Selamat Pengantin Baru
.
Ikhlas Buat
.
.
dengan
.
Saiful Bahari bin Abd Manaf
.
Alhamdulillah Saudari Maria Musa (Pembantu Penguatkuasa MPN) telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Saiful Bahari Abd Manaf. Majlis perkahwinannya telah berlangsung meriah pada 13 Disember 2009 bertempat di Rumah Rakyat Pancor. Jemputan dianggarkan mencecah sehingga ke 1,700 orang jemputan.
.
Turut hadir sama ke majlis perkahwinan ini adalah En. Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang MPN) yang kebetulannya juga berasal daripada kampung yang sama iaitu di Rumah Rakyat Pancor. Ramai juga anggota penguatkuasa yang hadir bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Adalah didoakan semoga Saudari Maria akan berbahagia di samping suami tersayang hingga ke akhir hayat.
.
Berikut dikongsikan bersama-sama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.
.
Gambar 12 Disember 2009
Sehari sebelum berlangsungnya
Majlis Perkahwinan
.
Di antara orang-orang surau yang bertungkus-lumus masak secara bergotong-royong Mengacau kuali untuk memasak gulai
Suasana daripada dalam khemah memasak
Suasana daripada dalam khemah memasak
Suasana meja pengantin yang telah siap dihias
Kerja-kerja menyiang daging giat dijalankan secara bergotong-royong
.
.
13 Disember 2009
Hari Berlangsungnya Majlis Perkahwinan
Maria & Saiful
Khemah untuk jemputan yang telah siap terbentang menantikan ketibaan tetamu
En Musa dan Pn Asmah (Ibu Maria) mula menyambut tetamu sejak jam 10.00 pagi
Kelihatan wajah En. Musa yang cukup ceria dengan tema "Tradisi Jawa"
Puan Asmah bersalaman dengan kaum ibu yang sibuk di dapur Surau
Kelihatan di khemah memasak masih lagi sibuk dengan persediaan masakan lauk-pauk
Gulai yang kelihatan menyelerakan di bawah kawal selia En Atan (Imam 1 Surau An-Nur)
En. Akob sedang sibuk menggoreng ayam yang menjadi rebutan ramai
Bertungkus-lumus menggoreng dengan dua kuali besar
Ais-Krim "mingomingo" turut ditempah untuk majlis perkahwinan ini
En. Manaf bergaya dengan nasi yang disenduk ketika sesi "makan pangkal"
Suasana di bawah khemah jemputan
Suasana sibuk di kaunter aiskrim "mingomingo"
Keluarga PUU yang sedang menjamah makan yang disediakan
Aksi salah seorang anak PUU yang sedang sibuk makan
Kelihatan tetamu yang sudah mula membanjiri khemah jamuan
Jamuan bubur pun turut disediakan
PUU bergambar bersama salah seorang rakan sekampung
Khemah Jamuan Pengantin yang telah siap
Nordin, cukup terkenal sebagai DJ Pancor FM
Pasukan Cak Lempong yang sedang bersiap sedia mengiringi pengantin
Pengantin lelaki sudah bersiap sedia untuk berarak
Rombongan yang mengikuti agak ramai bilangannya
Sempat berhenti menyaksikan persembahan silat di pertengahan jalan
Meneruskan perjalanan
Ramai juga pengiring yang setia walaupun dalam suasana panas terik
En. Ghafar bertindak selaku jurukamera pada hari iniKelihatan wajah pengantin perempuan yang ceria
Pengantin Perempuan sabar menanti ketibaan Pengantin lelaki
Di antara rakan-rakan seperjuangan Maria di MPN yang turut sama hadir
Barisan jurukamera dengan kamera masing-masing
Pengantin lelaki kian menghampiri....
Pertemuan diatur di hadapan khemah utama
Apabila mata bertentang mata, lidah kelu tidak berkata-kata hanya hati menyimpulkan segalanya
Maria hanya mampu tersenyum
Mencium tangan suami tercinta!!!
Duduk bersama di khemah utama menyaksikan persembahan
Persembahan silat dari kumpulan Silat yang didatangkan khas daripada Paroi
bersilat dengan penuh lincah dan aksi seni yang menarik
Silat ala-ala "iron-monkey"
Pasangan raja sehari ceria menyaksikan persembahan
Persembahan silat "Jawa"
Tetamu yang hadir leka menyaksikan persembahan
Persembahan yang kemudiannya mendapatkan restu perkenan daripada Raja Sehari
Persembahan silat daripada seorang adik perempuan yang masih bersekolah
Pasangan pengantin berarak menuju ke rumah dengan pintu gerbang tertera perkataan "MONG'GHO" yang membawa maksud "SELAMAT DATANG"
Berarak perlahan menuju masuk ke rumahAkhirnya melalui pintu gerbang untuk masuk ke rumah
Ketibaan pengantin disambut dengan cahaya lensa dari ramai jurugambar
Menatap singgahsana pelamin yang tersergam indah dengan barangan hantaran disusun di hadapan pelamin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan