Rabu, 29 Disember 2010

Dasar Teknologi Hijau : Pemacu Pembangunan Mapan

30 Disember 2010, Nilai: Satu taklimat serta penerangan berkaitan Teknologi Hijau telah diadakan di Bilik Gerakan Majlis Perbandaran Nilai. Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Ng Soo Tian, Setiausaha (Regulatori & Pembangunan) Sektor Teknologi Hijau, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPN. Program ini telah turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis, Pegawai-Pegawai serta Kakitangan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan juga Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
.
Jabatan Bangunan MPN telah bertindak selaku tuan rumah bagi program yang julung kali diadakan ini bagi menyedarkan orang ramai perihal 5 objektif utama Dasar Teknologi Hijau, iaitu;
.
1. Mengurangkan kadar peningkatan guna tenaga dan pada masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
2. Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
3. Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan daya saing dalam Teknologi Hijau dan daya saing dalam Teknologi Hijau di perasada antarabangsa;
4. Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
5. Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak urusetia di atas kejayaan penganjuran program ini.
.
Suasana sebelum program bermula Sdr Safwan memulakan majlis dengan bacaan doa



Semua yang hadir mengaminkan bacaan doa
YBhg Dato' Yang DiPertua menyampaikan ucapan alu-aluan
Pelbagai amanat serta nasihat berkaitan Teknologi Hijau disampaikan
Cik Ng Soo Tian memulakan Taklimat dan Penerangan berkaitan Dasar Teknologi Hijau
Di antara para peserta yang turut hadir ke program ini


Tuan Hj Anuar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri Sembilan mengajukan soalan


En Murali, Ahli Majlis MPN pula mengutarakan soalan kepada penceramah


Dato' Yang DiPertua menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada Cik Ng Soo Tian
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Ceramah "Integriti' Untuk Kakitangan SPRM Negeri Sembilan

28 Disember 2010, Port Dickson: Satu ceramah bertajuk "Integriti Dalam Perkhidmatan Awam" telah diadakan untuk kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan. Ceramah ini merupakan sebahagian daripada seminar "Pengurusan dan Pemantapan Integriti" selama 3 hari dan 2 malam yang dijalankan oleh pihak SPRM Negeri bagi usaha memantapkan ilmu para anggota SPRM.
.
Program ini berlangsung di Hotel Bayu Beach Resort, Port Dickson. Ceramah ini telah disampaikan oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang, Majlis Perbandaran Nilai (MPN). En Syamsul menyampaikan ceramahnya pada jam 11.30 pagi hingga ke jam 1.30 petang.
.
Ceramah beliau nyata mendapat sambutan yang baik di kalangan peserta.
.
Suasana ketika En Syamsul memulakan ceramahEn Syamsul ketika menerangkan isikandungan pembentangan


Mendengar dengan fokus isikandungan yang disampaikan






Suasana di luar Hotel yang indah dan nyaman
Suasana ceria di dalam dewan ketika ceramah berlangsung
Adakalnya ketawa mendengar kisah yang dikongsi bersama
Tidak dapat menahan ketawa
Suasana ceria di sepanjang ceramah berlangsung


Sarat dengan kisah tauladan untuk direnungkan...
Ada sahaja yang melucukan
Gelak besar para peserta mendengar kisah daripada En Syamsul


Tn Radzi (Timb. Pengarah SPRM Negeri Sembilan) turut sama ketawaPelbagai gaya dan aksi yang ditonjolkan
En Syamsul menerima cenderahati daripada Tn Radzi sebaik sahaja selesai ceramah
Suasana ketika sesi jamuan makan tengahari di Bayu Beach Resort
Berselera nampaknya En Syamsul
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Selasa, 28 Disember 2010

Gotong Royong LA 21 di Rantau

Gotong Royong Membersih, Menyelenggara
&
Mengganti Alatan Permainan
Taman Permainan Kanak-Kanak Rantau
.
26 Disember 2010
. Bunting program yang tersergam di sekitar khemah utama Banner yang tertera program yang sedang dijalankan




En Chow Kam Sang (Ahli Majlis) sedang leka mendengar penerangan daripada En Razali
Suasana di bawah khemah sebelum gotong royong bermula
Urusetia sedang sibuk menyusun makanan untuk jamuan ringan
Program bermula....
Mula menyapu daun-daun kering di taman
Semua bekerja keras...
Mula kelihatan bersih
Petugas yang sedang membancuh cat untuk mengecat palang besi
Sampah di jalan pun turut disapu
Kerja mengecat bermula...
Berusaha keras kesemua petugas yang terlibat


En Nasiruddin yang bergaya dengan 'gloves' nya

Mencabut pelepah daun yang sudah mati
Penebangan pokok turut dilakukan untuk pokok-pokok yang telah mati
Urusetia mula menyiapkan makanan untuk jamuan makan tengahari
Inilah gambar suasana Taman Permainan sebelum dan selepas gotong royong
Memang bersih dan ceria
Senang mata memandang
Papan Tanda naik taraf Taman Permainan di dalam Program Local Agenda 21 (LA 21)
Sdr Esmadee bertindak selaku Pengacara MajlisSdr Safwan membacakan doa bagi memulakan majlis penutup
YBhg Dato' Hj Abd Halim, Yang DiPertua MPN menyampaikan ucapan perasmian penutup
Suasana di bawah khemah ketika Dato' YDP sedang menyampaikan ucapan
Pelbagai amanat yang disampaikan
En Ghazali, En Gan dan En David Chong duduk tekun mendengar amanat daripada Dato' Yang DiPertua


Suasana meriah di bawah khemah


Dari kiri; En Chow, Dato' Hj Abd Halim dan Wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah




Dato' Yang DiPertua menyampaikan cenderahati kepada wakil Syarikat Samsung yang telah sudi menyertai program gotong-royong ini


Seterusnya cenderahati buat wakil Syarikat Southern Waste Management (SWM)


Bermulalah jamuan makan tengahari








Semua yang hadir turut mendapatkan makanan yang telah disediakan
Meriah sungguh. Pelbagai jenis lauk dihidangkan


En Syamsul dan En Nasir ceria...




















Dato' Yang DiPertua, ketika menjawab beberapa persoalan oleh wartawan akhbar Sinar Harian
Dato' Yang DiPertua bersalaman dan bersedia untuk berangkat...


En David Chong turut sama menaiki kenderaan bersama Dato' YDP bagi melawat Pasar Lama Rantau bersama-sama dengan Dato' YDP




Sazira dan Maryanti selaku antara orang kuat programBergambar beramai-ramai tanda kenangan...




Menunjukkan simbolik 1 Malaysia!!
Beginilah cerianya pemandangan taman permainan jika dilihat dari jalan utama sebaik sahaja program berakhir
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR