Isnin, 25 Oktober 2010

Kursus Bengkel Perlaksanaan Sitaan Cukai Taksiran di PBT

Satu Bengkel Perlaksanaan Operasi Sitaan mengikut Seksyen 147, 148 dan 151 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) telah diadakan pada 20 Oktober 2010 hingga 22 Oktober 2010 bertempat di Coral Bay Resort, Pulang Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Kursus ini telah dikendalikan oleh Firma Guaman, Tetuan Nazrin Nasir T. Anand & Co.
.
Kursus / Bengkel ini benar-benar menarik perhatian memandangkan ia berkait rapat dengan tindakan dan perlaksanaan penguatkuasaan cukai taksiran di PBT masing-masing.
.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 22 orang peserta, antaranya ialah:
.
1. En. Nazri Aznan (MP Manjung)
2. En. Md Hazmi Hj Shahari (MP Kuala Kangsar)
3. En. Zainal Abidin Shaari (MP Kuala Kangsar)
4. En. Mohd Taqiudin Azizan (MD Pengkalan Hulu)
5. En. Ahmad Sarizi Ismail (MD Pengkalan Hulu)
6. En. Abdul Hamid Abdullah (MD Kerian)
7. En. Hanafi Osman (MD Kerian)
8. En. Syamsul Amri bin Hj Ismail (MP Nilai)
9. En. Hasnor Effendi Amirullah (MP Nilai)
10. En. Mazlan Muhammad (MP Nilai)
11. Pn Ruhiyati Idayu Mohd Jali (MP Nilai)
12. Pn Nor Sazira Md Sawal (MP Nilai)
13. Pn Aniza A. Jabbar (MP Nilai)
14. Pn Nor Sazalina Mohd Zain (MP Nilai)
15. En. Abd Halim bin Abu Bakar (MP Nilai)
16. En. Hishamudin Ismail (MD Kuala Langat)
17. Pn. Norhasnizah Hj Hassan (MD Kuala Langat)
18. Pn. Nur Qurshiah Azhari (MD Kuala Langat)
19. Cik Maznah Muridan (MD Kuala Langat)
20. En. Mohd Amry bin Rakiman (MD Kuala Langat)
21. En. Mohd Effendy Faidin (MD Kuala Pilah)
22. En. Mohd Rizal Mohd Nor (MD Kuala Pilah)
.
Suasana ketika pembentangan oleh En Anand Semua mendengar dengan fokus Sekali sekala soalan diajukan kepada penceramah
Penerangan diberi dengan cukup terperinci
Ketika sesi penyampaian sijil
En Syamsul (PUU MPN) mengetuai penerima sijil dari MPN
Diikuti Pn Ruhiyati Idayu
Aniza Jabbar

Sazira
Sazalina

Bergambar beramai-ramai di pintu masuk hotel penginapan sebelum bergerak pulang
Gambar kenangan diabadikan sebelum bertolak pulang
Pn Ruhiyati yang kelihatan begitu gembira meninggalkan perkarangan hotel
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Ahad, 24 Oktober 2010

Majlis Perkahwinan Tg Zainul Bazliah (MPS)

Akauntan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), iaitu Tengku Zainul Bazliah binti Tengku Kamarudin akhirnya telah menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hatinya, Syed Mohd Faizal bin Syed Adlan Jamalullail. Majlis perkahwinan tersebut telah berlangsung pada 23 Oktober 2010 bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban mulai jam 8.00 malam.
.
Majlis ini telah turut dihadiri oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bersama isteri beliau.
.
Di antara orang kenamaan yang hadir termasuklah YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan bersama YM Raja Datin Seri, YB Dato' Hj Mat Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersama isteri, YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban, bersama isteri.
.
Majlis ini telah berlangsung dengan meriah sekali. Persandingan di rumah pihak lelaki pula dijangka berlangsung pada 30 Oktober 2010 bertemapt di No. 2, Jalan Pembangunan, Rapat Setia, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
.
Suasana ketika persandingan Suasana dewan yang penuh sesak dengan kehadiran saudara mara dan kenalan
Dua Merpati sejoli duduk di singgahsana pelamin Raja Sehari
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 18 Oktober 2010

Program Mesra Rakyat (MESRA)

Satu Program Mesra Rakyat (MESRA) dan Hari Bertemu Pelanggan, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Negeri Sembilan Darul Khusus telah dianjurkan secara bersama oleh Pejabat SUK Negeri Sembilan dan Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan. Program dianjurkan pada 19 Oktober 2010 mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.
.
Program ini telah dimulakan dengan ketibaan YBhg Datuk Tahar bin Sudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, N. Sembilan. Kemudiannya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku sebelum diteruskan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Hilal, Imam Masjid Jamek, Seremban.
.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBhg Tuan Hj Md Zain bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam.
.
Kemudiannya, Datuk Tahar telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program MESRA ini.
.
Sebaik selesai sahaja ucapan perasmian, Datuk Tahar telah sekali lagi diminta untuk mempengerusikan sesi soal-jawab yang diutarakan oleh wakil-wakil pemimpin masyarakat yang berkesempatan hadir.
.
Sesi soal-jawan berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari dan diteruskan dengan sesi yang terakhir iaitu jamuan makan sebelum bersurai kira-kira jam 1.00 petang.
.
Majlis Perbandaran Nilai telah diwakili oleh Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPN serta turut dihadiri oleh ketua-ketua Jabatan MPN termasuklah En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN.
.
Suasana di dalam Dewan MPS ketika program berlangsung Dewan MPS dipenuhi pemimpin-pemimpin masyarakat seluruh Negeri Sembilan
Cukup meriah sekali
Ustaz Hilal dari Masjid Jamek Seremban membacakan doaYBhg Tn Hj Md Zin bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam Melaka / Negeri Sembilan ketika menyampaikan ucapan aluan
YBhg Datuk Tahar bin Sudin ketika menyampaikan ucapan perasmian programYBhg Datuk Tahar ketika menerima cenderahati sebagai tanda terima kasih
Salah seorang daripada pemimpin masyarakat tampil ketika sesi soal-jawab
Barisan ahli panel daripada pelbagai agensi duduk di hadapan bersedia menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Khamis, 14 Oktober 2010

Majlis Bacaan Yasiin, Tahlil, Solat Hajat Untuk En Kamaruzaman

15 Oktober 2010, Nilai : Satu Majlis Bacaan Yaasiin, Tahlil, Doa Selamat serta Solat Hajat telah dijalankan secara berjemaah bertempat di Surau Majlis Perbandaran Nilai (MPN) hari ini khusus untuk mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan ke'afiatan En Kamaruzaman Bahaman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Perlesenan dan Kesihatan yang telah disahkan menghidap penyakit kanser. Majlis ini telah dimulakan pada jam 8.30 pagi hingga ke jam 9.30 pagi. Program ini telah diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Irkhas.
.
Majlis ini telah dimulakan dengan Bacaan Yasiin, diikuti dengan tahlil, doa selamat dan akhirnya Solat Hajat yang diimamkan sendiri oleh Al-Fadhil Ustaz Irkhas.
.
Majlis ini telah ini telah turut disertai oleh Pengarah-Pengarah MPN serta kakitangan daripada seluruh Jabatan di MPN. Jabatan Undang-Undang telah diwakili oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN serta beberapa orang anggota penguatkuasa.
.
Majlis ini telah dikelolakan oleh Kelab Kebajikan & Sukan MPN (KESUMAS). Dengan ini EDITOR dan sekelian warga Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan (JUUP) mendoakan kesejahteraan dan ke'afiatan En Kamaruzaman semoga cepat sembuh daripada sakit.
.
Sdr Safwan mempengerusikan majlis sebelum menyerahkannya kepada Al-Fadhil Ustaz Irkhas Suasana sayu di dalam Surau MPN
Suasana di dalam Surau yang sempat dirakamkan ketika majlis sedang berlangsung
Di antara kakitangan yang turut hadir
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Ahad, 10 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru Buat Ilham & Ena

SELAMAT PENGANTIN BARU
. Ikhlas Buat
.
Mohamad Ilham bin Ismail
&
Syamsinar binti Md Nor
.
10.10.2010
.
.
Selamat Pengantin baru diucapkan buat Ilham dan Ena di atas sempurnanya majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 9 Oktober 2010. Majlis resepsi perkahwinan mereka telah dilangsungkan pada 10.10.2010 yang mana merupakan tarikh keramat yang menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Majlis perkahwinan ini telah berlangsung di Dewan Dato' Bahaman Shamsudin, Kuala Pilah.
.
Mohamad Ilham yang merupakan anggota penguatkuasa di Majlis Perbandaran Nilai telah menerima kunjungan daripada sekelian ramai hadirin termasuklah anggota-anggota penguatkuasa. Turut berkesempatan hadir adalah YBhg Dato' Hj Nordin bin Yatib, bekas Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai.
.
Turut hadir, En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang, MPN yang hadir bersama keluarga kira-kira jam 2.15 petang.
.
Dengan ini EDITOR dan sekelian warga kerja Majlis Perbandaran Nilai, khususnya Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ilham dan Ena dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
.
Poster / Banting mengalu-alukan kehadiran semua ke majlis yang penuh bermakna iniSuasana di meja santapan raja sehari
Di antara ahli keluarga yang mengambil kesempatan bergambar bersama
En Syamsul (PUU) bersama keluarga yang duduk di meja VVIP
Suasana di dalam Dewan Dato' Bahaman ketika majlis perkahwinan berlangsungSuasana yang meriah di dalam Dewan
Isteri PUU dan Ibu Mertua PUU ketika menjamu selera
PUU sekeluarga bergambar bersama Raja Sehari
Lagi gambar yang dirakamkan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Rabu, 6 Oktober 2010

Majlis Jamuan Meraikan En Zulkiefly Nasir Ke Mekah

7 Oktober 2010, Khamis : Satu majlis meraikan En Zulkiefly bin Nasir, Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah di adakan di Bilik Gerakan MPN pada jam 12.30 tengahari. Majlis ini telah diaturkan oleh Kelab Kebajikan & Sukan, MPN (KESUMAS). Majlis ini bagi meraikan En Zulkiefly yang bakal berangkat mengerjakan ibadah Haji menerusi penerbangan pada 12 Oktober 2010 ini. En Zul dijangka berlepas pada 12 Oktober 2010 jam 7.30 pagi dan dijangka pulang semula ke tanahair pada 28 November 2010.
.
Pn Maryanti Maarof (gambar) telah bertindak selaku Pengerusi Majlis bagi program ini. Majlis ini telah turut dihadiri oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPN, Tn Hj Ali bin Luman, Setiausaha MPN, Ketua-ketua Jabatan serta seluruh kakitangan yang berkesempatan hadir.
.
Di dalam ucapan Dato' Yang DiPertua, beliau mendoakan semoga En Zulkiefly akan selamat beribadah di sana serta dapat beribadah dengan tenang. Beliau juga berharap En Zulkiefly agar tidak perli risau akan apa-apa kerja yang ditinggalkan supaya hanya fokus untuk beribadah di sana.
.
En Zulkiefly pula di dalam ucapannya mengambil kesempatan untuk memohon maaf seandai ada apa-apa kesalahan mahupun tingkahlaku yang menyinggung perasaan dan sebagainya.
.
En Syamsul Amri, Pengarah JUUP turut hadir di dalam majlis jamuan ini.
.
Dengan ini sekelian warga Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan MPN mendoakan agar En Zulkiefly selamat pergi dan selamat pulang serta dapat membawa pulang ibadah haji yang mabrur, insya Allah.
.
Dato' Yang DiPertua ketika menyampaikan ucapan kepada semua yang hadir En Zulkiefly yang diraikan, mendengar amanat dan pesanan yang diberikan oleh Dato' Yang DiPertua
Di antara yang hadir
Semua kakitangan turut mendengar amanat yang disampaikan
En Zulkiefly ketika menyampaikan ucapan terima kasih di atas kesudian mengadakan majlis ini
Dato' Yang DiPertua menyampaikan sumbangan bagi pihak KESUMAS kepada En Zulkiefly
Dato' Yang DiPertua bersama En Zulkiefly semasa sesi jamuan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR