Majlis Tilawah Al-Qur'an Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 16 hingga 18 Jun 2009 bertempat di Pusat Dakwah Islamiah di Paroi. Dengan tema "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah", pertandingan ini telah disertai oleh kesemua Daerah di Negeri Sembilan. Majlis Tilawah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 16 Jun 2009 yang lalu. Majlis Penutup ini pula telah berlangsung pada 18 Jun 2009.
Majlis Penutup ini telah dimulakan pada jam 8.00 malam dengan Majlis Penutup ini telah disempunakan oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
Majlis Tilawah Al-Qur'an ini turut diserikan dengan penyampaian bacaan Al-Qur'an secara Qiraat oleh Sheikh Soleh Zaki Al-Misri. Di dalam majlis ini juga DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan juga turut telah perkenan untuk menyempurnakan pelancaran buku "Kembali kepada Al-Qur'an" Jilid 3 yang telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang kini diterajui oleh Mufti yang baru iaitu Sahibus Samahah Dato' Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu berunsur kerohanian oleh Kumpulan Kopratasa. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya, dan kepada yang gagal, cuba lagi di lain masa. Bukanlah kemenangan yang penting, tetapi yang lebih utama, syiar Islam yang mampu ditegakkan melalui pembacaan Al-Qur'an. Insya Allah.

DYMM Yang DiPertuan Besar menyempurnakan titah perasmian sambil ditemani oleh YAB Menteri Besar
Demikian indahnya pentas Tilawah yang telah dihias dan direkabentuk oleh Penganjur
Tertera Tema "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"
Di antara orang ramai yang hadir
DYMM Yang DiPertuan Besar telah perkenan melancarkan buku "Kembali Kepada Al-Qur'an
Persembahan Nanyian oleh Kumpulan KOPRATASA
Hakim memberikan ulasan serta mengumumkan nama pemenang Tilawah
Yang DiPertuan Besar perkenan menyampaikan cenderamata
********************************
KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN
TILAWAH PERINGKAT NEGERI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
1430 H/2009 M
************************************
KATEGORI DEWASA LELAKI
KATEGORI DEWASA LELAKI
******************************
JOHAN
Syahiruddin bin Hj Daud
31 Tahun
Johan Menunggu
Abd Latif bin Mohd Ali
42 Tahun
Rembau
**********************************
KATEGORI DEWASA WANITA
******************************
Noorliza bin Tajudin
45 Tahun
Rembau
Hajah Maimon binti Harun
54 Tahun
Johan Menunggu
Hafisah binti Saad @Yahaya
38 Tahun
Port Dickson
******************************
KATEGORI REMAJA LELAKI
******************************
Mohamad Husaini bin Mahmur
17 Tahun
Johan Menunggu
Khairul Anwar bin Shamsudin
17 Tahun
Seremban
Zainul Irsyadi bin Zainal
14 Tahun
Jempol
*****************************
KATEGORI REMAJA WANITA
******************************
Nur'Ain Akmal binti Amir Hamzah
16 Tahun
Port Dickson
NAIB JOHAN
Afifah Syukriah binti Abd Ghani
10 Tahun
Jelebu
KETIGA
Amira Najiha binti Mohd Amin
10 Tahun
Seremban
Disediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan