Karnival Sukan
Majlis Perbandaran Nilai
14 Februari 2009
Majlis Perbandaran Nilai
14 Februari 2009
14 Feb 2009 (Sabtu) - Satu Karnival Sukan MPN telah dijalankan pada 14 Februari 2009 di mana beberapa acara sukan telah dipertandingkan pada hari berkenaan dan selebihnya iaitu acara Badminton akan dilangsungkan pada 17 Februari 2009 manakala sukan Bowling pula akan dilangsungkan pada 1 Mac 2009.
Di dalam Karnival Sukan 2009 ini telah dimulakan dengan acara senamrobik diawal paginya. Acara senamrobik ini turut telah disertai oleh Y.Bhg Dato Yang DiPertua, Tuan Setiausaha serta beberapa Ketua Jabatan. Di antara Ketua Jabatan yang telah berkesempatan hadir adalah En Nasiruddin, En Alias, En Zulkiefly Nasir, En Nazri, En Kamarozaman , Cik Ruhiyati serta En Syamsul Amri (PUU). Acara senamrobik ini benar-benar mendapat sambutan sekelian kakitangan yang hadir ke Karnival Sukan ini.
Kakitangan yang sudah mula hadir ke Padang MPN untuk, memulakan acara senamrobik.
Setelah selesai sesi senamrobik yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi, kesemua kakitangan bergerak menuju ke Kafetaria bagi menikmati sarapan pagi. Hidangan Nasi Goreng, Mi Goreng dan kuih muih benar-benar membuka selera setiap yang hadir pada pagi itu.
Setelah selesai sarapan pagi, acara pagi tersebut diteruskan dengan acara sepak mula Futsal. Acara ini disertai oleh Dato YDP, Tuan Setiausaha, En Zul, En Nazri, En Man, En Nasir, En Syamsul, En Alias dan En Anuar. Acara ini berkesudahan pasukan Dato YDP yang disertai oleh Dato YDP, En Syamsul, En Nasir dan En Man menang menerusi sepakan penalti.
Setelah acara ini selesai, program diteruskan dengan perlawanan Futsal dan Bola Jaring. Pertandingan ini telah disertai oleh kakitangan yang telah dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan iaitu Amanah, Bersih, Cekap dan Dedikasi. Pertandingan ini benar-benar telah mendapat sambutan dari sekelian kakitangan.

En Nasir selepas mengiringi Dato YDP yang terpaksa meninggalkan program kerana terpaksa menghadiri program lain di Seremban
Setelah selesai pertandingan Futsal dan Bola Jaring dijalankan, kini kesemua peserta beralih pula ke tengah padang bagi melaksanakan pula pertandingan Tarik Tali. Acara ini disertai oleh kakitangan lelaki dan kakitangan perempuan dan juga dipertandingkan mengikut kumpulan. Acara ini benar-benar meriah dan meletakkan syarat setiap pasukan yang terdiri dari 8 orang penarik mestilah memiliki berat tidak melebihi 800 kilogram.
Antara kakitangan Jabatan Undang-Undang yang menyaksilan pertandingan tarik tali setelah keletihan di dalam pertandingan Futsal.
Selepas selesai acara Tarik Tali, program telah berehat untuk makan tengahari dan Solat Zohor. Acara kemudiannya disambung pada sebelah petangnya bagi meneruskan acara indoor game iaitu acara Ping Pong, Dam Aji, Congkak, dan Dart.
Sesungguhnya program Karnival Sukan ini sangat meriah dan mencapai matlamat melahirkan atlit-atlit yang berpotensi mewakili MPN bagi Sukan PBT Negeri Sembilan yang bakal dijalankan pada bulan hadapan. Adalah diharapkan program Karnival Sukan ini akan tetap diadakan pada setiap tahun. Syabas diucapkan kepada urusetia pertandingan.
Sekian dan Terima Kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan