Selasa, 17 April 2012

Seminar "10 Steps To Be A Successful Managers"

Pada 16 dan 17 April 2012, telah berlangsungnya satu seminar bertajuk "10 Steps To Be A Successful Managers". Seminar dua hari ini telah berlangsung di Hotel Vistana, Kuala Lumpur. Program ini telah dikendalikan oleh pihak Konsultan daripada syarikat U Smart Resources. Seramai 21 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam program ini termasuklah 4 orang pegawai daripada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan 5 orang pegawai daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Senarai peserta adalah seperti berikut :

1. Pn Adilah Ismail (Ketua Penolong Pengarah Korporat)

2. En Alias Mansor (Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, MPN)

3. Dr. Mohd Arif Md. Noor (Ketua Jabatan Psikiatri)

4. Dr. Puteri Nurbaya Mohamed Ismail (Timbalan Pengarah [Klinikal])

5. Dr. Saleema Awang (Ketua Jabatan Patologi)
6. Pn Fatimah Abdullah (Ketua Pegawai Farmasi)

7. En Hairulazmi Mohd Ali (Penolong Setiausaha Tadbir MPS)

8. Pn Halizah Sipun (Ketua Penolong Pengarah Pentad. & Kewangan)

9. Tn. Hj. Mohd Hanafiah Ab. Aziz (Pengurus Pelaburan)

10. Tn. Hj. Mohd Hasrizal Hasim (Pengurus Perkhidmatan Teknik)

11. Pn Mek Esshah Awang (Pengurus [Perjanjian])

12. En Mohammad Azli Mohd (Arkitek Landskap, MPS)

13. Pn Hashimah Harun (Pengurus [Bayaran Balik])

14. En Mohd Lotfee Abdullah (Pengarah JPPKHEP MPN)

15. En Mohd Razif Abdul Malek (Pengurus Pengurusan Harta)

16. En Nasiruddin Ab Rahman (Arkitek Landskap MPN)

17. Pn Nor Azilah Abdul Aziz (Pengurus ICT)

18. Pn Norzuliana Abd Manan (Pegawai Penilaian MPS)

19. En Sabaruddin Sulaiman (Pengarah Kejuruteraan)

20. En Saiful Saadon (Pegawai Undang-Undang MPS)

21. En Syamsul Amri Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang MPN)

Seminar dua hari ini telah disampaikan dengan jayanya oleh En Shamsul bin Abdullah yang merupakan penceramah di sepanjang program ini berlangsung. Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.


Suasana di perkarangan Hotel Vistana, Kuala LumpurKeadaan bilik yang selesa untuk para pesertaEn Azli (kiri) dan En Nasir, ketika sebelum masuk ke dalam bilik seminar untuk memulakan seminarSuasana di awal pagi sebelum bermulanya seminarEn Shamsul Abdullah memulakan sesi ceramahnyaMendengar dengan fokus setiap input yang disampaikanSuasana kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur di waktu petangSuasana malam....Suasana pagi sebelum bermulanya hari kedua...Bersedia untuk sesi bergambarEn Syamsul mengetuai senarai penerima sijilEn Alias MansorEn Azli daripada MPSEn LotfeeEn NasiruddinKesemua peserta menerima sijil dengan suasana cukup meriah dan ceria

Disediakan oleh : EDITOR

Selasa, 10 April 2012

Taklimat Pengurusan Kualiti & Inovasi di MPN

10 April 2012, Nilai : Satu program Taklimat Pengurusan Kualiti dan Inovasi Dalam Menjenamakan Pihak Berkuasa Tempatan telah diadakan bertempat di Bilik Serai Wangi, Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Taklimat ini diadakan mulai jam 9.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Yang Berusaha En Suris bin Mihat, Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Kualiti, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Beliau telah berkongsi tentang Latarbelakang MPK, Pencapaian MPK bagi tahun 2011, Sasaran MPK bagi tahun 2012, Pengurusan Kualiti, Sedutan Perkongsian Ilmu serta Pelaksanaan Inovasi Kualiti.

Taklimat ini telah turut dihadiri oleh YBhg Tn. Hj Ali bin Luman, Setiausaha MPN, En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN serta Ketua-Ketua Jabatan yang lain.


Suasana di Bilik Mesyuarat Serai Wangi ketika Taklimat berlangsungEn Suris menerima cenderahati daripada Tn Hj Ali bin Luman Merakamkan gambar kenangan

Disediakan oleh : EDITOR