Jumaat, 27 Februari 2009

Pertandingan Bowling Tertutup Jabatan Undang-Undang 2009

26 Februari 2009 (Khamis) - Satu pertandingan Bowling Tertutup, Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa telah diadakan pada jam 8.30 malam, malam tadi. Pertandingan ini didakan bagi membuat pemilihan peserta bagi mewakili Jabatan ke Pertandingan Bowling Antara Jabatan MPN yang akan berlangsung pada 1 Mac 2009. 

Pertandingan yang berlangsung di Pusat Bowling Jaya Jusco, Seremban ini telah berjalan dengan meriah sekali dengan penyertaan 24 orang peserta. 

Pertandingan ini telah menyaksikan 8 orang yang terpilih mewakili Jabatan Undang-Undang & Pengautkuasaan MPN iaitu; Syahiran, Syukri, Noorzaidi, En Syamsul, Yunus, Zamri, Salim, Nur Hafiz, Maria dan Rusniwati. Manakala beberapa lagi pemain yang telah tewas telah 'menawarkan' diri untuk bertanding mewakili Jabatan lain yang kekurangan pemain.

Tahniah kepada yang berjaya, manakala kepada yang kurang bernasib baik, bolehlah cuba lagi tahun hadapan. Apa pun, Ahad ini (1 Mac 2009) akan menentukan apakah Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan masih mampu mempertahankan gelaran mereka.


Salim bersedia membuat balingan Salimi selepas membuat balingan
Hamizi turut beraksi meskipun tewas
Balingan daripada Faizal
Balingan Halim yang tidak berapa menjadi


Balingan oleh PUU
Hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada peserta

Ranking Penuh Pertandingan Bowling JUUP Tahun 2009
1. Syahiran (492)
2. Mohd Syukri (481)
3. Noorzaidi (464)
4. En Syamsul Amri (454)
5. Mohamad Yunus (438)
6. Zamri Alwi (427)
7. Salim Saahmin (422)
8. Nurhafiz (416)
9. Hamizi (400)
10. Abd Halim (387)
11. Abu Hamid (365)
12. Helmi (362)
13. Raja Hafiz (348)
14. Fadil (347)
15. Hasnor (342)
16. Faizal Azizi (341)
17. Thayalan (334)
18. Amir (333)
19. Salimi (329)
20. Adzrul (327)
21. Maria (308)
22. Rusniwati (290)
23. Ikram (270)
24. Lai Sin Yee (219)

Berita dilaporkan oleh : Hasnor

Selasa, 24 Februari 2009

MPN Terus Pamer Kehebatan, MPS Putih Mata!!!!

MPN Belasah UPKT!!!
 
MPN mempamerkan permainan yang memberangsangkan ketika mudah menjinakkan pasukan UPKT pada 23 Februari 2009. MPN membuka tirai permainan dengan corak permainan menyerang sejak minit awal hinggalah ke akhir permainan. MPN nyata bukanlah tandingan pasukan UPKT apabila membelasah pasukan lawan dengan jaringan 7-0. Di dalam separuh masa pertama MPN sudahpun selesa mendahului dengan jaringan 4-0.

MPN yang mengekalkan sebahagian besar pemain yang menewaskan MD Jempol pada minggu lepas kecuali Noorzaidi yang mengalami kecederaan hamstring, tidak menunjukkan sebarang kelemahan apabila menguasai perlawanan di sepanjang 90 minit. MPN seolah-olah langsung tidak mahu memberikan ruang dan peluang kepada pasukan pelawat yang nyata tidak bermaya beraksi di padang keramat MPN ini.


Gol-gol telah dijaringkan oleh Federaushan (3 gol), Raja Mohd Nor (1 gol), Shafaren (1 gol), Noriman (1 gol), dan 1 gol lagi oleh pemain gantian iaitu Hasnor. Dengan kemenangan ini telah menjarakkan lagi kedudukan MPN selaku pendahulu liga meninggalkan MPS dengan 3 mata.

Kemudiannya pada 24 Februari 2009, MPS yang dijangka akan mudah menewaskan MD Jempol, akhirnya terpaksa berputih mata apabila diikat dengan kedudukan seri dengan MD Jempol di Padang PBNS Rahang. MD Jempol yang lebih dahulu mendahului 1-0 sedari minit kesepuluh memaksa MPS berhempas pulas sebelum berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. Dengan kedudukan ini MPS berada di dalam keadaan tertekan apabila ketinggalan 2 mata di belakang MPN. MPS mahu tidak mahu perlu menang atau sekurang-kurangnya seri pada perlawanan akan datang. Kerana jika sekiranya mereka tewas di tangan MPN maka harapan mereka untuk layak ke Separuh Akhir pastinya pudar memandangkan MD Jempol diramal tidak akan menghadapi masalah untuk menewaskan pasukan tercorot liga iaitu pasukan UPKT. MPN yang nyata tidak tertekan hanya memerlukan keputusan seri pada perlawanan akan datang bagi melayakkan MPN ke Pertandingan Separuh Akhir.
Dan yang paling pasti, MPN tidak akan memberikan laluan mudah buat MPS memandangkan ini bukan hanya harapan pemain tetapi hasrat keseluruhan warga MPN. Nantikan aksinya pada 2 Mac 2009 di gelanggang keramat, Padang MPN.

Syabas buat MPN, teruskan usaha agar berjaya mengembalikan maruah bolasepak MPN.
Antara aksi MPN ketika menentang UPKT
MPN (jersi putih) mengawal keseluruhan permainan tanpa memberi ruang sedikitpun kepada pasukan lawan.

- Editor -

Selasa, 17 Februari 2009

Liga Bolasepak PBT Sudah Bermula !!!!!

Majlis Daerah Jempol Tersungkur di Padang Sendiri!

Perlawanan pembukaan Pertandingan Bolasepak Sukan PBT Negeri Sembilan telah dimulakan dengan menyaksikan Pasukan MPN bertemu pasukan MD Jempol, manakala pasukan MPS bertemu pasukan UPKT.

Pasukan MPN yang berkunjung di Padang Bahau membariskan ramai muka baru dan bersemangat meskipun mengharungi perjalanan hampir 2 jam untuk tiba di Bahau. Perlawanan yang bermula pada jam 5.15 petang ini telah diiringi dengan hujan lebat yang benar-benar mengganggu rentak persembahan kedua-dua pasukan. Pasukan MD Jempol benar-benar gagal memanfaatkan permainan di gelanggang sendiri apabila tewas 4-1 kepada pasukan MPN yang dikendalikan oleh Jurulatih Muda iaitu Saudara Fairuz Salleh.

Lebih manis lagi kemenangan ini disaksikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pasukan iaitu En Nasir dan En Syamsul. Gol-gol MPN telah dijaringkan oleh Federaushan (2 gol), Mazlan (1 gol) dan Nurhisham (1 gol). Lebih memburukkan keadaan adalah apabila seorang pemian MD Jempol telah diperintahkan keluar padang ekoran kekasaran yang dilakukan ke atas pemain MPN, Abd Halim. Dengan kemenangan ini MPN mengungguli tangga teratas Kumpulan A dan diikuti oleh MPS ditangga kedua yang menewaskan pasukan UPKT dengan jaringan 3-0 di Padang Rahang, Seremban.

Aksi MPN ini akan diteruskan lagi pada 23 Februari 2009 apabila MPN bakal melayani pasukan UPKT di Padang MPN. Seluruh warga MPN adalah dijemput beramai-ramai menyokong pasukan kita ini. Majulah Bolasepak untuk MPN!!!!


Pemain-Pemain MPN yang telah bersedia di tepi padang sebelum memulakan pertandingan
Kapten memberikan kata semangat kepada semua pemain
Aksi di dalam padang yang basah menyukarkan keadaan
Pemain menjamu selera sebaik sahaja selesai perlawanan.

Disediakan oleh : Editor

Ahad, 15 Februari 2009

Karnival Sukan, MPN 2009

Karnival Sukan
Majlis Perbandaran Nilai
14 Februari 2009

14 Feb 2009 (Sabtu) - Satu Karnival Sukan MPN telah dijalankan pada 14 Februari 2009 di mana beberapa acara sukan telah dipertandingkan pada hari berkenaan dan selebihnya iaitu acara Badminton akan dilangsungkan pada 17 Februari 2009 manakala sukan Bowling pula akan dilangsungkan pada 1 Mac 2009.

Di dalam Karnival Sukan 2009 ini telah dimulakan dengan acara senamrobik diawal paginya. Acara senamrobik ini turut telah disertai oleh Y.Bhg Dato Yang DiPertua, Tuan Setiausaha serta beberapa Ketua Jabatan. Di antara Ketua Jabatan yang telah berkesempatan hadir adalah En Nasiruddin, En Alias, En Zulkiefly Nasir, En Nazri, En Kamarozaman , Cik Ruhiyati serta En Syamsul Amri (PUU). Acara senamrobik ini benar-benar mendapat sambutan sekelian kakitangan yang hadir ke Karnival Sukan ini.

Kakitangan yang sudah mula hadir ke Padang MPN untuk, memulakan acara senamrobik.
Antara kakitangan yang tiba awal sedang menanti kehadiran Dato YDP MPN.
Kelihatan Ramai yang mulai bergerak menuju ke Padang bagi memulakan acara senamrobik
Antara kakitangan yang bersenamrobik setelah ketibaan Dato YDP
Semua kakitangan bersenam dengan wajah penuh ceria
Tiga 'instructor' senamrobik yang merupakan kakitangan MPN sendiri
Kelihatan Dato YDP, En Man, En Nazri dan En Zul
En Nazri dan En Zul dengan aksi menarik

Setelah selesai sesi senamrobik yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi, kesemua kakitangan bergerak menuju ke Kafetaria bagi menikmati sarapan pagi. Hidangan Nasi Goreng, Mi Goreng dan kuih muih benar-benar membuka selera setiap yang hadir pada pagi itu.

Antara kakitangan yang menikmati sarapan pagi yang disediakan.
Setelah kepenatan, sarapan ini lebih 'melenakan' mata masing-masing
Antara urusetia yang turut menikmati sarapan setelah selesai senamrobik
Kelihatan Dato YDP bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan menikmati sarapan pagi

Setelah selesai sarapan pagi, acara pagi tersebut diteruskan dengan acara sepak mula Futsal. Acara ini disertai oleh Dato YDP, Tuan Setiausaha, En Zul, En Nazri, En Man, En Nasir, En Syamsul, En Alias dan En Anuar. Acara ini berkesudahan pasukan Dato YDP yang disertai oleh Dato YDP, En Syamsul, En Nasir dan En Man menang menerusi sepakan penalti.

Setelah acara ini selesai, program diteruskan dengan perlawanan Futsal dan Bola Jaring. Pertandingan ini telah disertai oleh kakitangan yang telah dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan iaitu Amanah, Bersih, Cekap dan Dedikasi. Pertandingan ini benar-benar telah mendapat sambutan dari sekelian kakitangan.

Antara Aksi pertandingan Futsal yang dispersembahkan.
Lagi aksi pertandingan Futsal
En Nasir selepas mengiringi Dato YDP yang terpaksa meninggalkan program kerana terpaksa menghadiri program lain di Seremban
En Nazri memberikan galakan kepada pasukan rumah Hijau (Dedikasi).
Aksi peserta-peserta Pertandingan Bola Jaring
Lagi aksi yang dipamerkan.
Cubaan menjaringkan gol.
Pengadil luar yang dijemput mengadili pertandingan Bola Jaring

Setelah selesai pertandingan Futsal dan Bola Jaring dijalankan, kini kesemua peserta beralih pula ke tengah padang bagi melaksanakan pula pertandingan Tarik Tali. Acara ini disertai oleh kakitangan lelaki dan kakitangan perempuan dan juga dipertandingkan mengikut kumpulan. Acara ini benar-benar meriah dan meletakkan syarat setiap pasukan yang terdiri dari 8 orang penarik mestilah memiliki berat tidak melebihi 800 kilogram.

Para peserta pertandingan tarik tali yang sudah mula bersedia.
Antara kakitangan Jabatan Undang-Undang yang menyaksilan pertandingan tarik tali setelah keletihan di dalam pertandingan Futsal.
Beginilah kemeriahannya di gelanggang Tarik Tali.
Walaupun sudah penat mengharungi acara sejak pagi mereka tetap memberikan komitmen.
Pasukan-pasukan yang sudah mula mencongak strategi Tarik Tali
Azian yang mula berang dengan aksi En Nasir dengan bendera Rumah Merahnya.
Azian mula memberikan rangsangan kepada Rumah Kuning supaya lebih bersungguh-sungguh.
Aksi Rumah Merah
Aksi Rumah Kuning
Aksi Rumah Biru
Dan Aksi Rumah Hijau
Ramai yang mula keletihan .....
Tuan Setiausaha antara yang setia hingga ke akhir acara.

Selepas selesai acara Tarik Tali, program telah berehat untuk makan tengahari dan Solat Zohor. Acara kemudiannya disambung pada sebelah petangnya bagi meneruskan acara indoor game iaitu acara Ping Pong, Dam Aji, Congkak, dan Dart.

Sesungguhnya program Karnival Sukan ini sangat meriah dan mencapai matlamat melahirkan atlit-atlit yang berpotensi mewakili MPN bagi Sukan PBT Negeri Sembilan yang bakal dijalankan pada bulan hadapan. Adalah diharapkan program Karnival Sukan ini akan tetap diadakan pada setiap tahun. Syabas diucapkan kepada urusetia pertandingan.

Sekian dan Terima Kasih.

Jumaat, 13 Februari 2009

MPN lwn TH Properties

Perlawanan Bolasepak Persahabatan

Pasukan Veteran MPN
lwn
Pasukan Veteran Tabung Haji (TH)


Satu perlawanan persahabatan di antara pasukan Veteran MPN bertemu pasukan Veteran Tabung Haji (TH) pada 13 Februari 2009 bertempat di Padang MPN. Perlawanan yang sengit ini akhirnya berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. Meskipun mendahului 2-0, namun MPN menggunakan kelebihan bermain di padang sendiri untuk bangkit semula mengikat kedudukan menjadi 2-2.


Aksi PUU ketika menggelecek bola di kotak penalti lawan.
Kelihatan pula aksi En Nasir menghampiri gol pihak lawan

Lagi aksi dari PUU

PUU mengawal bola

En Nasir selaku perancang di tengah

Kelihatan masalah 'kecergasan' mengantui persembahan PUU di dalam perlawanan ini.

Laporan oleh : Editor