Khamis, 25 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa JUUP Bersama Anak-Anak Yatim

25 Ogos 2011, Nilai : Satu Majlis Bacaan Yasiin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat telah diadakan bertempat di Surau MPN. Program ini telah dikendalikan oleh Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa (JUUP), Majlis Perbandaran Nilai. Program ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh pihak JUUP. Sepertimana biasa program ini diketuai oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN.

Turut hadir ke program ini adalah Pn Ruhiyati Idayu Mohamad Jali, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPN. Program pada tahun ini menampakkan kelainan apabila pada tahun ini buat pertama kalinya melibatkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim daripada Pertubuhan Anak Yatim Semarak, Nilai.

Tn Hj Abd Rahim Yaakub, Pengerusi Pertubuhan Anak Yatim Semarak turut sama menyertai program ini bersama beberapa anak-anak yatim daripada pertubuhan ini.

Program Bacaan Yasiin dan Tahlil bermula sejak jam 6.00 petang diikuti dengan tahlil arwah keluarga kakitangan MPN mengikut senarai ahli keluarga yang telah diberikan oleh sekelian kakitangan MPN.

Alhamdulillah, hasil daripada sumbangan ramai, JUUP telah berjaya mengumpulkan RM1,300.00 dan sumbangan ini telah digunakan bagi menampung kos jamuan berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan juga menyumbang kepada pihak Pertubuhan Anak Yatim Semarak, Nilai yang sedang mengumpulkan dana bagi pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Semarak, Nilai ini. Menerusi program ini En Syamsul telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada Tn Hj Abd Rahim selaku wakil pertubuhan.

Syabas dan tahniah buat semua yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Berikut dikongsikan gambar-gambar semasa program tersebut berlangsung.


PROGRAM BACAAN YASIIN, TAHLIL ARWAH & DOA SELAMAT MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PERTUBUHAN ANAK-ANAK YATIM SEMARAK Sumbangan disampaikan oleh En. Syamsul Amri, Pengarah Undang-Undang MPNPn Ruhiyati Idayu menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir SESI BERGAMBAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIMPERSEDIAAN MAJLIS BERBUKA PUASAMAJLIS BERBUKA PUASAJAMUAN MAKAN MALAM

Disediakan oleh : EDITOR