Sabtu, 27 Mac 2010

Bowling Jabatan Undang-Undang MPN (Bulan Mac 2010)

DI SEKITAR PERTANDINGAN BOWLING
JABATAN UNDANG-UNDANG
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
SIRKIT MAC 2010
.

Persaingan di dalam Pertandingan Bowling Jabatan Undang-Undang MPN semakin hangat apabila berlakunya perubahan 'ranking'.
.
En Syamsul yang selama ini menghuni tangga ke 2 dan ke 3 bagi bulan Januari dan Februari melakar kejutan terbesar apabila menumpaskan Syahiran dan Nurhafiz yang selama ini mengungguli carta. Terlalu awal untuk meramal siapakah bakal bergelar juara bagi tahun 2010 ini namun yang pasti setiap pemain sudah mula menampakkan peningkatan. Dengan peningkatan ini, Jabatan Undang-Undang sudah semakin bersedia memberikan saingan di dalam pertandingan Bowling antara jabatan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
.En Syamsul mencatat 741 jatuhan pin meninggalkan Nurhanis yang turut mencipta kejutan dengan mengungguli tangga kedua dengan 640 jatuhan pin. Nurhafiz menduduki tangga ketiga dengan 610 jatuhan pin Syahiran pula sekadar berpuashati di tangga keempat dengan juga 610 jatuhan pin dan hanya dibezakan dengan 'high game' di mana Hafiz mencatat 168 pada game ketiga manakala Syahiran hanya mencatat 162 iaitu pada game yang keempat.
.
Dengan kemenangan ini telah melonjakkan Syamsul untuk berada di tangga pertama keseluruhan dengan 1,943 mata. Nur Hafiz pula mengekori di tangga kedua dengan 1,881 mata dan Syahiran rapat di tangga ketiga dengan 1,836 mata. Apa pun kita nantikan pula aksi yang bakal berlangsung pada bulan April nanti. Apakah En Syamsul mampu bertahan, atau kali ini akan ada pemain lain pula mengambil alih kedudukan? Sama-samalah kita saksikan nanti!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Perhimpunan Pagi Bulan MAC 2010

Perhimpunan Pagi Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bagi bulan Mac telah diadakan pada 25 Mac 2010 bertempat di bilik Gerakan MPN. Perhimpunan bagi bulan Mac ini telah dikelolakan oleh Jabatan Landskap MPN. Pada majlis Perhimpunan Pagi kali ini, kakitangan MPN telah berpeluang mendengar amanat yang disampaikan oleh Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
.
Di dalam ucapan Dato Yang DiPertua, beliau telah menyampaikan dua intipati utama iaitu pertamanya; penerangan mengenai Konsep "1 Malaysia" dan keduanya; penerangan berkenaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area) atau disebut sebagai NKRA. Dato Yang DiPertua tidak mahu kakitangan MPN hanya mendengar tanpa memahami kedua-dua konsep ini. Kedua-dua perkara ini sering diperbincangkan maka adalah penting untuk kakitangan agar dapat memahami kedua-dua perkara ini dengan sewajarnya.
.
Di dalam konsep 1 Malaysia, mementing semangat kekitaan serta bersatu padu kerana negara Malaysia perlukan ini demi menjamin kestabilan serta keharmonian negara. Malahan kita tidak mahu disebabkan rakyat berpecah-belah, keamanan negara menjadi porak peranda.
.
Dato Yang DiPertua turut menegaskan bahawa sebagai penjawat awam, seluruh kakitangan perlu menghayati slogan di sebalik konsep "1 Malaysia" itu iaitu, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Dengan cara ini kita tidak akan meminggirkan setiap permintaan rakyat serta kita akan sentiasa berusaha melaksanakan tugas kita sebaik mungkin.
.
Di dalam huraiannya tentang NKRA beliau menggariskan bidang-bidang yang telah dijadikan asas di dalam NKRA iaitu:
.
1. Mengurangkan kadar janayah
2. Memerangi jenayah rasuah
3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
4. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
5. Memperkasa prasarana kawasan luar bandar
6. Menambah baik sistem pengankutan dalam jangkamasa sederhana
7. Memastikan dapat menjadikan pertanian sebagai pembekal utama makanan kepada rakyat (SKRA)
8. Memberi penumpuan kepada generasi muda (SKRA); dan
9. Meningkatkan produktiviti (SKRA).
.
Terima kasih diucapkan kepada Dato Yang DiPertua di atas amanat yang telah disampaikan. Semoga segala isikandungan ucapan tersebut akan dapat difahami serta dihayati oleh sekelian kakitangan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) hendaknya. Mudah-mudahan...
.
En. Nasiruddin (Pengarah Landskap) duduk di sebelah Tuan Hj Ali Luman (Setiausaha MPN) Suasana di dalam Bilik Geraka ketika mendengar amanat daripada Dato YDP
Kakitangan mendengar amanat Dato YDP dengan penuh ketenangan
Dato Hj Abd Halim, Yang DiPertua MPN ketika menyampaikan ucapan
Setiap isikandungan amanat dihayati sepenuhnya
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Rabu, 24 Mac 2010

Selamat Pengantin Baru Fadil dan Nabila

SELAMAT PENGANTIN BARU
MOHAMMAD FADIL DAN NURUL NABILA
Pada 20 dan 21 March 2010 telah selamat dilangsungkan majlis pernikahan dan persadingan pasangan Mohammad Fadil dan Nurul Nabila di Kuala Pilah rumah pengantin perempuan dan Taman Satria, Senawang rumah pengantin lelaki. Majlis berlangsung dengan meriah dengan pasangan sedondon songket menyambut hadirin sanak saudara. Doa dari seluruh warga MPN dan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan khasnya moga berkekalan keakhir hayat hendaknya.
Pasangan sedondon sentiasa melimpahkan senyuman

Antara kakitangan Jabatan yang hadir



Sdr Hasnor bersama baby nya Rayyan Adhni dan Isteri juga turut hadir



Semangat sungguh Rayyan


Sdr Jelani dan Sdr Mazlan serta Isteri dan Anak mereka


Kelihatan sdr Wahidin dan isteri juga turut berkesempatan hadir


Pengantin bergambar bersama saudara Jelani


Pasangan Pengintin dan Ayah serta Ibu Masing-Masing


Kakitangan JUUP bersama Pengantin
Terima kasih buat Saudara Jelani diatas kesudian berkongsi gambar yang diambil pada majlis dirumah Mohamad Fadil.
Terasan nak pantun lak lagi;
Berkenan Sudah Pandangan Mata
Bak Kumbang Mendapat Seroja
Selesai Sudah Impian Berumah Tangga
Moga Berkekalan jua hendaknya.
wassalam dari fndy7

Khamis, 18 Mac 2010

Mesyuarat Bajet Majlis Perbandaran Nilai di Corus Paradise Port Dickson

Mesyuarat Bajet MPN
17 hingga 19 Mac 2010
Corus Paradise, Port Dickson Pandangan di Ruang Hadapan Corus Paradise, Port Dickson Pemandangan indah di Corus Paradise
.
Mesyuarat Bajet 2010 telah berlangsung di Corus Paradise yang mana dihadiri oleh kira-kira 40 orang kakitangan termasuk Pengarah-Pengarah Jabatan. Perbincangan bagi menentukan halatuju kewangan Majlis ini berlangsung dengan baik di mana telah diketuai sepenuhnya oleh YBhg Dato Yang DiPertua sendiri dengan dibantu oleh Akauntan MPN.
.
Perancangan perbelanjaan ini diadakan pada setiap tahun bagi meastikan MPN berada di landasan kewangan yang baik.
.
Selamat bermesyuarat diucapkan!!!
Mesyuarat Bajet 2011 MPN Suasana perbincangan yang meriah
Kelihatan Tuan SU yang sedang berbincang dengan kakitangan Jabatan Khidmat Pengurusan
Hezlin dan Robiah sedang mempersiapkan bajet Jabatan Bangunan
Suasana pembentangan yang dikendalikan oleh Dato Yang DiPertua, MPN
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Khamis, 11 Mac 2010

Majlis Menghafaz Al-Qur'an Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus


10 Mac 2010, Seremban – Satu Majlis Menghafaz Al-Qur’an Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Seremban pada hari ini. Program ini bermula pada jam 8.00 malam. Majlis Menghafaz Al-Qur’an ini diadakan antara lain merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap kecelikan Al-Qur’an di kalangan masyarakat Islam terutama golongan remaja dan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan mahupun institusi pengajian tinggi. Melalui budaya menghafaz dan seterusnya menguasai pemahaman kepada isikandungan Al-Qur’an akan mampu melahirkan individu dan juga masyarakat Islam yang mantap dari segi aqidah, akhlak dan syariahnya.
Majlis penutup Majlis Menghafaz Al-Qur’an ini telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YTM dato'-Dato' Undang Luak Yang Empat, serta YTM Tuanku Besar Tampin.
Majlis Perbandaran Nilai pula telah diwakili oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, iaitu Pengarah Undang-Undang MPN.
Berikut dikongsikan bersama beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di Majlis berkenaan
Orang ramai yang memenuhi ruang dewan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi Kehadiran yang sangat menggalakkan pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya Skrin layar yang dibentang di kawasan lapang di luar dewan turut dipenuhi orang ramai
Suasana yang dirakamkan daripada belakang dewan
Lagi gambar dari ruang belakang
Unit Audio dan Visual yang bersedia di belakang dewan
Di antara pelajar-pelajar yang hadir dan terpaksa duduk diluar kerana ruang dalam dewan telah penuh sesak
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Selasa, 9 Mac 2010

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (MAPPA XI)

Pada 9 Mac 2010 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah berlangsungnya Majlis Perdana Perkhidmatan Awam buat kali ke - 11 (MAPPA XI). Majlis tahunan ini diadakan bagi mendengar amanat daripada YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri serta Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara (KSN). Majlis turut dihadiri sebilangan besar menteri-menteri kabinet, menteri-menteri besar serta pegawai-pegawai kanan sektor awam.
.
Program dimulakan dengan nyanyian Negaraku, diikuti dengan Lafaz Ikrar Rukunegara dan bacaan doa. Tan Sri KSN memulakan program dengan menyampaikan ucapan alu-aluan dan kemudiannya terus diikuti dengan amanat YAB Perdana Menteri Malaysia.
.
Antara lain YAB Perdana Menteri mengucapkan jutaan terima kasih kepada penjawat-penjawat awam yang telah menyumbangkan sebegitu banyak kecemerlangan pada tahun 2009. Sejajar dengan kata pepatah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". YAB Perdana Menteri turut menyatakan kekagumannya terhadap peserta-peserta yang telah terlibat dengan makmal NKRA yang menampakkan kematangan kakitangan anggota perkhidmatan awam di dalam mencernakan idea-idea bernas ke arah menjayakan setiap misi dan visi kerajaan. Sebagai contoh, Klinik 1 Malaysia telah pun menjadi realiti hasil daripada usaha gigih semua pihak bagi menjadikannya suatu kenyataan. Kerajaan berpandangan bahawa sebagai sebuah kerajaan yang berdaya maju sewajarnya berupaya untuk menyediakan ekosistem yang terbaik buat keseluruhan rakyatnya.
.
2 prinsip penting yang perlu diingat adalah;
.
Pertamanya; Hidup rakyat hari ini mestilah lebih baik daripada semalam. Dan hidup rakyat pada masa akan datang mestilah lebih baik daripada hari ini; dan
.
Keduanya; Kita mestilah meletakkan ekonomi negara agar berada di landasan yang terbaik dan meletakkan kedudukan ekonomi negara kita agar berada di aderah yang positif dan maju.
.
Kerajaan mengambilkira prinsip 1 Malaysia di dalam setiap tindakan. Malahan ia menjadi salah satu daripada prakarsa teras kerajaan bagi mewujudkan inisiatif ekonomi iaitu menerusi model ekonomi baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10). Gagasan bermatlamatkan Perpaduan Nasional akan terus diperjuangkan. Perpaduan Nasional ini pula tidak mungkin akan berlangsung dalam keadaan yang utophia (kesempurnaan) tetapi, setiap halangan yang pastinya ada akan ditangani dengan sebaiknya demi mempertahankan perpaduan nasional yang diperjuangkan sejak sekian lama.
.
Selama ini kerajaan memperkasakan perpaduan nasional dengan dua medium utama iaitu menerusi gubalan undang-undang serta melalui model ekonomi baru. Perlaksanaan tidak akan bermakna jika ia tidak dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan. Dan semua pihak perlu faham akan kepentingan kerajaan bertindak selaku pemudahcara.
.
Semua penjawat awam perlu segera keluar daripada stigma masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah, namun itu tidak bermakna kita mahukan pendapatan yang tinggi sambil menggadaikan nilai manusiawi sehingga menjadi sangat rendah dan hina. Bagi mencapai ini iktisad kerajaan perlulah dipertingkatkan. Realiti semasa, kita tidak boleh lalai dan alpa dengan mengambilkira cabaran-cabaran yang cukup hebat diewasa ini. Jika kita gagal pasti akan ada pihak lain mengambil kesempatan, sebagaimana dikatakan "Our losses is always somebody elses gain!".
.
Bagi mewujudkan generasi MURABBI maka kerajaan akan memfokuskan usaha menaiktaraf universiti dan pengajian tinggi negara agar benar-benar berkualiti tinggi dengan usaha membudayakan 'paragon of excellence'. Untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang diidamkan 4 teras utama yang perlu dipegang adalah;
.
Pertamanya; Mementingkan kreativiti dan inovasi;
.
Keduanya; Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan. "Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan!".
.
Ketiganya; Nilai untuk wang (value for money); dan
.
Keempatnya; Nilai integriti.
.
Dengan prinsip-prinsip dan nilai yang diutarakan ini jika dipegang erat dan kukuh, mampu memacu negara ini menuju ke mana jua destinasi yang ingin dituju. Khidmat yang diberi mestilah menampakkan kesungguhan, sehinggakan biarlah orang berkata:
.
"Belum diseru sudah menyahut!"
"Belum dipanggil sudah datang!"
"Belum disuruh sudah pergi!"
.
Demikianlah di antara amanat-amanat yang disampaikan malahan menerusi cakap-cakap penjawat awam yang hadir pada pagi ini merasakan inilah amanat yang terbaik dan komprehensif yang pernah disampaikan oleh seorang yang bergelar YAB Perdana Menteri Malaysia. Tahniah diucapkan.
.
Persidangan MAPPA XI yang menantikan ucaptama berupa amanat daripada Perdana MenteriTan Sri KSN menyampaikan ucapan alu-aluan
Suasana di dalam Dewan Plenari PICC Suasana yang kekal tenang dan fokus di sepanjang majlis berlangsung
Tan Sri KSN menyatakan apresiasi terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri
Di antara wajah orang ramai yang hadir
Tibalah masa dinanti, amanat daripada YAB Perdana Menteri
Memulakan ucapan dengan penuh tenang dan sabar
Isikandungan yang jelas, dinamik dan padat
Setiap kandungan diperhalusi sebaiknya untuk bekalan penjawat-penjawat awam
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 1 Mac 2010

Majlis Perasmian Taman Kejiranan Taman Rasah Kemayan

Taman Kejiranan Rasah Kemayan Dirasmikan Pada
1 Mac 2010
Bertempat Di Perkarangan Tempat Letak Kereta
Taman Kejiranan Rasah Kemayan
.
1 Mac 2010, Seremban - Penduduk di Taman Rasah Kemayan begitu bertuah, kerana kemudahan yang telah dijanjikan oleh pihak kerajaan kini menjadi nyata. Pada 1 Mac 2010, Taman Kejiranan Rasah Kemayan telah diserahkan secara rasminya kepada penduduk Taman Rasah Kemayan. Taman Kejiranan yang mana projeknya telah diusahakan oleh Majlis Perbandaran Nilai ini berkeluasan 8 ekar dan telah disiapkan dengan peruntukan daripada pihak Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) sebanyak 2.9 juta. Projek ini telah disiapkan dalam tempoh 56 minggu di mana telah siap sepenuhnya pada 14 Januari 2010.
.
Di antara komponen-komponen kemudahan yang terdapat di Taman Kejiranan ini termasuklah:
.
a) laluan siarkaki (jogging track - 2km 1 pusingan)
b) tempat latihan / senaman
c) gelanggang futsal
d) padang bola
e) taman permainan kanak-kanak
f) tempat letak kenderaan
g) tandas
h) tong sampah
i) kemudahan OKU
j) pavilion
.
Taman Kejiranan Rasah Kemayan ini merupakan yang pertama seumpamanya di Negeri Sembilan ini dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Di dalam ucapan perasmiannya YAB Menteri Besar telah menasihatkan agar penduduk di sini agar memanfaatkan kemudahan yang ada serta bersama-sama menjaga kemudahan awam yang telah disediakan oleh Kerajaan ini. Anggaplah kemudahan awam ini sebagai milik 'kita' dan dijaga sebaiknya. YAB Menteri Besar turut menasihatkan agar kemudahan awam, terutamanya Tandas Awam yang telah disediakan di sini di jaga kebersihannya.
.
Turut sama hadir di dalam Majlis Perasmian ini adalah YBhg Dato Hj Abd Halim Abd Latif (Yang DiPertua MPN), YB Datuk Siow Chen Pin (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), YB Datuk Hasim Rusdi (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan Tuan Hasnol (Pegawai Daerah Seremban).
.
Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh tidak kurang daripada 1,000 orang bagi menyaksikan detik bersejarah penyerahan Taman Kejiranan Rasah Kemayan ini. Tahniah buat Dato YDP dan sekelian warga kerja MPN yang telah terlibat sama merealisasikan projek Taman Kejiranan ini serta program perasmian yang telah berlangsung dengan gilang-gemilang ini.
.
Di antara para pegawai MPN yang sedang menanti ketibaan para tetamu Pentas yang telah siap tersergam menantikan kehadiran VVIP Suasana Taman Kejiranan Rasah Kemayan yang di ambil semasa program perasmian sedang berlangsung Suasana di bawah khemah sebelum ketibaan orang ramai
5 tempat duduk untuk VVIP di atas pentas utama
Akhirnya ketibaan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan disambut dengan paluan kompang, paluan gendang India serta tarian naga menyerlahkan konsep 1 Malaysia di dalam program ini
Orang ramai yang telah memenuhi tempat duduk di bawah khemah
Suasana kemeriahan terasa di majlis ini
Dari kiri; Dato Hj Abd Halim, Datuk Hasim Rusdi, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad, Datuk Siow Chen Pin dan Tuan Hasnol
Hadirin serta hadirat mendengar setiap amanat yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Di antara gambaran kemudahan yang disediakan
Di antara kakitangan Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa yang berkesempatan hadirYAB Menteri Besar menuju ke monumen bagi menandatangan plak perasmian Taman Kejiranan Rasah Kemayan
YAB Menteri besar menurunkan tandatangan

YAB Menteri Besar dengan diiringi tetamu kehormat yang lain menuju ke ruang hidanganSuasana yang penuh dengan gurauan dan gelak ketawa bersama para tetamu
YAB Menteri Besar sempat berseloronh dengan wartawan yang sedang sibuk mengambil gambar
Suasana orang ramai yang berpusu-pusu mengambil hidangan yang disediakan
YAB Menteri Besar bersama tetamu menikmati hidangan yang disediakan
Suasana di khemah hidangan VVIP
.
Sekali lagi syabas dan tahniah diucapkan kepada sekelian warga kerja MPN yang telah sama-sama menjadikan Taman Kejiranan rasah Kemayan serta Program Perasmian ini sebagai suatu kenyataan!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR