Isnin, 28 Jun 2010

MPN Lapan Terbaik Bolasepak PBT Malaysia!!!

Berikut dikirimkan sedikit bingkisan berita Perjuangan Pasukan Bolasepak MPN di Pertandingan Bolasepak PBT Malaysia di Teluk Intan.
.
Menakjubkan! Tidak disangka! Mengejutkan! Itulah di antara kata-kata yang dilafazkan oleh semua penyokong serta penonton yang hadir menyaksikan pertandingan Bolasepak PBT Malaysia yang diadakan di Teluk Intan pada 25 hingga 27 Jun 2010. Berbekalkan semangat dan iltizam pasukan MPN memulakan langkah berjuang demi memartabatkan nama baik MPN di persada bolasepak PBT tanahair.
.
Ketika sesi undian MPN diletakkan di dalam kumpulan D bersama-sama rakan senegeri iaitu Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Cameron Highlands dan pasukan pilihan iaitu pesaing yang telah pun menyertai kempen Liga Perdana Malaysia iaitu, Majlis Perbandaran Muar.
.
MPN memulakan langkah penuh bersemangat di perlawanan pertama yang menyaksikan pertemuan adik beradik menentang MD Kuala Pilah. MPN yang tidak pernah tewas kepada MD Kuala Pilah sejak sekian lama, begitu yakin mampu menewaskan MD Kuala Pilah. Namun akibat terlalu yakin, meskipun menguasai 80% permainan, MPN telah dikejutkan oleh Kuala Pilah dengan jaringan 1-0. Keputusan ini telah merentap semangat juang pemain yang sudah mula membayangkan saingan bakal berakhir dengan melihat baki perlawanan yang sukar menentang MD Cameron Highlands dan MP Muar.
.
Semangat kental yang digerakkan oleh Kapten Pasukan iaitu En Nasiruddin Ab Rahman telah mengembalikan semula selera dan keinginan pasukan, ditambah dengan pandangan taktikal Pengurus Pasukan, Saudara Fairuz Salleh serta Motivasi oleh pengurus Pasukan iaitu En Syamsul Amri bagi merubah haluan pasukan.
.
Pertemuan seterusnya menentang pasukan MP Muar bolehlah diibaratkan pertemua misi hidup dan mati MPN bagi menentukan perjuangan MPN berakhir atau tidak. Dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi dan tidak mahu ditertawakan rakan senegeri maka MPN membuat penampilan yang sangat meyakinkan dengan mengejutkan pasukan Liga Perdana MP Muar dengan kemenangan 1-0.
.
Kini, nasib kembali memihak MPN dengan peluang sama rata kini muncul semula. MD Kuala Pilah telah menang dengan Cameron Highland dengan jaringan 4-0 manakala MP Muar menang dengan MD Cameron 6-0. Ini bererti MPN perlu menang 5-0 untuk mengatasi jaringan Kuala Pilah atau 6-0 untuk mengatasi MP Muar untuk bergelar juara kumpulan.
.
Akhirnya MPN membuktikan kejaguhannya dengan menumpaskan MD Cameron Highlands dengan jaringan 7-0. Dengan kemenangan ini MPN menempah tempat ke pusingan kalah mati dengan penuh bergaya apabila bergelar juara kumpulan D diikuti dengan MP Muar di tempat kedua. Kuala Pilah terkeluar daripada saingan akibat perbezaan gol.
.
Masalah mula datang ke kem MPN apabila beberapa pemain termasuk Ketua Pasukan, En Nasiruddin yang mengalami kecederaan Hamstring dan tidak dapat diturunkan. Ketiadaan ayam tambatan MPN ini amat dirasa apabila perjuangan di pusingan kalah mati ini bermula. MPN diundi menentang Majlis Daerah Pekan, dan keputusan berakhir seri 1-1 sehingga tamat masa permainan. Berbekalkan pengalaman yang dimiliki penjaga gol MPN iaitu Mohd Kamsafie, kakitangan Jabatan Khidmat Pengurusan yang juga merupakan penjaga gol pasukan Negeri Sembilan di dalam Piala Bardhan dan hampir dibeli oleh pasukan Rapid KL pada bulan Mei yang lalu, menampakkan cahaya yang bersinar terang dengan MPN menang menerusi sepakan penalti 4-2. Penjaga gol MPN menyelamatkan 3 tendangan penalti yang diambil. Begitulah adanya....
.
Dengan kemenangan ini MPN menjadi satu-satunya wakil Negeri Sembilan yang tinggal setelah MP Seremban dan MD Tampin tumpas di saingan kalah mati kepada lawan masing-masing.
.
Memang benar MPN layak ke suku akhir menjadikan MPN selaku 8 pasukan terbaik Malaysia, namun MPN terpaksa membayar harga yang mahal apabila kehilangan 5 pemain yang cedera dan tidak dapat beraksi diperingkat suku akhir. Di peringkat ini menampakkan kelesuan MPN apabila tewas kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu.
.
Meskipun tewas, MPN telah membuka mata kesemua peminat bolasepak PBT tanahair dengan kejayaan yang dicatatkan ini dengan menempatkan diri selaku 8 pasukan terbaik PBT Malaysia. Sehinggakan Yang DiPertua Persatuan Boalsepak Negeri Perak telah turun ke padang SM Teknik Teluk Intan, bagi menyaksikan sendiri aksi MPN kerana terkejut dengan berita MPN menumpaskan pasukan MP Muar di peringkat kumpulan.
.
Apa pun tahniah buat semua. Pertandingan ini telah dijuarai oleh Majlis Bandaraya Johor Baharu, diikuti Majlis Daerah Setiu di tempat kedua, Majlis Perbandaran Klang di tempat ketiga dan Majlis Perbandaran Kota Bharu di tempat keempat.
.
Insya Allah, pada edisi yang akan datang pasukan MPN akan mara lebih jauh lagi. Terima kasih buat semua!!!!
.
Suasana ketika para pemain berhenti rehat di Hentian Rehat Rawang ketika perjalanan menuju ke Teluk Intan Suasana di bilik taklimat pertandingan
Di antara wakil pasukan yang telah hadir
Padang Sekolah Teknik yang memiliki rumput yang subur
Suasana padang sehari sebelum hari pertandingan
Memang cantik dan segar mata memandang!
Hotel Anson, tempat penginapan pemain bolasepak MPN
Bersedia sebelum perlawanan bermula
Di antara pemain yang menanti sebelum bergerak ke padang bagi memulakan perlawanan pertama Singgah sebentar di sebuah kedai untuk menikmati sarapan pagi
Para pemain mengalas perut sebelum memulakan saingan

Aksi MP Muar bertemu MD Cameron yang berkesudahan MP Muar menang 6-0
Barisan pemain MPN yang berjuang bagi menaikkan nama MPN
Pengursu bergambar bersama beberapa pemain sebelum perlawanan
Persaingan awal menentang MD Kuala Pilah

Bermain di bawah panahan cahaya matahari. MPN tewas mengejut 1-0 kepada MD Kuala PilahSuasana sebelum MPN bertemu MP Muar
Aksi MPN bertemu MP Muar berkesudahan MPN menang 1-0
Aksi MPN bertemu MD Cameron Highlands
Perlawanan berkesudahan MPN menang 7-0
Pertemuan MPN bertemu MP Kota Bharu
MPN tewas 3-0
Memori Menara Jam Condong menjadi saksi kejayaan MPN berada di landasan 8 pasukan terbaik PBT Malaysia
Pengurus Pasukan, En Syamsul yang juga merupakan Pengurus Pasukan yang bertanggungjawab membawa pasukan ke tahap 8 terbaik bersama-sama Ketua Pasukan (En Nasiruddin) dan Jurulatih (Saudara Mohd Fairuz Saleh).
.
Apa pun tahniah diucapkan buat semua. Semoga MPN lebih berjaya pada tahun hadapan. Mudah-mudahan....!!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Pertandingan Pidato 1 Malaysia (LA 21) Majlis Perbandaran Nilai

Pertandingan Pidato 1 Malaysia (Local Agenda 21)
23 hingga 24 Jun 2010
anjuran
Majlis Perbandaran Nilai
.
Satu pertandingan Pidato 1 Malaysia (LA21) telah diadakan buat kali kedua di MPN. Jikalau pada edisi pertama pada tahun 2008, menerima penyertaan seramai 17 peserta, pada edisi kedua kali ini telah meningkat dengan penyertaan seramai 29 orang peserta.
.
Sdr. Mohd Ikhwan Rosseli yang dinobatkan selaku Juara Pidato 1 Malaysia
.
Sdr. Mohd Ikhwan Rosseli daripada USIM sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan kejayaan menjuarai sekali lagi pertandingan ini. Sdr. Ikhwan membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM 700. Di tangga kedua pula disandang oleh Sdri. Yoges a/p Verasuntharam daripada UIAM. Beliau membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM 500. Manakala di tempat ketiga telah dimenangi oleh Sdr. Mohd Adam bin Salam daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP). Beliau pula memenagi trofi serta wang tunai bernilai RM 300.
Para pemenang bergambar bersama replika cek yang dimenangi
.
Seramai 27 peserta yang telah berentap di peringkat saringan iaitu:
.
1. Harwin Ismail (Universiti Tun Hussein Onn)
2. Azri Jaharudin (Universiti Tun Hussein Onn)
3. Azmiera Mohamad Kassim (Politeknik Ungku Omar)
4. Mohd Hafiz Mod Zahari (Politeknik Ungku Omar)
5. Nur Izzaty Ahmad (Politeknik Merlimau)
6. Nur Farhana Norsazali (Politeknik Merlimau)
7. Muhammad Haffiz Zainal Abidin (Politeknik Seberang Perai)
8. Nurul Liyana Nazari (Politeknik Seberang Perai)
9. Nurdhiya Aizat Othman (UiTM Melaka)
10. Nur Nadia Mohd Jalani (UiTM Melaka)
11. Abdullah Abd Samad (UiTM Shah Alam)
12. Amirul Safwan Kamaludin (UiTM Shah Alam)
13. Siti Mastura Nazaruddin (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah)
14. Nirmala A/P Gengadore (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah)
15. Ahmad Ibrahim Yazirruddin (UTEM Melaka)
16. Nur Syuhada Che Khalid (UTEM Melaka)
17. Nik Mohd Fakrudin Nik Mat (UTEM Melaka)
18. Yoges A/P Verasuntharam (UIAM)
19. Nur Amalina Ab Aziz (UIAM)
20. Aina Hisham (UiTM Kuching)
21. Abdul Rahman Abdul Kadir (UiTM Kuching)
22. Muhamad Shahizad Saleh (USIM)
23. Muhammad Irhammudin Ibrahim (USIM)
24. Muhammad Azri Naim Mohd Kamal (USIM)
25. Mohd Ikhwan Rosseli (USIM)
26. Mohd Adam Salam (Universiti Malaysia Pahang)
27. Hamizan Hamzah (UTM Skudai)
.

Kesemua peserta bergambar beramai-ramai bersama-sama tetamu kehormat di atas pentas sebaik selesai upacara penyampaian hadiah
.
Terdapat dua pemidato yang dijemput khas untuk menyampaikan persembahan pidato di dalam bahasa lain iaitu:
.1. Agaligadevi A/P Rathakrishna (Politeknik Merlimau) Bahasa Tamil; dan
2. Ahmed Raed Saeed (USIM) Bahasa Arab

.
Pemidato Kategori Jemputan; Ahmad Raed (Bahasa Arab) dan Agaligadevi (Bahasa Tamil)
.
Disebabkan oleh penyertaan yang menggalakkan pada tahun ini YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif (Yang DiPertua MPN) telah mengumumkan bahawa hadiah kemenangan untuk pertandingan tahun yang akan datang akan dinaikkan. Hadiah Johan RM2,500, Naib Johan RM 2,000 dan Ketiga RM 1,500. Manakala empat pemenang tempat keempat hingga ketujuh akan menerima hadiah RM 500 setiap seorang. Diharapkan dengan pengumuman ini akan menggalakkan lagi penyertaan daripada seluruh pelajar IPT di seluruh negara.
.
Pertandingan akhir telah dihakimi oleh Sdr Syamsul Amri Ismail (Presiden Alumni Debat Malaysia), Sdr Mohd Faizal Hassan (Kaunselor, Seremban), En Mohd Amin Abd Jalil (Wartawan / Kolumnis Berita Harian) dan Sdr Che Khairul Azli bin Che Ahmad (Alumni Debat Malaysia)
Hakim-hakim yang terlibat mengadili Pertandingan Akhir
. Menurut Sdr Syamsul yang bertindak selaku Ketua Hakim, "Pertandingan pada tahun ini sangat menarik dengan menampakkan peningkatan ketara dari segi gaya persembahan serta kematangan setiap pemidato melontarkan idea dan pandangan. Diharapkan agar kesemua pemidato baru pula akan berusaha lebih giat untuk memastikan kejayaan di masa akan datang. Saya yakin, kesemua pendatang baru yang bertarung di dalam pidato peringkat intervarsiti ini mampu pergi dengan lebih jauh lagi berdasarkan potensi yang telah mereka tunjukkan di dalam pertandingan ini".

.
Apa pun EDITOR ADAM dengan ini mengucapkan tahniah kepada yang berjaya, dan kepada yang gagal, cuba lagi di masa akan datang..
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Sabtu, 19 Jun 2010

Majlis Cukur Jambul Anak Hasnor!


MAJLIS CUKUR JAMBUL DAN MARHABAN
RAYYAN ADHNI BIN HASNOR EFFENDI
PADA 06 JUN 2010






Selamat Pengantin Baru buat Helmi Hassan & Isteri!


SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN DAN PERKAHWINAN
MOHD HELMI HASSAN DAN ISTERI

PADA 29 MEI 2010 DAN 06 JUN 2010

Pengantin lelaki tenang menanti majlis akad nikah


Isteri juga tenang dalam debaran menanti detik bersejarah


Setelah selesai, acara wajib kucupan suami buat isteri tercinta





MAJLIS PERSANDINGAN RUMAH PENGANTIN
PEREMPUAN


Antara kakitangan MPN yang berkesempatan hadir
mengabadikan kenangan bersama pengantin






PERSANDINGAN DI RUMAH PENGANTIN
LELAKI

Rakan sejawat yang sudi hadir walaupun jauh






Segala perjalanan berakhir sudah, suami isteri gelaran terkini,
Moga gembira melayari waktu-waktu terindah, Dulu keseorangan kini sudah beristeri.
Buat Helmi, Seluruh warga kerja Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan
Majlis Perbandaran Nilai mengucapkan Selamat Pengantin Baru
Moga kekal bahagia keakhir hayat.

fndy_07: letih jadi orang kuat he he he he he