Isnin, 10 Februari 2014

Majlis Penyerahan Tapak Penjaja Tmn Pinggiran Senawang

10 Februari 2014, Seremban : Satu Majlis Penyerahan Tapak Pusat Penjaja telah berlangsung di Tapak Pusat Penjaja Taman Pinggiran Senawang. Majlis ini berlangsung mulai jam 3.00 petang. Majlis ini telah disempurnakan penyerahannya oleh YB Tuan Mohd Ghazali bin Abd Wahid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Paroi.

Turut hadir ke majlis ini adalah YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif (Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai), YBrs. Tuan Hj Ali bin Luman (Setiausaha Majlis Perbandaran Nilai) serta Pengarah-Pengarah MPN.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Selasa, 4 Februari 2014

Perutusan Pengarah Undang-Undang MPN 2014

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah, kini kita telah pun berada di tahun 2014 yang menjanjikan pelbagai cabaranserta pengharapan demi menggapai impian yang lebih baik lagi. Sementelahan juga saya melihat "nafas baru" turut perlu diberi kepada pengemaskinian data, maklumat mahupun berita yang berkaitan dengan organisasi yang kita cintai iaitu Majlis Perbandaran Nilai.

Sekian lama, blog http://mpnlegaldepartment.blogspot.com menjadi medan rujukan berita buat beberapa tabloid serta majalah bulanan organisasi kita sendiri dan PBT-PBT lain, kini blog ini saya isytiharkan sebagai AKTIF semula bagi memastikan semua warga MPN dan lain-lain pengikut dan pendokong serta dikemaskini dengan data-data yang terkini dan menarik untuk perhatian serta tatapan bersama.

Saya sendiri selaku penaung ruangan blog ini mendoakan iltizam serta semangat kita selaku warga MPN untuk terus membangunkan MPN yang kita kasihi ini.

Mudah-mudahan tahun 2014 ini membawa kita menggapai kecemerlangan yang lebih gilang-gemilang lagi... insya Allah.


Sekian dan Wassalam



SYAMSUL AMRI BIN HJ ISMAIL
Pengarah
Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan
Majlis Perbandaran Nilai (MPN)