Selasa, 26 April 2011

Premis Urut Diserbu Penguatkuasa!!!

Satu operasi telah di jalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Nilai terhadap premis-premis urut yang menjalankan aktiviti tidak bermoral di sekitar Bandar Baru Nilai (BBN). Pengarah Undang-Undang, Majlis Perbandaran Nilai, Sdr Syamsul Amri Bin Hj Ismail menyatakan bahawa operasi seperti ini kerap di lakukan bersama-sama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bagi membenteras gejala-gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral yang berselindung di sebalik kegiatan urut refleksologi.


Pada 22 April 2011, jam 8:00 malam satu operasi telah diaturkan di kawasan Bandar Baru Nilai. Kesemua anggota telah berkumpul di suatu lokasi yang telah dirahsiakan demi memperdayakan tonto-tonto sehinggakan mereka tidak lagi menghidu kehadiran pihak berkuasa. Anggota di bahagikan kepada 2 kumpulan kerana terdapat 2 premis yang beroperasi di barisan premis tersebut. Anggota dari Jabatan Agama Islam di ketuai oleh En. Ahmad Zaki, Pegawai Penguatkuasa, Majlis Agama Islam, N. Sembilan manakala dari Majlis Perbandaran Nilai pula di ketuai oleh En. Mohd Sharulnizam, dari Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Nilai.


Setibanya di premis yang di sasarkan, serbuan telah di lakukan 4 pasangan yang beragama Islam telah di tahan dan di bawa ke Balai Polis Nilai untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Operasi ini berakhir pada jam 10:30 malam.





Gambar premis rumah urut"Awang hitam" juga mendapatkan khidmat urutSetiap pintu bilik di kawal ketat oleh penguatkuasa MPNPandangan hadapan premis urutAnggota penguatkuasa mengawal pintu hadapan premisPasangan yang di tahan untuk tindakan selanjutnya


Disediakan oleh : EDITOR

Rabu, 13 April 2011

Majlis Ulangtahun Ke-114 MPS

Pada 8 April 2011, telah berlangsungnya satu majlis makan malam bersempena ulangtahun ke - 114 Majlis Perbandaran Seremban. Pada majlis berkenaan juga telah diadakan bagi menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang bagi kakitangan MPS bagi tahun 2010.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif selaku Yang DiPertua MPS telah mengalu-alukan kehadiran YAB Menteri Besar ke majlis yang diadakan ini.

Turut sama hadir ke majlis ini ialah YB Dato' Hasim Rusdi, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' Siow Chen Pin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan YB Dato' Hj Mat Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Majlis ini telah turut dihadiri oleh YBrs. En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang, MPN). Beliau hadir bersama-sama dengan isteri beliau.

Selamat maju jaya diucapkan buat Majlis Perbandaran Seremban.

Kesemua kakitangan MPS yang menerima anugerah mengambil kesempatan bergambar bersama YAB Menteri Besar dan YBhg Dato' Yang DiPertua YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan menerima cenderahati yang disampaikan oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim

Disediakan oleh : EDITOR