Selasa, 11 Mei 2010

Eksklusif : Laporan Sukan PBT Negeri Sembilan 2010

8 Mei 2010 - HAMPA, KECEWA! Begitulah sahaja yang dapat digambarkan apabila berlabuhnya tirai Sukan PBT 2010. Sukan PBT yang dimulakan buat pertama kalinya pada 2009 berlangsung buat kali kedua dengan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bertindak selaku tuan rumah. Setiap kontinjen yang datang ke Port Dickson dengan semangat berkobar-kobar untuk menyekat penguasaan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang merupakan juara keseluruhan pada tahun lalu, akhirnya terpaksa akur dan tunduk kepada dominasi tuan rumah yang akhirnya diumumkan juara keseluruhan mengatasi MPS di tangga kedua. MPS sendiri seolah-olah tidak mengerti bagaimana ini boleh berlaku.
.
Pelbagai pertikaian dan konfrontasi wujud, bukan sahaja di gelanggang malahan di peringkat perbincangan sebelum sukan berlangsung sejak beberapa bulan yang lalu. Antaranya yang menjadi isu, adalah beberapa senarai sukan digugurkan ekoran dengan alasan, 'tak cukup budget!'. Yang menimbulkan kemarahan di kalangan kontinjen adalah apabila sukan-sukan tertentu digugurkan hanya pada beberapa hari sebelum sukan dilangsungkan. Ketegangan ini membuatkan adanya pihak-pihak yang merasakan bahawa, sukan-sukan tertentu digugurkan kerana tuan rumah sukar untuk 'menang' dalam game tersebut.
.
Ini termasuklah game 'dam aji' dan 'congkak lelaki' yang menjadi antara taruhan harapan pingat buat MPN. Namun ini, tidak mematahkan semangat MPN untuk tetap menyertai sukan ini dengan perjuangan sehingga ke akhirnya bagi memastikan kejuaraan milik MPN. Namun, segala usaha dikerahkan gagal mencambahkan keputusan yang diinginkan apabila MPN diumumkan berada di tempat keempat keseluruhan, yang mana turun dua anak tangga berbanding berada di tempat kedua bagi tahun 2009.
.
Sorotan pertandingan bermula dengan sukan Bolasepak Pantai, di dalam sukan ini MPN gagal memperoleh sebarang pingat apabila tewas di peringkat kumpulan. Percaturan seri 1-1 oleh MPPD dan MPS sudah cukup untuk menyingkirkan pasukan MPN untuk gagal di peringkat kumpulan. Akhirnya strategi MPS yang 'berpakat' seri dengan MPPD akhirnya memakan tuan apabila MPS tewas kepada MPPD di perlawanan separuh akhir.
.
Bagi pertandingan Badminton pula, MPN telah berjaya mendapat tempat kedua, di mana MPN telah tewas kepada pasukan Majlis Daerah Tampin di perlawanan akhir. Manakala Majlis Daerah Rembau menduduki tempat ketiga.
.
Beralih kepada sukan Tarik Tali pula,MPN gagal meraih sebarang pingat di dalam acara ini apabila, MPPD merangkul tempat pertama, diikuti dengan MPS di tempat kedua, Majlis Daerah Jempol di tempat ketiga dan Majlis Daerah Tampin di tempat keempat.
.
Bagi acara Karom pula, MPS mengungguli tempat pertama, diikuti dengan MPN di tempat ke dua dan Majlis Daerah Jempol di tempat ketiga dan UPKT sekadar berpuashati di tempat keempat.
.
Di dalam acara Bola Jaring, MPPD telah dinobatkan sebagai juara, bagi menumpaskan juara tahun lalu MPS di tempat kedua, manakala MPN di tempat ketiga dan UPKT berada di tempat keempat.
.
Manakala, di dalam acara Bola Tampar pula, Majlis Daerah Jempol diisytiharkan juara, dan MPN pula berada di tempat kedua, Majlis Daerah Kuala Pilah di tangga ketiga dan Majlis Daerah Tampin di tempat keempat.
.
Acara congkak menyaksikan MPPD bergelar johan, diikuti MPS di tempat kedua dan Majlis Daerah Jempol di tempat ketiga.
.
Dan akhirnya, Bowling. Di dalam acara bowling yang mencetuskan kontroversi apabila ramai yang enggan percaya dengan keputusan MPPD yang berada di tempat kedua. Apatah lagi sehingga artikel ini ditulis, para pemain masih lagi belum diberitahu akan kedudukan markah. Inilah yang menimbulkan rasa kurang puas di kalangan peserta. Apakah ada unsur-unsur manipulasi? MPPD sahaja yang boleh menjawabnya. Kedudukan diumumkan MPS selaku juara tahun 2009 sebagai juara bowling tahun ini diikuti MPPD di tempat kedua dan MPN berada di tempat ketiga.
.
Satu-satunya game yang menjadi pengubat kedukaan MPN adalah pastinya Bowling VVIP. Di dalam permainan ini Abu Bakar daripada UPKT yang merupakan 'favourite' kategori ini, tersungkur di tanggga ketiga dengan 499 mata. Abu Bakar mengikuti rapat Saiful Azuar daripada MPN yang menduduki tempat kedua dengan 504 mata. Juara tahun 2009, Syamsul Amri daripada MPN membuktikan bahawa kejuaraan tahun lalu bukan disebabkan nasib semata-mata apabila sekali lagi muncul juara dengan 522 mata selaku juara Bowling VVIP bagi tahun 2010. Tahniah diucapkan.
.
Walau apa sekalipun keputusan yang dicapai, jutaan apresiasi buat kontinjen MPN yang telah menunjukkan usaha gigih di dalam mencapai kemenangan. Walaupun nasib tidak menyebelahi, namun ia bukanlah noktah penamatnya kerana masih ada ruang untuk kita semua melakar kejayaan yang lebih gemilang. Mungkin tahun 2010 bukan milik kita. Tetapi bersaksilah bahawa MPN akan kembali lebih garang untuk kempen Sukan PBT Negeri Sembilan 2011 yang bakal berlangsung di Jempol...!
.
JEMPOL! NANTIKAN KEDATANGAN KAMI TAHUN DEPAN!!!!
. Di antara athlit yang hadir ke venue Bowling
Syamsul yang telah bersiap sedia selaku athlit yang bakal mewakili MPN kategori VVIPYB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri bersiap sedia membuat balingan pertama!
YB Dato' Hj Mat Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri membuat balingan pertama tanda Sukan PBT Negeri Sembilan 2010 dimulakan! Saiful Azuar (MPN) menerima hadiah daripada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri selaku pemenang di tempat kedua Kategori VVIPSaudara Syamsul menerima hadiah selaku Johan Bowling kategori VVIP
Bergambar bersama VVIP. Dari kiri; Syamsul (MPN), Saiful (MPN) YB Dato' Hj Mat Ali (Setiausaha Kerajaan Negeri), YBhg Dato' Yusof (MD Jempol) dan Iskandar (MPS)Berbincang sebelum memulakan perlawanan Bola Jaring
Aksi perlawanan Bola Jaring Aksi hebat tetap ditunjukkan pemain

Gambar sebelum sepak mula Bolasepak Pantai

Wajah garang Badang MPN

Aksi pemain tarik tali
Team Bola Tampar MPN
Aksi permainan Bola Tampar
Servis maut!

Bergambar di hadapan tag MPN Hanya tinggal nama, apabila diumumkan berada di kedudukan keempat keseluruhan
Suasana ceria tetap menyelubungi athlit
Pelbagai posing dirakamkan
Ada sahaja keletah yang ditimbulkan
Suasana ketika majlis perasmian
Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Siow Chen Pin, Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam YB Datuk Siow menyampaikan ucapan perasmian
Bergambar beramai-ramai dengan suasana cukup ceria!
Athlit wanita MPN
Apa lak yang serius pulak nih!
Senyuman athlit wanita MPN
Team Netball MPN Lagi gambar dirakamkan
YB Datuk Siow menyampaikan cenderahati kepada MPN yang diwakili En. Nasiruddin (Pengarah Jab. Landskap, MPN)





Badang MPN. Peserta Tarik Tali
Team Bolasepak Pantai

Tidak mengapalah wahai athlit harapan MPN sekalian. Tahun depan kita akan ke Jempol
..
PANTAI PORT DICKSON PANTAI YANG INDAH,
PASIRNYA PUTIH BERKILAT-KILAT,
BUKANNYA MUDAH PERKARA MUDAH,
NAK TEWASKAN MPN YANG CUKUP HEBAT
.
C'eist Lavie ...... Port Dickson....
.*
*******************************************************************
.
Keputusan Penuh
.


Bolasepak Pantai
1. MPPD
2. UPKT
3. MD Tampin
4. MPS
Badminton
1. MD Tampin
2. MP Nilai
3. MD Rembau
Tarik Tali
1. MPPD
2. MPS
3. MD Jempol
4. MD Tampin
Karom
1. MPS
2. MP Nilai
3. MD Jempol
4. UPKT
Bola Jaring
1. MPPD
2. MPS
3. MP Nilai
4. UPKT
Bola Tampar
1. MD Jempol
2. MP Nilai
3. MD Kuala Pilah
4. MD Tampin
Congkak
1. MPPD
2. MPS
3. MD Jempol
Bowling
1. MPS
2. MPPD
3. MP Nilai
Bowling VVIP
1. Syamsul Amri (MPN)
2. Saiful Azuar (MPN)
3. Abu Bakar (UPKT)
.
.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: