Di Sekitar Kejohanan Liga Bowling Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan (JUUP) Bagi Bulan Februari 2010
.
Di antara aksi menarik yang ditonjolkan Aksi Bulan Februari 2010 nyata lebih rancak daripada yang disangka!!
.
.
.
20 Februari 2010, Sabtu (Ampang Bowl, Seremban Parade) - Setelah bermula dengan agak suram pada Liga Bowling JUUP pada bulan Januari 2010, Syahiran kembali tampil dengan persembahan bertenaga untuk kembali memberi saingan bagi pertandingan Bulan Februari 2010. Dengan hanya berada pada kedudukan keempat pada bulan Januari, Syahiran merampas kedudukan tempat pertama bagi bulan Februari dengan 671 jatuhan pin.
.
Yunus pula yang baru kembali menyertai sirkit ini setelah sekian lama berehat sejak 2009, tampil menyaingi dan hanya ketinggalan 31 mata apabila mencapai 630 jatuhan pin. Sdr. Syamsul pula sekadar berpuashati di tempat ketiga dengan 598 jatuhan pin. Saingan yang semakin hebat ini menampakkan tanda-tanda positif bagi memastikan JUUP bakal kembali memberikan saingan sebenar untuk kejohanan Bowling antara Jabatan bagi memastikan keputusan hambar bagi tahun 2009 bakal di'tebus' semula. Sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Bowling Inter-Jabatan MPN, serta berkeyakinan ramai wakil daripada JUUP bakal mewakili MPN ke Pertandingan Bowling Piala PBT 2010, JUUP telah membuat beberapa perubahan dari segi format pertandingan, antaranya:
.
1) Ranking Pertama hingga Kelima akan diasingkan 'lane' bagi pusingan berikutnya;
2) Peserta wanita tidak lagi akan diberikan handicap 20 mata bagi memastikan semua peserta dapat memberikan saingan sebenar; dan
3) Peserta yang tidak menyertai sirkit Liga Bowling JUUP bagi bulan Januari 2010 atau Februari 2010 adalah DILARANG sama sekali menyertai Liga Bowling bagi tahun 2010.
.
Pengarah Undang-Undang apabila ditanya akan hal ini, "Saya menyambut baik perubahan format ini kerana memikirkan ini merupakan langkah drastik yang perlu diambil bagi memastikan JUUP akan kembali menjadi kuasa besar bowling di MPN." Namun beliau turut melahirkan rasa bimbang dengan prestasi 'malap' dan 'hambar' yang ditunjukkan oleh peserta wanita JUUP. "Saya berharap peserta wanita akan terus berusaha memperbaiki permainan mereka demi membantu saingan di siri pertandingan bowling bagi tahun 2010 ini. Saya tidak rela ber'putih mata' lagi untuk tahun ini".
.
Walaupun sirkit Liga Bowling ini baru masuk musim kedua namun, kehangatan pertandingan telah mula dirasakan. Nurhafiz walaupun turun ditangga ke - 5 pada bulan Februari ini, namun beliau masih lagi mempertahankan kedudukan pertamanya secara keseluruhan dengan diekori rapat Syahiran dengan hanya perbezaan 45 jatuhan pin. Syamsul pula berada di tangga ketiga dengan perbezaan 69 jatuhan pin dan hanya 24 jatuhan pin membezakan dengan Syahiran di tangga kedua.
.
Jangan lupa saksikan kehebatan persaingan bagi bulan Mac pula!!!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan