Khamis, 13 Oktober 2011

Melawat Sdr Azhari Aziz di HKP, Kajang

12 Oktober 2011, Kajang: Sdr Azhari Aziz, Anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah dimasukkan ke wad Hospital Kajang Plaza (HKP) Kajang sejak 7 Oktober 2011. Beliau dimasukkan ke wad berkenaan ekoran daripada jantungnya yang membengkak. Simptom-simptom dapat dilihat menerusi kakinya yang telah lebih awal menunjukkan tanda-tanda bengkak walaupun tidak mengalami kesakitan.

Bimbang dengan simptom ini, satu pemeriksaan telah beliau lakukan di Hospital Columbia, Seremban yang membawa kepada penemuan bengkak pada jantung yang pastinya membimbangkan. Oleh yang demikian beliau telah mendaftar masuk ke Hospital Kajang Plaza.

Pada 12 Oktober 2011, En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN telah mengambil kesempatan melawat kakitangannya ini. Menurut Sdr Azhari ketika ditemubual, beliau dijangka boleh pulang ke rumah pada 14 Oktober 2011, bergantung kepada perkembangan kesihatan dan pemulihannya.

Berikut dikongsikan gambar-gambar ketika En Syamsul melawat Sdr Azhari. Disediakan oleh : EDITOR