Sabtu, 27 Mac 2010

Bowling Jabatan Undang-Undang MPN (Bulan Mac 2010)

DI SEKITAR PERTANDINGAN BOWLING
JABATAN UNDANG-UNDANG
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
SIRKIT MAC 2010
.

Persaingan di dalam Pertandingan Bowling Jabatan Undang-Undang MPN semakin hangat apabila berlakunya perubahan 'ranking'.
.
En Syamsul yang selama ini menghuni tangga ke 2 dan ke 3 bagi bulan Januari dan Februari melakar kejutan terbesar apabila menumpaskan Syahiran dan Nurhafiz yang selama ini mengungguli carta. Terlalu awal untuk meramal siapakah bakal bergelar juara bagi tahun 2010 ini namun yang pasti setiap pemain sudah mula menampakkan peningkatan. Dengan peningkatan ini, Jabatan Undang-Undang sudah semakin bersedia memberikan saingan di dalam pertandingan Bowling antara jabatan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
.En Syamsul mencatat 741 jatuhan pin meninggalkan Nurhanis yang turut mencipta kejutan dengan mengungguli tangga kedua dengan 640 jatuhan pin. Nurhafiz menduduki tangga ketiga dengan 610 jatuhan pin Syahiran pula sekadar berpuashati di tangga keempat dengan juga 610 jatuhan pin dan hanya dibezakan dengan 'high game' di mana Hafiz mencatat 168 pada game ketiga manakala Syahiran hanya mencatat 162 iaitu pada game yang keempat.
.
Dengan kemenangan ini telah melonjakkan Syamsul untuk berada di tangga pertama keseluruhan dengan 1,943 mata. Nur Hafiz pula mengekori di tangga kedua dengan 1,881 mata dan Syahiran rapat di tangga ketiga dengan 1,836 mata. Apa pun kita nantikan pula aksi yang bakal berlangsung pada bulan April nanti. Apakah En Syamsul mampu bertahan, atau kali ini akan ada pemain lain pula mengambil alih kedudukan? Sama-samalah kita saksikan nanti!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: