Selasa, 13 Disember 2011

Majlis Makan Malam Bersama Media

12 Disember 2011, Seremban : Satu Majlis Makan Malam Bersama Media telah diadakan bertempat di Hotel Klana Resort, Seremban. Program ini merupakan satu program anjuran bersama pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bersama dengan pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Program ini diadakan bermula pada jam 8.00 malam hingga ke jam 10.30 malam.

Antara lain program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagu hubungan serta semangat setiakawan di antara pihak media dengan pihak Majlis.

Menurut Dato' Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPN dan MPS,"Menerusi hubungan baik ini, masyarakat akan memperolehi maklumat yang tepat dan betul ekoran daripada laporan akhbar yang tepat dan berasas. Menerusi maklumbalas dan laporan yang tepat ini, dapat pula memberi masyarakat tentang gambaran sebenar berkaitan sesuatu isu. Secara tidak langsung pihak media mampu memainkan peranan menambahbaik hubungan masyarakat dengan pihak Majlis", ujar beliau ketika menyampaikan ucapannya.

Turut hadir ke majlis ini adalah YB Dato' Siow Chen Pin iaitu Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengankutan Awam.

Di antara pegawai MPN yang telah berkesempatan hadir termasuklah En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang Majlis Perbandaran Nilai.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.

Suasana di dalam dewan jamuanSuasana meriah dengan kehadiran wartawan pelbagai mediaEn Syamsul bergambar dengan salah seorang pegawai MPSEn Syamsul bergambar bersama isteriBarisan Inspektor Kesihatan (IK) Majlis Perbandaran Seremban yang sempat memberikan 'pose' istimewa

Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 5 Disember 2011

Tahniah Halim dengan Kelahiran Cahayamata!!

Pada 5 Disember 2011, lahirnya cahayamata kepada Sdr Abd Halim bin Abu Bakar, Pembantu Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Nilai. Kelahiran puteri yang membawa makna besar di dalam hidupnya telah disambut pada jam 12.30 tengahari di Hospital Tuanku Jaafar.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah kepada Abd Halim dan didoakan semoga dengan kelahiran puteri sulungnya ini membawa kebahagiaan serta rezeki yang melimpah ruah. Insya Allah.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan.

Bayi perempuan Abd Halim dengan timbangan 2.9 kg
Tembam betul pipinya!Pn Ungku (Isteri kepada En Syamsul)yang telah berkesempatan melawat di Hospital Tuanku Jaafar sedang mendukung Puteri Sulung kepada Sdr Abd Halim.

Disediakan oleh : EDITOR

Seminar Undang-Undang PBT Kelantan

4 Disember 2011, Ketereh : Satu Seminar Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diadakan bertempat di Majlis Daerah Ketereh di Ketereh, Kelantan Darul Naim. Seminar ini telah dianjurkan oleh MD Ketereh selaku tuan rumah dan disertai oleh kira-kira 60 orang Pambantu Penguatkuasa PBT daripada seluruh Negeri Kelantan.

Seminar ini melibatkan Proses, Prosedur dan Tatacara Penguatkuasaan.

Penceramah yang diundang khas adalah Encik Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Nilai. Ini adalah ekoran daripada tindakan yang tegas dan serius yang telah diambil oleh pihak MPN pada tahun 2010 dan 2011 di dalam memerangi kegiatan Judi Internet Haram serta Rumah-Rumah Urut. Menerusi Seminar ini Sdr Syamsul juga telah berkongsi pengalaman berkaitan kes-kes mahkamah yang pernah diambil serta operasi bersepadu yang pernah dijalankan bersama lain-lain agensi bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil ke atas pengusaha-pengusaha aktiviti yang tidak bermoral ini.

Seminar tersebut telah berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 5.00 petang.

Menurut penganjur, seminar ini penting bagi memastikan semua anggota penguatkuasa dapat menjalankan tindakan penguatkuasaan dengan teratur dan rapi dan paling penting sekali tidak menyalahi prosedur dan undang-undang.




Pengacara Majlis mempengerusikan programEn Syamsul bersedia sebelum menyampaikan seminarDi antara para peserta yang telah berkesempatan hadirSuasana ketika menyampaikan seminarAhli Majlis MD Ketereh ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup programSesi bergambar bersama sebahagian daripada para peserta Lagi gambar yang telah sempat dirakamkan

Disediakan oleh : EDITOR