Rabu, 30 Disember 2009

Perhimpunan Pagi MPN Bagi Bulan Disember 2010

Majlis Perhimpunan Pagi MPN telah diadakan pada jam 8.00 pagi 31 Disember 2009 bertempat di Bilik Gerakan MPN. Perhimpunan pagi bagi bulan Disember telah dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Komuniti dan Aduan Awam. Bagi bulan ini, penceramah jemputan adalah Y.Bhg Ustaz Shahrizan yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Agama Islam yang bertugas di Masjid Negeri, Negeri Sembilan.
.
Ceramah yang disampaikan adalah berkaitan dengan Awal Muharram. Ceramah ini nyata menarik perhatian kakitangan daripada setiap Jabatan yang hadir. Turut sama hadir ke Perhimpunan Pagi ini adalah Y.Bhg Dato' Hj Abd. Halim bin Hj Abd. Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai.
. Di antara kakitangan yang hadir Ustaz Shahrizan menyampaikan ceramahnya
Lagi suasana yang sempat dirakamkan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Syahiran Juara Bowling Sirkit 2009!

SYAHIRAN JUARA 2009!!
.
.
Syahiran Syazwan, Pembantu Penguatkuasa daripada Jabatan Undang-Undang MPN telah membuktikan kehebatannya apabila mengungguli senarai keseluruhan pertandingan Liga Bowling Jabatan Undang-Undang MPN apabila menduduki tangga pertama pada pertandingan bowling yang diadakan di Ampang Bowl, Seremban Parade pada 26 Disember 2009 yang lalu.
.
Beliau bukan sahaja menang bagi sirkit Disember 2009 tetapi juga menjuarai secara keseluruhannya dengan mengumpul 5,597 mata. Beliau meninggalkan Saudara Syamsul Amri (PUU) di tangga kedua dengan 5,467 mata iaitu 130 mata di belakang Syahiran. Manakala Nurhafiz Jasman terpaksa berpuashati di tangga ketiga dengan 5,244 mata.
.
Pada malam tersebut, PUU telah sudi menyampaikan hadiah kepada semua peserta bowling yang berada di kedudukan pertama hinggalah ke kedudukan dua puluh. Paling tidak disangka-sangka adalah apabila Saudara Abd Halim yang telah berjaya mencuri tumpuan apabila mendapat tempat ketiga pada malam pertandingan sirkit bulan Disember yang mana merupakan pencapaian terbaik beliau. Namun, beliau menduduki tangga ke tujuh secara keseluruhannya.
.
Apa pun, tirai 2010 bakal dibuka, dan pastinya lebih ramai lagi kakitangan Jabatan Undang-Undang yang akan bersaing bagi menggugat kedudukan Syahiran pada tahun hadapan.
.
Tahniah buat Syahiran! Pada yang lain, usaha lagi pada tahun hadapan!!
.
.
SUASANA PERTANDINGAN AKHIR
.
Suasana di malam pertandingan Sirkit Akhir
Halim dan Fadhil yang sedang bersiap sedia
Syahiran hanya tersenyum melihat rakan-rakan lain ketinggalan mata
Pelbagai gaya dan aksi
.
.
PENYAMPAIAN HADIAH
.
Hamizi menerima hadiah dengan kedudukan ke-19
Lai Sin Yee di tangga ke-15
Hasnor meraih tempat ke-12
Yogis yang meraih tempat ke-14
Nur Hanis di tangga ke-13Rusniwati di tangga ke-10
Halim di tempat ke-7
Helmi di tangga ke-9
Fitri di tangga ke-8
Abu (Brother) di tangga ke-6
Fadil di tangga ke-4
Nur Hafiz di tangga ke-3
Fitri menerima hadiah bagi pihak PUU di tangga ke-2
Dan inilah juara bagi sirkit 2009, Syahiran Syazwan
.
JAMUAN MAKAN
.
Pada malam tersebut, selepas selesai penyampaian hadiah PUU telah mengumumkan jamuan makan yang berlangsung di Restoran KFC di Temiang. Semua yang hadir merasa terkejut dengan pengumuman itu dan pada yang tidak hadir merasa sedikit terkilan! (Siapa suruh tak datang!!)
.
Suasana ketika jamuan makan di KFC Temiang, Seremban
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Ahad, 20 Disember 2009

MPN Akhirnya Tumpas Di Final!!

Hasrat pasukan bolasepak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk merangkul gelaran berganda selepas bergelar juara Pertandingan Bolasepak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Julai lalu tidak kesampaian apabila kecundang menerusi sepakan penalti kepada pasukan Rasah Jaya FC di perlawanan akhir Liga Taman merebut Piala Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS). MPN ternyata longgar di barisan hadapan dengan ketiadaan pemain penyerang utamanya Federaushdan yang digantung perlawanan ekoran kad kuning kedua yang diterimanya di perlawanan separuh akhir menentang pasukan Andalas.
.
Namun, agak mengejutkan juga kerna MPN masih mampu menyumbat 3 gol meskipun tanpa penyerang utamanya. Perlawanan berlangsung dengan keputusan sepenuh masa MPN 3 Rasah Jaya FC 3. Dengan kedudukan seri ini telah mengheret kepada penentuan sepakan penalti yang mana dimenangi oleh pasukan Rasah Jaya dengan 3 - 2.
.
Dengan kemenangan ini Pasukan Rasah Jaya FC membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5,000 dan MPN pula merangkul wang tunai berjumlah RM 3,000 selaku Naib Juara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Abd. Halim bin Hj. Abd. Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban.
.
Kepada pasukan Rasah Jaya FC tahniah diucapkan dan kepada pasukan MPN, jangan putus asa, cuba lagi pada masa yang akan datang. Mudah-mudahan kejayaan menjadi milik anda!!
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar suasana malam final yang telah sempat dirakamkan.
.
Tiga orang kakitangan wanita MPN yang turut sama hadir memberi sokongan
Mereka kelihatan cukup ceria semasa menantikan sepak mula perlawanan
Kelihatan pasukan MPN sedang melakukan aktiviti 'pemanas badan'
Pasukan Rasah Jaya juga memanaskan badan
Sesi regangan badan bagi menglakkan kekejangan ketika permainan sebenar
Pasukan Rasah Jaya yang memenangi kesemua saingan bermula daripada pusingan kedua, suku akhir dan separuh akhir melalui tendangan penalti
Pemain MPN membuat latihan sepakan percuma
Pemain berkumpul di bilik persalinan sebelum perlawanan bermula
En. Nasiruddin turut sama menemani pemain di bilik persalinan
Fairuz (Jurulatih) memberikan nasihat kepada para pemain sebelum permainan bermula
Pemain mendengar dengan fokus setiap yang disampaikan
En. Syamsul turut memberikan kata-kata dorongan dan rangsangan kepada pemain
Entah apa yang melucukan..... entahlah!!!
Pemain mulai bersedia sebelum masuk ke padang
Pengadil perlawanan juga telah bersedia mengadili perlawanan
Kapten pasukan berbicara sesuatu kepada Pengadil perlawanan
Perarakan masuk pemain ke padang dengan didahului bendera Fair Play
Pemain mulai berlari menuju ke padang
Dengan wajah penuh kaykinan....
Pemain mulai masuk ke padang
Sama-sama menyanyikan lagu "Negaraku"Barisan kesebelasan utama MPN bergambar sebelum bermulanya perlawanan
Dato' YDP menuju ke tengah padang untuk bersalaman bersama pemain-pemainDato YDP diperkenalkan kepada para pemain Dato YDP dan tetamu kehormat lain bergerak semula ke Grandstand
Akhirnya perlawanan yang dinanti bermula
Tamat separuh masa pertama, ramai juga yang cedera. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan terikat 1-1
Pemain mendengar komentar daripada jurulatih sebaik sahaja tamat separuh masa pertama
Di antara penyokong yang hadir ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi menyaksikan perlawanan akhir iniPemain berazam meneruskan perjuangan pada separuh masa kedua
Pemain bersiap sedia menerima hadiah daripada YDP MPSShafaren mendahului pemain bagi menerima hadiah daripada Dato YDPPemain-pemain lain turut menerima
Pemain Rasah Jaya FC yang telah berjaya merangkul gelaran juara
Bertepuk tangan apabila nama pasukan diumumkan sebagai juara!
Dato YDP mengalungkan pingat kejuaraan kepada pemain Rasah Jaya FC
Pemain-pemain Rasah Jaya FC menerima kalungan pingat kemenangan
Suasana ketika pemain menerima kalungan pingat
Akhirnya, saat yang ditunggu. Menjulang Piala YDP yang menjadi rebutan
Dengan kejuaraan ini lengkaplah sudah pertandingan yang cukup berpresti ini
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR