putera ketiga kami ini selamat dilahirkan tepat jam 8.34 pagi tadi (29 Jun 2009) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dengan timbangan 3.9 kilogram. Nama bagi Putera ketiga ini masih lagi belum diumumkan selaras dengan sunnah Nabi Muhammad agar memberikan nama hanya setelah hari ke tujuh.

Kepada sesiapa yang berhasrat menziarahi insya Allah isteri saya akan berpantang di kediaman kami di No 3, Jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang. Insya Allah mulai 1 Julai 2009.

Sekian dan terima kasih daripada saya dan keluarga saya.

Inilah gambar cahayamata kami yang sempat dirakamkan pada pagi tadi.


Disediakan oleh :
Syamsul Amri bin Hj Ismail
Pengarah Undang-Undang MPN

Khamis, 18 Jun 2009

Majlis Tilawah Al-Qur'an Ke 52 Peringkat Negeri NSDK

Majlis Tilawah Al-Qur'an Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 16 hingga 18 Jun 2009 bertempat di Pusat Dakwah Islamiah di Paroi. Dengan tema "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah", pertandingan ini telah disertai oleh kesemua Daerah di Negeri Sembilan. Majlis Tilawah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 16 Jun 2009 yang lalu. Majlis Penutup ini pula telah berlangsung pada 18 Jun 2009

Majlis Penutup ini telah dimulakan pada jam 8.00 malam dengan Majlis Penutup ini telah disempunakan oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
  
Majlis Tilawah Al-Qur'an ini turut diserikan dengan penyampaian bacaan Al-Qur'an secara Qiraat oleh Sheikh Soleh Zaki Al-Misri. Di dalam majlis ini juga DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan juga turut telah perkenan untuk menyempurnakan pelancaran buku "Kembali kepada Al-Qur'an" Jilid 3 yang telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang kini diterajui oleh Mufti yang baru iaitu Sahibus Samahah Dato' Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu berunsur kerohanian oleh Kumpulan Kopratasa. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya, dan kepada yang gagal, cuba lagi di lain masa. Bukanlah kemenangan yang penting, tetapi yang lebih utama, syiar Islam yang mampu ditegakkan melalui pembacaan Al-Qur'an. Insya Allah.


DYMM Yang DiPertuan Besar menyempurnakan titah perasmian sambil ditemani oleh YAB Menteri Besar
Demikian indahnya pentas Tilawah yang telah dihias dan direkabentuk oleh Penganjur





Tertera Tema "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"
Di antara orang ramai yang hadir
DYMM Yang DiPertuan Besar telah perkenan melancarkan buku "Kembali Kepada Al-Qur'an


Persembahan Nanyian oleh Kumpulan KOPRATASA


Hakim memberikan ulasan serta mengumumkan nama pemenang Tilawah
Yang DiPertuan Besar perkenan menyampaikan cenderamata




























********************************
KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN
TILAWAH PERINGKAT NEGERI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
1430 H/2009 M

************************************
KATEGORI DEWASA LELAKI
******************************
JOHAN
Syahiruddin bin Hj Daud
31 Tahun
Johan Menunggu
NAIB JOHAN
Abd Latif bin Mohd Ali
42 Tahun
Rembau
**********************************
KATEGORI DEWASA WANITA
******************************
JOHAN
Noorliza bin Tajudin
45 Tahun
Rembau
NAIB JOHAN
Hajah Maimon binti Harun
54 Tahun
Johan Menunggu
KETIGA
Hafisah binti Saad @Yahaya
38 Tahun
Port Dickson
******************************
KATEGORI REMAJA LELAKI
******************************
JOHAN
Mohamad Husaini bin Mahmur
17 Tahun
Johan Menunggu
NAIB JOHAN
Khairul Anwar bin Shamsudin
17 Tahun
Seremban
KETIGA
Zainul Irsyadi bin Zainal
14 Tahun
Jempol
*****************************
KATEGORI REMAJA WANITA
******************************
JOHAN
Nur'Ain Akmal binti Amir Hamzah
16 Tahun
Port Dickson
NAIB JOHAN
Afifah Syukriah binti Abd Ghani
10 Tahun
Jelebu
KETIGA
Amira Najiha binti Mohd Amin
10 Tahun
Seremban
Disediakan oleh : EDITOR

Rabu, 3 Jun 2009

Sambutan Harijadi Dato YDP MPN

Pada 1 Jun 2009 yang lalu maka genaplah usia Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif kepada 52 tahun. En Alias Mansor, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPN telah mengadakan satu majlis ringkas sambutan ulangtahun kelahiran Dato YDP. Majlis yang dihadiri oleh sekelian ketua-ketua Jabatan ini tetap berlangsung meriah dan suasana ceria.

Majlis dimulakan pada jam 10.00 pagi di mana ia dimulakan dengan bacaan doa oleh En Syamsul Amri Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN. 

Adalah diharapkan agar Dato YDP dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah SWT, insya Allah.
Dato YDP dijemput untuk menyampaikan ucapan Dato YDP menyampaikan rasa terharu dan terima kasihnya di atas majlis yang diaturkan Dato YDP memotong kek sambil diperhatikan oleh Ketua-Ketua Jabatan
Dato YDP memotong kek ditemani oleh Tuan Hj Ali Luman (Setiausaha, MPN)


Dilaporkan oleh : EDITOR