Selasa, 10 Julai 2012

Program Pelancaran 5S di MPN

5 Julai 2012, Nilai : Satu Majlis Pelancaran Program 5S untuk Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan MPN. Program 5S iaitu Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan Sentiasa Amal ini telah drasmikan oleh YBhg Dato' Hj Abd.Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai.

Setiap Hari Jumaat telah dipilih sebagai Hari 5S untuk kakitangan gunakan sebagai masa untuk menyusun atur serta mengadaptasikan Konsep 5S di dalam budaya kerja di MPN.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan ketika majlis perasmian tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR