Isnin, 16 November 2009

Tahniah Mazlan Dengan Kehadiran Cahaya Mata

SEORANG LAGI KAKITANGAN JABATAN UNDANG-UNDANG
MENDAPAT CAHAYA MATA PERTAMA

milik siapakah baby ini?
_
Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan mengucapkan tahniah kepada kakitangan yang bernama Mazlan Muhammad diatas kelahiran cahaya mata pertamanya pada 15 November 2009. Baby perempuan seberat 3.25kg telah selamat dilahirkan pada jam 5.40ptg. Moga dengan kelahiran cahaya mata pertama ini akan memberikan sinar dalam kehidupan seharian dan mendapat rezeki yang melimpah ruah..... Insya Allah

(fndy_07: selamat menjadi bapa yang soleh, pas ni dah makan bertiga he..he...he)

Selasa, 10 November 2009

Selamat Pengantin Baru Bell dan Shida

SEMOGA BERBAHAGIA DAN SELAMAT PENGANTIN BARU
BUAT FADLI DAN SHIDA







Pada 8 November 2009 telah selamat dilangsungkan Majlis Persandingan Raja Sehari antara kakitangan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan dan Jabatan Perbendaharaan Majlis Perbandaran Nilai iaitu Fadli Faksi dan Norsyahida. setelah setahun mengikat janji akhir dileraikan dengan ikatan perkahwinan dan semua kakitangan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan berdoa moga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat mereka.
(fndy_7: welcome to our club (kelab-kelab suami orang), dah lama x makan hidang kat majlis orang kawin)
Terasa nak pantun lak untuk si bell ni:
Buah Pinang dalam perahu
Ambil sebiji dibelah dua
Majlis yang dinanti dah berlalu
Moga kekal abadi sehayat bersama

Seminar 1 Malaysia : Towards A Sustainable Landscape

Satu seminar telah berlangsung dengan tema "1 Malaysia: Towards Sustainable Landscape" pada 10 dan 11 November 2009 bertempat di Nilai Springs Resort Hotel. Seminar dua hari ini telah disertai oleh Arkitek-Arkitek Landskap daripada agensi kerajaan dan swasta yang datangnya daripada seluruh negara. Program ini merupakan program yang tercetus hasil daripada kerjasama Jabatan Arkitek Landskap, Fakulti Pembangunan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan School of Continuing Education (SPACE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Penganjur bersama bagi seminar dua hari ini juga adalah daripada Jabatan Landskap Negara (JLN) di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Majlis Perbandaran Nilai (MPN) selaku tuan rumah.
.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Siow Chen Pin, Pengerusi Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru bagi mewakili YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin, Timbalan Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang tidak dapat hadir di atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Seminar ini dipengerusikan oleh En. Shaharudin Safiullah daripada SPACE, UTM.
.
Selepas selesai majlis perasmian dijalankan, YB Siow Chen Pin telah dibawa melawat ke booth pameran berkenaan Landskap yang telah disediakan di ruang pameran.
.
Bagi sesi ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Tuan Hj Esa bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Landskap Negara bagi menggantikan Ketua Pengarah JLN yang tidak dapat hadir. Majlis Perbandaran Nilai pula telah diwakili oleh En. Nasaruddin Ab Rahman (Pengarah Landskap MPN) dan En. Syamsul Amri Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang MPN).
.
Jadual Kursus adalah seperti berikut:
.
10 November 2009
.
Kertas 1
.
"MASJIDS as Socially Inclusive and Sustainable Spaces: Enlightening Singapore Phenomenon"
.
Disampaikan Oleh:
.
Assoc. Profesor Dr. Hasanudin bin Lamit
Pensyarah UTM
.
Kertas 2
.
"Traditions and Vernacular Landscape in Contemporary Malaysia"
.
Disampaikan Oleh:
.
Pn. Kamariyah Kamsah
(Ahli ILAM/Arkitek Landskap/Pensyarah di Dinabfiz Design
.
Kertas 3
.
"Indigenous Ethological Manifestation into Sustainable Landscape Development"
.
Disampaikan Oleh:
.
Pn. Sapura Mohamad
(Pensyarah UTM/Ahli Korporat ILAM)
.
11 November 2009
.
Kertas 4
.
" Wetland Development and Its Co-existence With Planned Residential Development"
.
Disampaikan Oleh:
.
En. Hashim
(Certified Aborist, Tropic Plantscape Sdn Bhd)
.
Kertas 5
.
"New Town Development & Conservation of The Natural Landscape"
.
Disampaikan Oleh:
.
En. Low Yat Seow
(Pengarah di Yee Seng Height Sdn Bhd)
.
Kertas 6
.
"Public Park Development: Ecological Consideration In Taman Bukit Kiara, Kuala Lumpur"
.
Disampaikan Oleh:
.
Pn. Hajah Rotina Mohd Daik
(Pengarah Bahagian Pengurusan Polisi & Korporat, JLN)
.
Kertas 7
.
"Park and 1 Malaysia"
.
Disampaikan Oleh:
.
Pn. Rabiatul Adawiyah Syed Nasir
(Pensyarah UiTM)
.
Kertas 8
.
"From Derelict Land to Theme City"
.
Disampaikan Oleh:
.
En. Mohd. Tajul Ashikin
(Pengarah Urusan, Tajul LandArt / Ahli Korporat ILAM)
.
Kertas 9
.
"A Sustainable Model For Architecture and Landscape Integration"
.
Disampaikan Oleh:
.
Tuan AR. David Mizan Hashim
(Pengasas / Arkitek di Veritas Design Group Sdn Bhd)
.
En. Shaharudin Safiullah menuju ke rostrum bagi menyampaikan kata-kata aluan
En Shaharudin mengalu-alukan kehadiran peserta ke program ini
Kelihatan YB Siow Chen Pin berada di atas pentas bersama-sama VVIP lain
Di antara peserta-peserta seminar yang hadir
YB Siow menyampaikan ucapan perasmian
Kesemua peserta mendengar ucapan perasmian yang disampaikan
Mendengar dengan fokus dan penuh minat
Seminar ini telah dimulakan pada tahun 2008 oleh SPACE, UTM
Pengacara Majlis
YB Siow Chen Pin merasmikan seminar dengan paluan gong sebagai simbolik perasmian
Suasana di atas pentas sebaik selesai simbolik perasmian
YB Siow Chen Pin menerima cenderahati daripada pihak penganjur
YB Siow dan VVIP lain dibawa melawat ke sudut pameran yang telah disediakan
YB Siow diberi penerangan berkaitan maklumat-maklumat yang dipamerkan
Kelihatan kakitangan Jabatan Landskap, MPN yang turut menyertai seminar ini
YB Siow Chen Pin mendengar dengan tekun setiap penerangan yang diberikan
Kertas kerja pendahuluan Oleh Tn Hj Esa Ahmad
Kertas Bertajuk : "Sustainable Malaysian Landscape : Vision Beyond Garden Nation"
Tn Hj Esa Ahmad sudah bersedia membentangkan kertas kerja pendahuluan
Tuan Hj Esa menyampaikan kertas kerja pendahuluan
.
.
.
.
.
Disediakan Oleh : EDITOR

Selasa, 3 November 2009

Majlis Doa Selamat di Jabatan Bangunan, MPN

Pada 2 November 2009, bertempat di Jabatan Bangunan, MPN, telah diadakan satu majlis bacaan doa selamat bagi meraikan hari lahir kakitangan Jabatan Bangunan iaitu Saudari Hajar. Majlis ini juga diadakan bagi mendoakan keselamatan Puan Robiah Talib yang bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Haji. Adalah diharapkan Puan Robiah akan selamat pergi dan selamat pulang, dan beroleh haji yang mabrur hendaknya, mudah-mudahan. Majlis ini telah menjemput En. Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang, MPN)bagi membacakan doa selamat.
Hajar memotong kek yang ditaja oleh 'Secret Recipe'
Puan Hajah Marziah turut diundang ke majlis ini
Di antara kakitangan Jabatan Bangunan yang hadir ke majlis ringkas ini
*******************************************************************************************
Disediakan oleh : EDITOR




Lagi Gambar Perarakan Kereta Berhias

LAGI GAMBAR
PERARAKKAN KERETA BERHIAS
BERSEMPENA DENGAN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA
YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

TUANKU MUHRIZ IBNI AL-MARHUM TUANKU MUNAWIR