Selasa, 20 Januari 2009

Pertandingan Akhir Pidato LA 21

USIM Juara Edisi Pertama Pidato Alam Sekitar, Local Agenda 21, 2008Mohd Ikhwan Roseli menggayakan Trofi yang telah dimenangi selaku Juara Pertama Pidato Alam Sekitar

4 Disember 2008, NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pidato Alam Sekitar Local Agenda 21 yang telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Nilai. Mohd Ikhwan Roseli yang merupakan pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang di USIM telah bergelar johan setelah menumpaskan 6 peserta lain di Pertandingan Akhir. Mohd Syamsul Salleh dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pula telah mendapat Naib Johan manakala Tempat Ketiga pula disandang oleh Farhana Yaakub dari Universiti Teknologi Mara Kampus Sabah

Dengan gelaran Johan ini Ikhwan telah menggondol Hadiah berupa Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil serta Wang Tunai berjumlah RM 500. Syamsul pula memperolehi Piala Iringan, Sijil serta Wang Tunai RM 300. Farhana di tempat Ketiga pula meraih Piala Iringan, Sijil serta Wang Tunai berjumlah RM 150.

Pertandingan ini telah disertai seramai 15 peserta daripada pelbagai IPT Awam dan Swasta di seluruh Negara termasuklah Sabah. Menurut Pengerusi Pertandingan ini Saudara Nasiruddin Ab. Rahman (gambar), pertandingan di peringkat saringan telah dijalankan sehari sebelumnya dan seramai 7 peserta terbaik telah dipilih untuk bertanding di Pentas Pertandingan Akhir. Empat lagi peserta yang telah layak ke Pertandingan Akhir adalah ; Mohd Zaini Othman (USIM), Amirudin Abd Rahman (UPM), Mohamad Azri Naim Mohd Kamal (USIM) dan Mahzuan Mohamed (UiTM Shah Alam).

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif (Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Nilai. Majlis ini turut dihadiri oleh Tn Hj Ali bin Luman (Setiausaha, Majlis Perbandaran Nilai) dan Saudara Yee Hee Loong yang merupakan Ahli Majlis MPN merang Pengerusi Jawatankuasa Pemeliharaan Alam Sekitar Local Agenda 21 MPN.

Menurut Dato Abd Halim, “Pertandingan ini merupakan satu platform yang penting bagi menyedarkan kesemua golongan tentang pentingnya menjaga keharmonian alam sekitar. Konsep Local Agenda ini sewajarnya diperkembangkan dari masa ke semasa bagi memastikan Alam Sekitar akan terus terpelihara dan kelestariannya akan dapat dikekalkan”.

Kesemua peserta Pertandingan telah berkampung di Allson Klana Nilai mulai 3 hingga 4 Disember 2008

.......................................................................................................................................
Gambar-Gambar Pertandingan Akhir

Mohd Zaini Othman
USIM
"PBT Memainkan Peranan Penting Dalam Pemeliharaan Alam Sekitar"
Amirudin Abd Rahman
UPM
"PBT dan Masyarakat Perlu Bersama Menangani Isu Alam Sekitar"
Mohamad Azri Naim bin Mohd Kamal
USIM
"Kempen Cintailah Sungai Kita : Komitmen Semua"
Farhana binti Yaakub
UiTM Sabah
"Isu Pemanasan Global Semakin Serius"
Di antara wajah ceria peserta koir yang turut hadir menyaksikan pertandingan Akhir
Lagi reaksi pelbagai penonton yang hadir ke Pertandingan Akhir
Hakim-Hakim yang sedang fokus menilai persembahan peserta. Dari kiri Hanif Osman, Che Khairul Azli, Syamsul Amri Ismail (Ketua Hakim), Che Khairul Azhan dan Mohd Amin Jalil.
Mahzuan bin Mohamed
UiTM Shah Alam
"Kempen Kitar Semula Penyumbang Alam Sekitar Lestari"
Mohd Syamsul bin Salleh
UPM
"Pembangunan Mampan : PBT Watak Utama"
Mohd Ikhwan bin Roseli
USIM
"Keharmonian Alam Sekitar Matlamat Local Agenda 21"
Peserta Koir menyampaikan 3 Buah Lagu untuk tatapan penonton
Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif (Yang DiPertua MPN) menyampaikan Ucapan Perasmian
Syamsul Amri (Ketua Hakim) menyampaikan ulasan pertandingan sebelum keputusan Pengumuman Keputusan
Dato YDP menyampaikan cenderahati kepada para hakim bermula dengan Che Khairul Azli bin Che Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir di Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan
Hakim2, En Hanif bin Osman, Penasihat Undang-Undang di Firma Guaman Tetuan Yong Alias & Co

Hakim 3, Che Khairul Azli bin Che Ahmad Penolong Ketua Jajahan (Tanah), Pejabat Tanah & Daerah, Pasir Putih, Kelantan.
Hakim 4, En Mohd Amin bin Jalil, Wartawan dari Akhbar Berita Harian/Harian Metro
Ketua Hakim, Syamsul Amri Ismail, turut menerima cenderahati daripada Dato YDP
Farhana (UiTM Sabah) menerima Hadiah dan Trofi di tempat Ketiga
Mohd Syamsul Salleh menerima trofi, sijil dan replika cek selaku Naib Johan
Mohd Ikhwan Roseli, Juara Pertama Pertandingan Pidato Alam Sekitar, Local Agenda 21
En Yee Hee Loong (Ahli Majlis MPN) menyampaikan cenderahati kepada Dato YDP
Para peserta mengambil kesempatan bergambar bersama Dato YDP serta VVIP lain di Pentas Utama
Dato Yang DiPertua ketika sesi "Press Conference" bersama wartawan-wartawan yang hadir
Sesi temuramah ini turut ditemani oleh Syamsul dan Nasiruddin
Barisan panel hakim menjamu selera bersama orang ramai yang turut hadir
Penyandang gelaran, Naib Johan dan Pemenang Tempat Ketiga makan bersama
Antara Ketua Jabatan yang turut hadir
Seluruh Jawatankuasa mengadakan sesi bergambar bersama VVIP serta para hakim Pertandingan Akhir
Lagi gambar yang sempat dirakamkan
Penghargaan Yang Tidak Terhingga Buat

En Nazri Ab Ghani
Selaku Penasihat Program

En Nasiruddin Ab Rahman
Pengerusi Program Pidato LA 21

En Syamsul Amri bin Hj Ismail
Setiausaha Program & Pengerusi Kehakiman


Pn Hjh Marziah Musa
Bendahari Program

Serta Seluruh Jawatankuasa-Jawatankuasa
Pendaftaran / Penginapan / Logistik
Pn Azian bt Mohd Shariff
Pn Maryanti bt Maarof
En Esham bin Abdul Malek
Makanan
Pn Nor Sazira bt Md Sawal
Cik Zairadah Ahmad
Hadiah / Cenderahati
Pn Rosyatimah bt Abu
Pn Roslila bt Abdul Razak
Promosi / Publisiti / Jemputan
Cik Wahida bt Samsu Ariffin
En Mas Rafi bin Shamsudin
En Hamdan bin Abdul wahab
Kebersihan / Keselamatan
En Mohd Lotfee bin Nasrifan
En Safwan bin Ahmad
Liason
En Esmadee bin Nasrifan
Pn Nor Azura bt Abu Hanifah
Peralatan / Persiapan
En Nordin bin Md. Nor
En hairi Afrizal bin Norsal
En Abd Halik bin Abu Bakar
En Mohd Azley bin Abdul Ghapar
Audio & Grafik
En Mohd Hafiq bin Md Daud
En Raja Mohd Hafiz bin Raja Zurida
Kehakiman
Cik Nor Azurein bt Suhaimi
Cik Siti Kauthar bt Mohamad Nayan

Tiada ulasan: