Rabu, 26 Mei 2010

Majlis Perkahwinan En Murugan (FMM) dan Pn M. Kayatri

Majlis Perkahwinan
.
P.Murugan@ Kunjumon dengan M. Kayatri
.
23 Mei 2010
.
Dewan Majlis Perbandaran Seremban
.
.
Pada 23 Mei 2010 telah berlangsungnya perkahwinan En Murugan dan Pn Kayatri. Majlis perkahwinan ini telah dilangsungkan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Majlis perkahwinan telah dilangsungkan mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 10.30 pagi.
.
Sebaik sahaja majlis perkahwinan selesai kesemua tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai masakan istimewa di mana menu utamanya adalah Nasi Beriyani. En. Syamsul Amri bin Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN telah turut sama hadir ke majlis ini. En Murugan merupakan anggota FMM yang sering hadir mewakili FMM di Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur di MPN.
.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Hj Mat Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus.
.
Dengan ini kami mengucapkan selamat berbahagia buat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
.
Istiadat perkahwinan yang dilaksanakan di atas pentas Mempelai kelihatan mulai berdiri
Suasana di dalam Dewan MPS
Hadirin yang memenuhi ruang Dewan MPS
Istiadat perkahwinan yang dilangsungkan di atas pentas disaksikan oleh kesemua hadirin
Direstui oleh setiap ahli keluarga yang hadir
Pelbagai adat istiadat dijalankan
Mempelai dibawa mengelilingi unggun api yang dinyalakan
Ruiang di atas pentas dipenuhi sanak saudara terdekat
.
Akhir kata, sekali lagi Selamat Berbahagia diucapkan buat kedua-dua Pengantin Baru!!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 24 Mei 2010

Program Lawatan Sambil Bersukan

Satu lawatan rasmi telah dilakukan oleh rombongan kunjungan hormat daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Mei 2010. Ketibaan rombongan ini telah disambut oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang, MPN pada jam 8.30 pagi. Lawatan ini telah diadakan bagi tujuan mempereratkan hubungan di antara kedua-dua agensi. Di dalam lawatan ini juga telah diaturkan dua perlawanan persahabatan iaitu perlawanan bolasepak dan perlawanan badminton.
.
Perlawanan bolasepak berakhir dengan keputusan MPN menang 3-0. Manakala dalam perlawanan Badminton dengan format 5 beregu lelaki dan dua beregu campuran, berkesudahan pasukan MPN tewas 5-2.
.
Sebelum berangkat pulang, rombongan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah dijamu dengan jamuan makan tengahari di kantin MPN. Beberapa gambar bersama telah sempat dirakamkan sebelum kesemua berangkat pulang ke destinasi masing-masing.
.
Di antara pemain boalsepak MPN dan Mahkamah Tinggi KL yang sempat bergambar bersama Lagi gambar dirakamkan
Pasukan Badminton Mahkamah Tinggi KLLagi gambar dirakamkan
Bergambar bersama pasukan Badminton MPN
Pasukan Badminton Mahkamah Tinggi KL dan Pasukan Badminton MPNBergambar bersama En. Syamsul Amri selaku Wakil MPN
Bergambar dengan pelbagai aksi
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Seminar Peranan & Tanggungjawab Ahli Majlis

Seminar Peranan & Tanggungjawab Ahli Majlis
Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan
21 & 22 Mei 2010
Bertempat di Hotel Rossa Passadena, Cameron Highlands
.
.
Satu seminar telah dilangsungkan khusus buat ahli-ahli Majlis bagi Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) bertempat di Hotel Rossa Passadena, Cameron Highlands. Cermah telah dikendalikan sepenuhnya oleh Y.Brs Saudara Syamsul Amri bin Ismail, Pengarah Undang-Undang, Majlis Perbandaran Nilai.
.
Ceramah telah dimulakan pada jam 2.30 petang pada 21 Mei 2010 dengan tajuk "Latarbelakang Majlis Perbandaran Nilai" serta "Perlaksanaan Tindakan Penguatkuasaan dan Undang-Undang di MPN". Ceramah telah berlangsung hingga ke jam 4.00 petang.
.
Di sebelah malamnya pula majlis diteruskan dengan slot ceramah "Peranan & Tanggungjawab Ahli Majlis MDTM". Slot ini telah turut dihadiri oleh YM Tengku Adli bin Tengku Abdullah, Ketua Jajahan merangkap Yang DiPertua MDTM. Slot sepanjang hari ini telah dikendalikan dengan cukup baik oleh En Syamsul dengan perhatian penuh diberikan oleh ahli-ahli majlis menjadikan program ini menarik serta tidak membosankan.
.
Semoga setiap intipati yang disampaikan dapat dipraktikkan dengan sebaiknya oleh setiap ahli-ahli majlis demi kejayaan setiap tindakan oleh MDTM.
.
Di antara peserta yang mengikuti seminar ini Mendengar dengan fokus setiap apa yang disampaikan
Saudara Syamsul menyampaikan seminar kepada hampir 50 orang peserta
Turut menjawab setiap persoalan yang dikemukakan
Setiap persoalan dijawab dengan teliti serta berasaskan peruntukan undang-undang
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Selasa, 18 Mei 2010

Simposium Pengendalian Tatatertib & Surcaj di Jabatan Peguam Negara

Simposium Pengendalian Tindakan Tatatertib & Surcaj
Terhadap Pegawai Awam, Badan Berkanun & Kerajaan Tempatan
.
17 Mei 2010
.
Jabatan Peguam Negara, Putarajaya
.
.
Satu simposium telah diadakan pada 17 Mei 2010 bagi memberikan penerangan yang jelas serta perundangan yang tepat berkaitan tindakan tatatertib dan surcaj. Program ini telag berlangsung sedari jam 8.30 pagi hingga ke jam 5.00 petang.
.
Program ini telah dimulakan dengan sesi pertama dengan tajuk "Right to be Heard" yang dikendalikan oleh En. Subramaniam a/l Govindan Nair yang merupakan seorang peguam yang berpengalaman terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan isu undang-undang pentadbiran.
.
Sesi kedua pula dengan tajuk "Judicial Review - Its application In Disciplinary and Surcharge Cases" telah dikendalikan oleh YAA Datuk Wira Low Hop Bing. Beliau kini memegang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perundangan di mana sebelum dilantik menjadi hakim, beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dari 1 Ogos 1970 hingga 31 Disember 1983.
.
Dalam sesi ketiga pula telah dikendalikan oleh YBhg Datin Hajah Azizah binti Nawawi yang membentangkan tajuk "Development in recent cases on disciplinary matters and surcharge" dan "The weaknesses of disciplinary and surcharge procedure". YBhg Datin Hajah Azizah Nawawi kini merupakan Ketua Bahagian Guaman di Jabatan Peguam Negara. Beliau berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes sivil bagi pihak Kerajaan khususnya yang berkaitan dengan undang-undang pentadbiran.
.
Simposium ini telah dihadiri lebih 500 orang peserta di mana Majlis Perbandaran Nilai telah diwakili oleh En. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar ketika berlangsungnya simposium ini.
.
"Right to be Heard" oleh En Subramanian a/l Govindan Nair daripada Firma Guaman Tetuan Maniam Nair & CoSuasana ketika En Subramaniam menyampaikan pembentangannya YAA Datuk Wira Low Hop Bing ketika menyampaikan pembentangan "Judicial Review - Its Application In Disciplinary and Surcharge Cases"YBhg Datin Hajah Azizah Nawawi membentangkan kertas "Development in recent cases on disciplinary matters and surcharge" dan "The weaknesses of disciplinary and surcharge procedure"Suasana ketika pembentangan dijalankan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Sabtu, 15 Mei 2010

Selamat Pengantin Baru buat Fasha & Hafiz

SELAMAT PENGANTIN BARU Fasha & Hafiz
.
15 Mei 2010
.
Bertempat di Dewan Asrama Anak-Anak Yatim Bahau
.
.
Nur Aqma Fasha binti Mohd Zaidin, Penolong Pegawai Sistem Maklumat, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) mengakhiri zaman bujangnya apabila memilih Hafiz sebagai teman hidupnya. Mereka diijabkabulkan pada 14 Mei 2010. Majlis perkahwinannya berlangsung dengan meriah pada 15 Mei 2010 di Dewan Asrama Anak Yatim Bahau. Pengarah Undang-Undang MPN, En Syamsul Amri telah tiba awal pada jam 12.00 tengahari bersama dua orang anaknya bagi menyaksikan peristiwa bersejarah persandingan salah seorang kakitangan MPN ini.
.
Fasha juga sebenarnya mempunyai ikatan persaudaraan dengan En Syamsul. Pengantin tiba pada jam 1.00 petang dan diarak sehingga ke dewan oleh rombongan pihak lelaki sambil diiringi paluan kompang oleh Kumpulan Kompang Batu Kikir.
.
Sekali lagi tahniah diucapkan dan didoakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
.
Pelamin yang telah bersedia menanti ketibaan "Raja Sehari" Dewan yang telah siap sedia menanti ketibaan para tetamu
Dhafir Amri dan Danish Amri, anakanda Pengarah Undang-Undang yang turut hadir ke majlis ini
Gelagat Dhafir Amri ketika makan
Danish Amri menikmati hidangan yang disediakan
Sempat berposing ketika makan
Nenenk saudara dan ibu saudara kepada Pengarah Undang-Undang menjamu selera
Bapa saudara Pengarah Undang-UndangDatuk saudara Pengarah Undang-Undang, kesemuanya daripada Kampung yang sama, Batu Kikir


Orang ramai yang mula memenuhi dewan untuk 'makan pangkal'
Danish dan Dhafir ketika menanti ketibaan pasangan pengantin
Kumpulan Kompang Batu Kikir memalu kompang dengan cukup bertenaga dan menghiburkan
Pelbagai lagu dan irama dialunkan sebelum ketibaan pengantin
Pengantin lelaki yang telah bersedia
Cuaca yang panas tidak menghalang pengantin lelaki yang tetap mempamerkan wajah ceria
Para tetamu yang memenuhi ruang jalan untuk menyaksikan persandingan pengantin
Ibu bapa pengantin yang sibuk melayan ketibaan para tetamu
Pengantin perempuan mula melangkah 'menjemput suaminya datang
Fasha melangkah dengan penuh sabar
Di arak bersama oleh wakil pihak perempuan
Pengantin lelaki, Hafiz, tetap ceria menanti
Akhirnya tiba, Fasha bersalam sambil mencium tangan suami tersayang
Berganding erat, sama padan ibarat pinang dibelah dua!!!
Mula melangkah menuju ke pentas persandingan
Rombongan pengantin lelaki yang turut serta
Akhirnya tiba di luar dewan
Berhenti seketika untuk mendengar selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW
Tiba di pintu gerbang Dewan Asrama Anak-Anak Yatim Bahau
Mula melangkah naik ke atas pentas persandingan
Bergambar sebelum duduk di pentas persandingan
Akhirnya kedua-dua mempelai bersanding di singgahsana "Raja Sehari"
.
Sekali lagi tahniah diucapkan dari kesemua warga Jabatan Undang-Undang, MPN buat Fasha dan suami.
.
Sekian dan Wassalam.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR