Khamis, 30 Jun 2011

Majlis Penutup Bengkel Jahitan Manik & Labuci Pangsapuri Rakyat Pajam

18 Jun 2011, Nilai : Satu Majlis Penutup Bengkel Jahitan Manik dan Labuci telah diadakan bertempat di Pangsapuri Rakyat Pajam. Bengkel ini yang berlangsung selama sehari merupakan satu program yang dijalankan kecara bersama menerusi kerjasama Majlis Perbandaran Nilai bersama pihak JMB Pangsapuri Rakyat Pajam. Program ini merupakan salah satu daripada program yang diletakkan di bawah program Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Nilai.

Program ini telah disempurnakan Majlis Penutupnya oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai. Turut hadir sama di dalam program ini ialah En Gan Chee Biow, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Nilai, En Gani Mohamad Daud (Ahli Majlis), En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang MPN) serta tidak ketinggalan juga kakitangan-kakitangan yang terlibat selaku urusetia program.

Dengan ini tahniah diucapkan buat sekelian Jawatankuasa Pelaksana yang menjayakan program terutamanya Jabatan Hal Ehwal Komuniti MPN yang bertindak selaku urusetia program ini.

Berikut dikongsikan beberapa gambar di sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Khamis, 16 Jun 2011

Program Transformasi Kerajaan Peringkat PBT Negeri Sembilan

16 Jun 2011, Seremban : Satu Seminar "Program Transformasi Kerajaan : Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan" telah diadakan bertempat di Klana Resort, Seremban daripada 15 hingga 16 Jun 2011. Program ini melibatkan kira-kira lebih seratus orang kakitangan dan pegawai daripada PBT seluruh Negeri Sembilan. Turut hadir sama ialah En. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan MPN.

Program seminar ini telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YB Datuk Hj Mat Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis perasmian penutup bermula kira-kira jam 4.45 petang. Majlis perasmian penutup ini telah turut dihadiri oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai.

Program ini telah dianjurkan oleh Unit Perumahan Kerajaan Tempatan (UPKT), Negeri Sembilan. Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah di atas inisiatif serta usaha yang dimainkan oleh UPKT di dalam menganjurkan program yang sangat bermanfaat ini.

YB Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup Mendengar dengan fokus isikandungan ucapan yang disampaikanSuasana daripada belakang DewanRamai peserta yang terlibat, datang daripada seluruh Negeri SembilanPelbagai pesanan dan amanat yang disampaikan

Disediakan oleh : EDITOR