Rabu, 29 Februari 2012

Taklimat Perlaksanaan Lembaga Rayuan Negeri Sembilan

29 Februari 2012, Seremban : Satu Taklimat Perlaksanaan Lembaga Rayuan Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di Klana Resort, Seremban. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa negeri Sembilan bersama-sama Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP).

En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah turut serta menghadiri taklimat ini.

Program berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Program taklimat ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pn Hjh Kamariah binti Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa, Negeri Sembilan. Seterusnya bersambung dengan ucaptama oleh YBhg Dato' Azmel bin Hj Maamof, Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Sembilan dengan tajuk "Pelaksanaan Lembaga Rayuan Pengalaman di Negeri Sembilan".

Seterusnya program bersambung dengan taklimat bertajuk "Asas Dalam Membuat Keputusan Permohonan Rayuan : Pengalaman Negeri Selangor" yang mana telah disampaikan oleh YBhg Dato' Abu Bakar bin Awang, Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Selangor.

Kemudiannya program bersambung lagi dengan pembentangan kertas kerja bertajuk "Isu-Isu Pengurusan dan Perjalanan Lembaga Rayuan : Pengalaman Negeri Selangor" yang disampaikan oleh En Saifuddin bin Marsuk, Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Selangor.

Kemudiannya para peserta didedahkan dengan contoh perbicaraan di dalam Lembaga Rayuan yang menyaksikan pertandingan 'Mock Trial' yang menemukan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertemu dengan pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pasukan UIAM bertindak selaku pihak Perayu (Appellant) manakala pihak UiTM bertindak selaku Responden (Respondent).

Sebaik sahaja selesai mock trial ini, majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Dr. Alias Abdullah, Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP). Beliau juga kemudiannya telah menyampaikan hadiah kepada para peserta.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur di atas kesungguhan menjayakan program ilmu seperti ini. Mudah-mudahan segala input yang diperolehi dapat dipraktikkan di dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan perancangan di PBT masing-masing.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Ucapan alu-aluan oleh YBhg Pn Hjh Kamariah IbrahimSuasana di dalam Dewan Ballroom, Klana Resort, SerembanSemua mendengar ucapan yang disampaikan dengan fokusPelbagai input-input dikongsi bersama Suasana ketika pertandingan 'mock trial' berlangsung di antara UiTM v UIAM

Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 20 Februari 2012

Seminar Fungsi & Peranan Ahli Majlis di Majlis Daerah Ketereh

19 Februari 2012, Pasir Putih : Satu Seminar "Peraturan & Undang-Undang serta Fungsi & Peranan Ahli-Ahli Majlis PBT" telah dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Kelantan. Seminar ini telah berlangsung di Tok Aman Bali Beach Resort di Pasir Putih, Kelantan.
 
Seminar ini disertai kira-kira 35 orang Ahli-Ahli Majlis MDK serta Ketua-Ketua Bahagian di dalam MDK. Program seminar ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang. Penceramah undangan bagi program ini adalah En. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang, Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Antara lain, seminar ini mendedahkan tentang peranan serta tanggungjawab yang perlu difahami oleh ahli-ahli Majlis supaya semua pihak sedar akan setiap peranan yang perlu dimainkan tanpa melanggar mana-mana peruntukan undang-undang.

Syabas dan tahniah daripada EDITOR buat MDK di atas inisiatif bagi menjayakan program ini.

Di sinilah tempat berlangsungnya SeminarBilik Penginapan yang selesaSuasana di dalam Resort yang cantik dan indahLandskap yang memukau mataKawasan yang luas dengan hiasan landskap yang menyegarkan...Tn Hj Adnan Husin, Yang DiPertua MDK ketika menyampaikan ucapan perasmianYang DiPertua menyuarakan amanat serta sasaran yang ingin dicapai menerusi seminar iniSuasana ketika seminar berlangsungEn Syamsul Amri bin Hj Ismail ketika menyampaikan seminarPara peserta menerima sijil-sijil penyertaan Merakamkan gambar-gambar kenangan

Disediakan oleh : EDITOR