26 Februari 2010, Seremban - Satu program Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban. Program yang dimulakan seawal jam 8.00 pagi ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Diikuti dengan ucapan perasmian oleh DYMM Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
.
Sebaik sahaja selesai ucapan perasmian, bermulalah acara perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pelbagai kontinjen dari pelbagai peringkat telah menyertai perarakan ini dengan Majlis Perbandaran Nilai turut sama menyertai perarakan ini. Kontinjen MPN telah diketuai oleh Tuan Hj Ali bin Luman, Setiausaha Majlis Perbandaran Nilai. Pegawai-pegawai yang turut serta di dalam perarakan mewakili MPN pada tahun ini adalah En Nazri Ab Ghani, En Syamsul Amri bin Hj Ismail, En Saiful Azuar, dan En Zulkiefly Nasir.
.
Semoga dengan program ini akan menyemarakkan lagi perasaan kecintaan kita terhadap Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan...
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar untuk tatapan semua.