Rabu, 28 September 2011

Seminar "Blue Ocean Strategy" (BOS) di Colmale Tropicale, Bukit Tinggi

Seminar BLUE OCEAN STRATEGY : Mudah-Mudahan Membawa Anjakan Baru Kepada Organisasi

Pada 26 dan 27 September 2011 yang lalu, saya telah menghadiri satu seminar Blue Ocean Strategy (Strategi Lautan Biru). Seminar yang melibatkan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai ini telah berlangsung selama 2 hari di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur.

Bukanlah lokasi yang indah dan nyaman ini yang ingin saya bicarakan pada ruangan kali ini. Tetapi mencari makna di sebalik seminar yang saya hadiri. Terima kasih buat Dato' Yang DiPertua kerana membenarkan saya menjadi sebahagian daripada seminar yang cukup besar ertinya buat anggota-anggota organisasi.

Apa yang boleh saya katakan, satau perkataan iaitu 'PERUBAHAN' merupakan satu perkataan yang perlu mendasari setiap perubahan yang ingin diimplementasikan.

'Perubahan' merupakan kata yang tidak dapat dielakkan dalam dunia organisasi hari ini. Pemenang pada zaman ini mungkin kecundang pada masa hadapan sekiranya tiada perubahan atau suntikan idea baru dalam organisasi. Anak bawang di masa lampau mungkin tumbuh sebagai raksasa di masa depan andai peka terhadap persekitaran organisasi yang menuntut perubahan.

Bagi menunaikan tuntutan perubahan itu, hari ini orang mengutarakan tentang pelbagai konsep termasuklah konsep yang sepertimana yang saya dalami baru-baru ini iaitu Blue Ocean Strategy dan meninggalkan Red Ocean Strategy. Walaupun strategi ini belum diiktiraf sebagai strategi terbaik mengubah senario dunia organisasi dan perniagaan tetapi apabila beberapa organisasi besar nula mengikutinya dan Malaysia sendiri menjemput pencipta Blue Ocean Strategy iaitu Prof W Chan Kim untuk menghadiri Langkawi International Dialogue 2007 (LID 2007) pada 5 hingga 8 Ogos 2007 bagi berbincang isu global bersama-sama pemimpin dunia maka tentulah idea tersebut merupakan suatu strategi pembangunan yang tidak boleh kita pandang ringan dan pinggirkan pada abad ini.

"Strategi Lautan Biru mengingatkan, selagi organisasi atau sesiapa terus mahu bersaing di Lautan Merah dia mesti selalu ingat bahawa tiada sesiapa yang akan kekal cemerlang! Keluarlah daripada lautan merah dan belayar ke suatu lautan yang tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan pesaingnya tidak relevan". (Utusan Malaysia, 28 April 2007).
Lautan merujuk kepada pasaran ataupun industri. Tiada salahnya pun bila kita ingin mengaitkannya dengan organisasi MPN yang sedang kita huni ini. Lautan biru adalah suatu analogi yang menggambarkan potensi ruangan pasaran yang begitu besar yang belum diterokai. Manakala strategi lautan biru merupakan satu pendekatan yang sistematik untuk mencipta ruang pasaran yang tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan pesaing tidak relevan. Berbeza dengan lautan merah iaitu merujuk kepada satu pasaran yang didalamnya penuh dengan persaingan dari individu atau organisasi / industri yang menghasilkan perkhidmatan dan produk yang sama.

Kesimpulan yang dapat dirumuskan (menurut firasat saya), asas bagi kejayaan pelaksanaan Strategi Lautan Biru dalam organisasi adalah apabila sesebuah organisasi berjaya mencapai nilai inovasi. Ini terhasil apabila tindakan organisasi secara positif mempengaruhi struktur kos yakni berjaya menurunkan kos pengeluaran dan meningkatkan nilai penerima produk (pengguna/pembeli) secara serentak.



Penurunan kos dilakukan adalah dengan menghilangkan dan cuba mengurangkan faktor-faktor yang menjadi punca persaingan dalam bidang yang diterokai. Misalannya Tune Hotel di dalam industri perhotelan, Air Asia di dalam bidang penerbangan, Firefly di Australia (telefon bimbit praktikal untuk kanak-kanak) dan banyak lagi contoh-contoh lain. Menarik bukan!

Maka, atas dasar itulah saya katakan saya mengkategorikan diri saya sebagai beruntung dan bertuah kerana berpeluang mengikuti program seminar "Strategi Lautan Biru" (Blue Ocean Strategy) baru-baru ini kerana ia membantu saya di dalam usaha mencerna idea baru ke arah membina penambahbaikan di dalam sistem organisasi di Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil atas dasar itu, azam saya pastinya untuk memulakan perubahan itu di dalam Jabatan Undang-Undang ini sendiri. Mudah-mudahan dengan itu, ia juga mampu membawa dan mengekalkan prestasi cemerlang Majlis Perbandaran Nilai ini.
 
Mudah-mudahan. Sekian dan Wassalam.

Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang MPN

Seminar BOS : Ketibaan di Colmale Tropicale, Bukit Tinggi

Seminar "Blue Ocean Strategy" 26 - 27 September 2011

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

KETIBAAN DI COLMAR TROPICALE......

Disediakan oleh : EDITOR

Seminar BOS : Penginapan Yang Selesa ....

Seminar "Blue Ocean Strategy" 26 - 27 September 2011

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

PENGINAPAN YANG SELESA....

Suasana kehijauan yang dirakamkan daripada jendela bilik penginapan En Syamsul Disediakan oleh : EDITOR

Seminar BOS : Suasana Pagi di Colmar Tropicale

Seminar "Blue Ocean Strategy" 26 - 27 September 2011

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

SUASANA PAGI SEBELUM BERMULANYA SEMINAR...

Disediakan oleh : EDITOR

Seminar BOS : Suasana di Dewan Seminar

Seminar "Blue Ocean Strategy" 26 - 27 September 2011

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

SUASANA DI DEWAN SEMINAR...Member 'kamcheng' : En Syamsul dan En Nasir Disediakan oleh : EDITOR