Isnin, 14 Mei 2012

Bengkel Penggubalan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 2012


11 Mei 2012, Port Dickson : Satu Bengkel Penggubalan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan 2012 telah diadakan bertempat di Klana Resort, Port Dickson. Bengkel ini telah berlangsung selama 3 hari mulai 9 Mei 2012 hingga ke 11 Mei 2012. Bengkel anjuran Unit Perumahan Kerajaan Tempatan (UPKT) ini telah diketuai oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Nilai.

Pihak UPKT pula telah diselaraskan oleh Pn Hanis Huzaira. Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disedikan oleh : EDITOR