Rabu, 27 Mac 2013

Seminar Pemantapan Penguatkuasaan & Undang-Undang PBT NS

27 Mac 2013, Tampin : Satu Program Pemantapan Penguatkuasaan dan Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di Dewan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin

Program ini merupakan usaha murni yang telah digerakkan oleh barisan urusetia yang diterajui oleh Setiausaha Majlis Daerah Tampin (MDT) iaitu Tuan Abdul Quddus Nordin bersama-sama dengan Pn Latifah, Penolong Pegawai Undang-Undang MDT. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Razali bin Bakar, Yang DiPertua, Majlis Daerah Tampin.


Ceramah-ceramah program bertajuk "Peranan Ahli-Ahli Majlis PBT", "Penguatkuasaan dan Tatacara Pendakwaan" serta "Pemahaman Konsep 1Malaysia Menurut Perspektif Perlembagaan" telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang Majlis Perbandaran Nilai  (MPN). Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang.

Berikutnya, dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR