Isnin, 27 April 2009

Seminar Strategic Thinking di Mahkota Hotel Melaka

SEMINAR STRATEGIC THINKING & MANAGEMENT IN ACTION (STAMINA)
24 APRIL 2009 - 26 APRIL 2009
MAHKOTA HOTEL, MELAKA

Satu Seminar Strategic Thinking & Management in Action telah diadakan di Hotel Mahkota, Melaka mulai 24 April hingga ke 26 April. Seminar ini telah dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS). KesemuaPegawai-Pegawai peringkat Pengurusan di MPS dan MPN telah diwajibkan hadir. Kesemua peserta telah check-in di Hotel Mahkota ini mulai pada 24 April 2009.

Majlis perasmian telah diadakan pada 25 April 2009 pada jam 8.30 pagi. Di dalam ucapan perasmiannya Dato Hj Abd Halim (YDP MPN/MPS) menyatakan kursus atau seminar ini penting bagi melatih para pegawai cara berfikiran dengan lebih strategik di dalam memastikan kesemua pegawai faham dan maklum akan kehendak pasaran maka setiap tindak tanduk akan turut merujuk kepada menyelami hati para pelabur dan cara peniaga berfikir. Kursus ini penting bagi menetapkan halatuju yang dirasakan sesuai buat Seremban. Begitu juga Dato YDP turut berharap melalui Kursus ini kita akan dapat mengenalpasti 'branding' yang sesuai buat Bandar Seremban yang dijangka menjadi Bandaraya menjelang 2010 nanti.

Dato YDP turut berharap agar melalui kursus ini, kesemua pegawai dapat berfikir secara kumpulan dan berkongsi matlamat yang sama di dalam setiap tindakan yang dilaksanakan bagi pihak Majlis.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Syarikat The Switch Sdn Bhd yang telah diterajui oleh Tengku Faizwa Tengku Razif. Di sepanjang kursus berlangsung selama dua hari ini, telah dikendalikan dengan cukup baik oleh penceramah utama The Switch iaitu Saudara Lim Teck Hoe.

Lim Teck Hoe ternyata berjaya menyampaikan ceramah dengan cukup baik serta menarik minat semua pegawai yang memberikan fokus dan kerjasama yang cukup baik disepanjang kursus tersebut berlangsung. Lim yang baru berusia 33 tahun merupakan pemenang pingat emas Pertandingan Ingatan di peringkat Asia. Tidak hairanlah beliau memiliki ingatan sedemikian memandangkan kepada cara beliau menghujahkan sesuatu isikandungan pembentangannya yang diasaskan kepada rujukan dan fakta yang lengkap dan tersusun.

Lebih menarik lagi seminar ini telah turut disertai oleh Dato YDP disepanjang program berlangsung. Seminar yang agak santai ini benar-benar memberikan respon serta kesan yang mendalam ke dalam jiwa pegawai-pegawai yang hadir.

Kursus ini diakhiri pada 26 April 2009 di dalam satu majlis penutup yang turut disempurnakan oleh Dato Yang DiPertua. 

Di dalam ucapan Penutupan oleh Dato Yang DiPertua, beliau memuji En Lim Teck Hoe di atas penyampaian beliau yang menarik dan tidak dapat dinafikan bahawa terlalu banyak yang telah dapat dipelajari daripada beliau di sini. Dato YDP turut memuji Pegawai yang mana tiada seorang pun yang "membangkang" untuk hadir ke kursus/seminar ini walaupun banyak kenduri-kendara yang terpaksa dikorbankan demi masa depan MPS dan MPN yang dikasihi ini.

Dato YDP turut menyuarakan harapan agar pegawai-pegawai selepas ini akan berasa lebih enjoy apabila bekerja dan bekerja dengan berfikiran secara strategik yang pastinya mampu mempertingkatkan pencapaian organisasi. Sesungguhnya tiada siapa pun di dalam dunia ini yang berasa tidak seronok bekerja. Secara semulajadinya manusia pasti seronok bekerja, maka bekerjalah elok-elok.

Dato YDP turut menggambarkan kesemua Jabatan sebagai sebuah pasukan bolasepak yang mana perlu menjalankan fungsi dan peranan masing-masing bagi memastikan kejayaan di dalam sesuatu pertandingan. Kesemua Jabatan perlu melaksanakan strategic planning masing-masing dan perlu menjalankan 'transformasi' di dalam tindakan bagi memenuhi harapan Kerajaan dan Orang Ramai.

Dato YDP turut menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan bahawa satu lagi peringkat kakitangan yang bakal dihantar mengikuti kursus ini bagi meastikan visi ini turut dikongsi bersama-sama kakitangan yang lain.

Setelah selesai majlis penutup dijalankan, Dato YDP telah menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati dan sijil kepada The Switch serta pegawai-pegawai yang telah berkesempatan hadir.


Dato YDP ketika menyampaikan ucapan perasmian Kelihatan Tuan Setiausaha dan Pn Mursydah (PRO MPS) sedang berbincang sesuatu Puan Hanizah (Pengarah ICT MPS) bersama Punn Anizahaton (Pengarah Kewangan MPS)

Kelihatan sebahagian peserta yang turut menyertai seminar ini

Gaya Saudara Lim Teck Hoe ketika menyampaikan seminar
En Syamsul (Pengarah Undang-Undang MPN) bersama En Nasiruddin (Pengarah Landskap MPN)

Dato YDP bersama Saudara Lim ketika Majlis Penutup
Dato YDP ketika menyampaikan Ucapan Penutupan

- Editor Blog -

Tiada ulasan: