Rabu, 25 Mac 2009

Selamat Pengantin Baru Hamizi !!

Selamat Pengantin Baru

Buat

Mohd Hamizi bin Ramly

dan

Norshahida binti Md Dahad

Yang Melangsungkan Perkahwinan Pada 22 Mac 2009 Bertempat di Kg Sg Machang Ulu, Lenggeng




Ikhlas Daripada - Kakitangan Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa

Oleh - Editor

Selasa, 24 Mac 2009

Bengkel Pengurusan Audit Nilai, di Klana Resort, Seremban

Satu Bengkel Pengurusan Audit Nilai telah dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban pada 23 Mac 2009. Program ini berlangsung di Klana Resort, Seremban. Program ini disertai oleh kakitangan dari pelbagai Jabatan di dalam Majlis Perbandaran Seremban serta Majlis Perbandaran Nilai. Bengkel ini telah berlangsung sejak jam 8.30 pagi hinggalah jam 4.30 petang.


Bengkel ini diadakan berasaskan kepada Arahan YAB Perdana Menteri dalam arahan perkhidmatan No. 1 Tahun 1998 serta Siri 2, No. 1 Tahun 2000 melalui Garispanduan Pelaksanaan Penyeliaan Program-Program Nilai Murni.


Bengkel ini juga berteraskan kepada Jawatankuasa Sistem Pengurusan Audit Nilai yang bermula sejak 21 Disember 2004. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 5 orang ahli akademik daripada UIAM, UKM, UUM, UM dan UPM dan seorang Perunding Pengurusan. Ia turut dianggotai wakil dari MAMPU, IKIM, IIM, BPA dan SPRM. Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA bertindak selaku urusetia.

Objektif bengkel ini diadakan adalah:

1. Memastikan program-program nilai murni dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat;

2. Panduan merangka strategi meningkatkan pemahaman, penghayatan dan pengamalan nilai di agensi;

3. Bukan mencari kelemahan tetapi lebih kepada usaha pembangunan


Faedah daripada Bengkel ini antara lain; mampu mendapatkan maklumat berhubung tahap amalan nilai di organisasi, menilai kembali program-program nilai yang telah dilaksanakan untuk membuat penambahbaikan atau pembentukan program baru dan; membuat perancangan program-program nilai yang diperlukan.

Ceramah dan Praktikal (Latih-Amal) Bengkel ini telah dikendalikan oleh En Chris Abas, daripada Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA dari Putrajaya.
Antara peserta yang terlibat di dalam Bengkel
En Chris Abas tenang menyampaikan penerangan mengenai sistem Audit Nilai

Antara kakitangan MPS dan MPN yang bekerjasama pada sesi latih amal
En Bachik bin Osman (Pengarah Jabatan Sukan, Rekreasi, Kebudayaan dan Warisan, MPS) menyampaikan ucapan Perasmian Penutup selaku wakil daripada pihak MPS

- Editor -

Kelahiran Nurhan Irsyad, Tahniah buat En Nasir!

Pada 16 Mac 2009, En Nasiruddin Ab Rahman (Pengarah Jabatan Landskap, MPN) telah pun selamat menyambut kelahiran cahaya mata nya yang keempat. Cahaya mata lelaki dengan timbangan 3.25 kg ini dilahirkan pada jam 7.54 petang di Hospital Pakar An-Nur di Bangi.

Anak keempat En Nasir diberi nama Nurhan Irsyad. Selamat berbahagia diucapkan dan semoga dimurahkan rezeki buat sekelian keluarga En Nasir. En Syamsul (Pengarah Undang-Undang, MPN) telah membuat lawatan ke kediaman En Nasir di Prescint 8, Putrajaya pada 21 Mac 2009.




- Editor -

Jamuan Makan Malam MPS & Sambutan Ulangtahun MPS Ke - 112

Pada 20 Mac 2009, telah berlangsungnya Majlis Jamuan Makan Malam Majlis Perbandaran Seremban (MPS) serta Sambutan Ulangtahun MPS Yang Ke - 112. Majlis berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban bermula jam 8.00 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Utama, Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir , YB Dato Hj Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YB Dato Radzak Mansor, Speaker Dewan Undangan Negeri, serta beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Sembilan seperti; YB Dato Radzi Kail, YB Dato Yunus Rahmat dan lain-lain lagi.

Beberapa orang pegawai dan kakitangan MPN turut hadir ke majlis ini termasuklah En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang, MPN).

Majlis ini dimulakan dengan persembahan koir yang disampaikan oleh Kumpulan Koir MPS. Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan diiringi oleh pertandingan Phantomin yang disampaikan oleh Kumpulan Merah, Biru, Kuning dan Hijau yang mana terdiri dari pada kaitangan MPS. Pertandingan ini menawarkan hadiah RM 3,000 (Johan), RM 2,000 (Naib Johan), RM 1,000 (Ketiga) serta RM 500 (Keempat). Pertandingan ini bertemakan "MPS Sebagai Sebuah Bandaraya". Tempat pertama pertandingan ini telah digondol oleh Rumah Merah.

Di dalam majlis ini turut menyediakan 50 hadiah cabutan bertuah yang dicabut disepanjang majlis khusus untuk kesemua yang hadir pada malam tersebut.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh YBhg Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban. Dan akhirnya Majlis ditutup dengan Ucapan Perasmian oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

YAB Menteri Besar kemudiannya menyampaikan cenderahati kepada para pemenang pertandingan Phantomin yang dipersembahkan pada malam itu.
Kelihatan YAB Menteri Besar duduk di Meja VVIP berhadapan Pentas
Persembahan memukau oleh salah seorang kakitangan MPS
Kakitangan MPS menggambarkan kreativiti masing-masing di dalam pementasan phantomin


Pengarah Undang-Undang yang turut hadir ke majlis ini meskipun baru sahaja pulang dari Johor Bharu
YAB Menteri Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Isnin, 23 Mac 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan 2009

Satu Majlis Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan 2009 telah diadakan di Johor Baharu pada 18 hingga 20 Mac 2009, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PERSADA), Johor Baharu. Majlis ini dimulakan dengan jamuan makan malam bertempat PERSADA pada jam 8.00 malam, 18 Mac 2009. Majlis ini disertai oleh semua YDP serta wakil PBT-PBT di seluruh negara.
Tetamu kehormat yang telah hadir di dalam Majlis jamuan pada malam tersebut adalah YB Datuk Hj Zahri bin Jamil, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor. Turut hadir ke majlis berkenaan adalah YBhg Dato Ahmad bin Hj Kabit, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Pada malam tersebut juga Datuk Arfah telah mengumumkan senarai pencapaian star rating (SSR PBT) bagi tahun 2008. Tiada PBT yang berjaya meraih 5 bintang. Namun, sebanyak 10 PBT telah berjaya mencapai tahap 4 bintang iaitu :

1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (84.5%)
2. Majlis Perbandaran Subang Jaya (84.4%)
3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (80.5%)
4. Majlis Bandaraya Shah Alam (80.5%)
5. Majlis Perbandaran Kuantan (80.25%)
6. Majlis Bandaraya Johor Bahru (79.4%)
7. Majlis Perbandaran Alor Gajah (77.45%)
8. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (77.4%)
9. Majlis Perbandaran Klang (76.2%)
10. Majlis Perbandaran Manjong (76.1%)

Pada Majlis ini MPN telah diwakili oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang) serta En Zulkiefly Nasir (Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta). Manakala Y.Bhg Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif iaitu YDP MPN turut hadir selaku wakil pihak Majlis Perbandaran Seremban.

MPS dan MPN sama-sama memperolehi 3 bintang daripada penilaian SSR-PBT 2008.

Menurut KSU KPKT menyatakan jika sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat memberikan perkhidmatan yang baik, maka pada kacamata rakyat kemajuan adalah baik. Menerusi pakej rangsangan awam, kerajaan telah bersetuju untuk membuka jawatan untuk beratus-ratus jawatan kontrak bagi tujuan membantu mempertingkatkan prestasi perkhidmatan awam.

Beliau menambah lagi "whatever decisions that have been made, without implementation, will be meaningless".

Kursus yang berlangsung selama 3 hari itu turut membentangkan beberapa kertas kerja melibatkan:

a) Sesi 1 : Denggi dan Cikungunya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
b) Sesi 2 : Kesedaran Mengenai Kebersihan Tandas oleh Persatuan Tandas Malaysia (QRAM)
c) Sesi 3 : Sistem Penggredan PBT (SSR-PBT) oleh Datuk Arfah (KPKT)
d) Sesi 4 : Garispanduan Papan Iklan Luar (Billboard)
e) Sesi 5 : Pelaksanaan COB di PBT : Isu dan Cabaran
f) Sesi 6 : Pelaksanaan Perbadanan Pelupusan Sisa Pepejal, Akta 663, Isu dan Cabaran
g) Sesi 7 : Penerangan Berkenaan Lesen dan Perniagaan

Majlis Makan Malam dan Anugerah Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan
PBT yang meraih 4 bintang dijemput naik ke atas pentas bagi menerima sijil serta geran berjumlah RM 200,000 daripada pihak KPKT









Selamat maju jaya diucapkan buat MPN dan semoga dalam tahun mendatang MPN berjaya memperolehi 4 dan 5 bintang, insya Allah.

- Editor -

Ahad, 15 Mac 2009

MPN Juara Bolasepak Sukan PBT Negeri Sembilan 2009

Shahrul Noriman Wira MPN!!!!

Majlis Perbandaran Nilai
menepati ramalan apabila menewaskan pasukan Majlis Daerah Jempol di perlawanan akhir. Perlawanan yang berlangsung pada 14 Mac 2009, jam 5.00 petang bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ini berlangsung sengit dalam keadaan padang yang basah serta diiringi hujan renyai-renyai. Begitu juga dengan penyokong-penyokong MPN yang setia menanti sehingga ke akhir perlawanan bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan MPN.

Keadaan padang yang basah menjanjikan perlawanan yang sengit serta agresif
Pemain-Pemain MPN menjalankan sesi pemanas badan sebelum beraksi
Pemain-pemain menetap matlamat di bilik persalinan sebelum berjuang
Jurulatih meniupkan kata-kata semangat buat pemain-pemain yang bakal beraksi
Pemain berarak masuk ke padang sebelum perlawanan
MPN diketuai oleh Kapten, Isham Kamaruddin
Pemain-Pemain menyanyikan lagu Kebesaran Negeri Sembilan

Kesebelasan Utama MPN bergambar sebelum beraksi
Pemain-pemain sebelum memulakan perlawanan
MD Jempol memulakan asakan bertubi-tubi.

MD Jempol (MDJ) telah mempamerkan aksi yang menarik sehingga mengatur serangan bertubi-tubi ke arah gol MPN sebaik sahaja perlawanan bermula. MPN seolah-olah hilang arah cuba mengatur strategi namun seringkali kehilangan bola serta asakan MPN mudah digagalkan oleh pertahanan MDJ.

MPN kelihatan hilang punca, dan berkemungkinan ekoran tekanan perlawanan akhir.

Kealpaan MPN akhirnya membawa padah apabila MDJ berjaya terlebih dahulu membolosi gawang MPN apabila cubaan mereka dari luar kotak penalti menerjah terus ke gawang gol MPN tanpa mampu diselamatkan oleh Fadli. MDJ selepas itu terus mengamalkan corak permainan bertahan. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, berbekalkan semangat apabila melihat Dato YDP turut turun ke bangku simpanan MPN untuk membantu pasukan menyuntik semangat yang berbeza di separuh masa kedua. MPN kelihatan lebih tersusun cuba membolosi gawang MDJ sejak dari minii awal. Namun, usaha mereka dinafikan beberapa kali oleh ketangkasan penjaga gol MDJ. Beberapa peluang menerusi tendangan percuma, peluang yang dimiliki oleh Federaushdan turut hampa apabila mereka tetap gagal membolosi gawang gol MDJ.

Pada minit ke 80, jurulatih mengambil keputusan mengeluarkan Raja Mohd dan menggantikan beliau dengan Prakash. Kemasukan Prakash ini dilihat memberikan impak kepada pertandingan di mana beberapa kali hantaran ke tengah dilihat mengancam gawang gol MDJ. Akhirnya pada minit 83, MPN menemui gol yang dicari-cari apabila Shahrul Noriman melepaskan rembatan kencang ke gawang gol tanpa mampu diselamatkan oleh penjaga gol MDJ. Selepas itu MPN terus menggandakan usaha sehingga tamat permainan namun gagal menambah gol.

Perlawanan diteruskan dengan sepakan penalti bagi menentukan siapakah juara pertandingan akhir ini. Dan akhirnya sejarah tercipta apabila MPN bergelar juara setelah menumbangkan MDJ dengan jaringan 4-3 pada sesi tendangan penalti ini. Tahniah diucapkan buat En Nasiruddin dan En Syamsul yang telah membawa pasukan ini hingga menjadi juara!

Pemain-pemain, Pengurus dan Jurulatih bersorak keriangan setelah bergelar juara!!!
Dato Yang DiPertua turut bersama-sama merakamkan detik kegembiraan pasukan bagi tahun 2009 ini.

Dilaporkan oleh - Editor Blog Jabatan Undang-Undang

Karnival Sukan PBT Negeri Sembilan 2009

Karnival Sukan PBT Negeri Sembilan telah berlangsung dengan meriahnya bermula pada 13 Mac 2009 hingga 15 Mac 2009. Sebanyak 11 Acara yang dipertandingkan iaitu:

1. Bowling VVIP
2. Bowling
3. Karom
4. Dam Aji
5. Congkak
6. Ping Pong
7. Tarik Tali
8. Badminton
9. Dart
10. Bola Sepak
11. Bola Jaring

Acara telah dimulakan dengan acara Bowling dan Acara Bowling VVIP iaitu pada 13 Mac 2009 bertempat di Ampang Bowl, Seremban Parade. Acara Bowling ini bermula sejak jam 5.00 petang.

Acara Bowling VVIP

Di dalam Acara Bowling VVIP, En Syamsul Amri Ismail yang mewakili MPN mengungguli tempat pertama diikuti oleh Tuan Hj Lokman Omar (MPS) di tangga kedua. Manakala tempat ketiga disandang oleh dari En Shamsul Kamal UPKT.

En Syamsul Bergambar bersama hadiah johan yang dimenangi bagi acara Bowling VVIP Sukan PBT Negeri Sembilan 2009

Acara Bowling

Bagi acara Bowling, kedudukan Pertandingan adalah seperti berikut:

JOHAN - Majlis Perbandaran Seremban
NAIB JOHAN - Majlis Perbandaran Nilai
KETIGA - Unit Perumahan & Kerajaan Tempatan
KEEMPAT - Majlis Perbandaran Port Dickson

Acara Bola Jaring

Bagi Acara Bola Jaring, MPS mengekalkan kejuaraan tahun lalu apabila menumpaskan pasukan UPKT di perlawanan akhir, Berikut merupakan keputusan penuh Bola Jaring:

JOHAN - Majlis Perbandaran Seremban
NAIB JOHAN - Unit Perumahan & Kerajaan Tempatan
KETIGA - Majlis Perbandaran Port Dickson
KEEMPAT - Majlis Daerah Jempol

Antara aksi pasukan Bola Jaring ketika MPN menentang MPS

Acara Bolasepak

Acara Bolasepak merupakan satu acara yang paling dinantikan dan mengiringi pengharapan seluruh warga MPN yang dahagakan kejuaraan. Alhamdulillah, pasukan bolasepak MPN menepati sasaran apabila bergelar juara dengan menumpaskan Majlis Daerah Jempol melalui sepakan penalti 4-3 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Tahniah buat En Nasiruddin dan En Syamsul yang telah berjaya membawa pasukan MPN sehingga bergelar juara!!

Kedudukan penuh acara Bolasepak:

JOHAN - Majlis Perbandaran Nilai
NAIB JOHAN - Majlis Daerah Jempol
KETIGA - Majlis Daerah Kuala Pilah & Majlis Daerah Tampin

Kesebelasan Utama MPN ketika menumpaskan pasukan Majlis Daerah Jempol di perlawanan akhir

Acara Karom

MPN beraksi cemerlang bagi acara ini apabila menempah tiket ke pertandingan akhir. Namun, nasib tidak menyebelahi apabila MPN bergelar Naib Johan setelah tumpas di tangan MPS di perlawanan akhir.

Keputusan penuh acara Karom :

JOHAN - Majlis Perbandaran Seremban
NAIB JOHAN - Majlis Perbandaran Nilai
KETIGA - Unit Perumahan & Kerajaan Tempatan
KEEMPAT - Majlis Daerah Kuala Pilah

Antara aksi yang ditunjukkan di dalam acara karom
Sazira kelihatan riang di dalam pertandingan
Aksi di dalam acara karom kategori beregu campuran
Pn Robiah dengan gaya 'sharp-shooter' !!
En Alias memerhatikan sesuatu bagi menyusun strategi tembakan seterusnya
Pn Robiah dengan gaya selesa di pusingan awal


Sazira dengan penuh ketenangan sebelum membuat tembakan

Acara Congkak

Acara Congkak memperlihatkan kehebatan yang ketara kepada pasukan lawan, ini memandangkan pengalaman luas yang dimiliki oleh pihak serta format pertandingan yang baru telah memerangkap pemain-pemain harapan MPN. Namun pujian tetap diberikan apabila pemain-pemain tetap tidak putus asa beraksi sehingga di akhir permainan meskipun tewas. Semoga berjaya di lain masa.

Keputusan penuh pertandingan congkak:

JOHAN - Unit Perumahan & Kerajaan Tempatan
NAIB JOHAN - Majlis Daerah Jelebu
KETIGA - Majlis Daerah Tampin
KEEMPAT - Majlis Daerah Kuala Pilah

Gaya pemain-pemain congkak yang penuh tertib

Acara Dam Aji

Bagi acara ini, pemain MPN menunjukkan aksi memberangsangkan apabila mara sehingga ke peringkat separuh akhir. Nasib sekali lagi tidak menyebelahi apabila MPN sekadar berjaya meraih tempat yang ketiga.

Keputusan penuh Acara Dam Aji :

JOHAN - Unit Perumahan & Kerajaan Tempatan
NAIB JOHAN - Majlis Perbandaran Port Dickson
KETIGA - Majlis Perbandaran Nilai
KEEMPAT - Majlis Daerah Tampin


Permainan penuh hati-hati ditunjukkan di dalam acara Dam Aji oleh Saudara Yunus
Puan Norhayati turut mempamerkan aksi tenang di dalam acara Dam Aji

En Kamaruzaman dengan bersahaja menentang peserta Majlis Daerah Tampin
Pemandangan keseluruhan Kompleks Sukan Paroi yang merupakan venue acara congkak, dam aji dan karom.

Acara Dart

Pasukan MPN, juga gagal di dalam perjuangan di dalam acara ini apabila tewas di peringkat separuh akhir. Namun MPN tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya meraih tempat ketiga di dalam acara dart ini.

Keputusan penuh acara Dart :

JOHAN - Majlis Daerah Tampin
NAIB JOHAN - Majlis Perbandaran Seremban
KETIGA - Majlis Perbandaran Nilai
KEEMPAT - Majlis Daerah Kuala Pilah


Acara Tarik Tali

Bagi acara ini, MPN sekali lagi beraksi cemerlang berbekalkan semangat yang didorong oleh kapten iaitu En Nazri telah berjaya menjuarai Kumpulan A. Namun perjuangan mereka tersekat di Separuh Akhir apabila tumpas kepada pasukan Majlis Daerah Tampin dengan 2-1.

Keputusan penuh pertandingan Tarik Tali :

JOHAN - Majlis Daerah Tampin
NAIB JOHAN - Majlis Perbandaran Seremban
KETIGA - Majlis Perbandaran Nilai
KEEMPAT - Majlis Daerah Jempol

Pasukan Tarik tali membuat warming up sebelum pertandingan separuh akhir
En Nazri memakaikan tali pinggang untuk kesemua peserta tarik tali MPN
Kedua-dua pasukan MPN dan MD Tampin menjalani proses menimbang berat

Barisan "Badang" MPN bergambar sebelum beraksi
Pasukan MPN berjaya menumpaskan MD Tampin pada tarikan pertama namun tewas pada tarikan kedua dan ketiga.
Inilah pasukan (MD Tampin) yang menewaskan MPN dan seterusnya menjuarai pertandingan ini.
Wakil MPN berusaha keras di dalam pertandingan ini namun tewas disebabkan faktor padang yang basah dan licin. Apa pun tahniah diucapkan.

Acara Ping Pong

Acara yang tidak diberikan pengharapan sejak dari awal ini telah menyangkal sangkaan pelbagai pihak apabila berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir. Namun, pengalaman membezakan, kerana akhirnya pemain MPN tumpas di separuh akhir kepada pasukan yang lebih berpengalaman iaitu kepada pasukan UPKT yang akhirnya menjuarai pertandingan ini.

Keputusan penuh Ping Pong :

JOHAN - Unit Perumahan & Kerajaan Tempatan
NAIB JOHAN - Majlis Perbandaran Seremban
KETIGA - Majlis Perbandaran Nilai
KEEMPAT - Majlis Perbandaran Port Dickson

Aksi ketika MPN menentang UPKT di Perlawanan Separuh Akhir
Acara Single Pertama
Antara penyokong yang hadir di gelanggang Ping Pong di MSN
Acara beregu wanita

Acara Badminton

Bagi acara Badminton pula, MPN tewas dipermulaan saingan kerana berhadapan dengan lawan yang mempunyai pengalaman mewakili Negeri Sembilan di dalam kejohanan MAKSAK dan sebagainya. Namun, diharapkan MPN akan terus berusaha agar boleh memberikan cabaran yang lebih bermakna pada pertandingan yang akan datang.

Keputusan penuh Badminton :

JOHAN - Unit Perumahan & Kerajaan Tempatan
NAIB JOHAN - Majlis Daerah Tampin
KETIGA - Majlis Perbandaran Seremban
KEEMPAT - Majlis Daerah Jempol

Majlis Penutup Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan 2009

Majlis penutup telah diadakan pada 15 Mac 2009, jam 4.30 petang bertempat di Kompleks Sukan Paroi. Majlis Penutup ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif (Yang DiPertua MPS dan MPN). Turut hadir adalah YDP-YDP Majlis daerah, pegawai-Pegawai SUK, Ahli-Ahli Majlis MPS dan MPN serta athlit-athlit yang telah beraksi selama dua hari sejak 13 Mac 2009.

Pasukan MPS telah disytiharkan selaku juara keseluruhan diikuti oleh pasukan UPKT di tempat kedua serta MPN yang dahulunya di tangga yang agak bawah kini mencapai tempat ketiga keseluruhan pada tahun ini. Syabas dan Tahniah diucapkan.

Di antara Athlit yang hadir di majlis penutup
Sahibul Fadhilah Ustaz Mohd Fadil (Imam Besar Masjid Negeri) memulakan majlis dengan bacaan doa
Kelihatan Kontinjen MPN dan MPS yang duduk bersebelahan
Y.Bhg Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif menyampaikan Ucapan Perasmian Penutup
Seterusnya Dato YDP menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Hadiah Bagi Acara Dam Aji

Hadiah bagi Acara Karom
Hadiah Bagi Acara Ping Pong
Ping Pong
Hadiah Bagi Acara Tarik Tali
En Nazri turut menerima hadiah selaku Kapten Tarik Tali MPN
Hadiah acara Bowling
Hadiah Acara Bolasepak
Barisan pemain bolasepak MPN yang menerima hadiah
Isham Kamarudin 'permata baru' berharga yang MPN sandarkan untuk beberapa kejuaraan lagi
Barisan Athlit bergambar beramai-ramai
Hadiah yang sedemikian banyak diraih, disusun dihadapan mereka
Kesemua athlit bersorak riang sambil berjanji untuk lebih berjaya pada masa akan datang!

Laporan oleh - Editor Blog Jabatan Undang-Undang, MPN