Isnin, 28 Jun 2010

MPN Lapan Terbaik Bolasepak PBT Malaysia!!!

Berikut dikirimkan sedikit bingkisan berita Perjuangan Pasukan Bolasepak MPN di Pertandingan Bolasepak PBT Malaysia di Teluk Intan.
.
Menakjubkan! Tidak disangka! Mengejutkan! Itulah di antara kata-kata yang dilafazkan oleh semua penyokong serta penonton yang hadir menyaksikan pertandingan Bolasepak PBT Malaysia yang diadakan di Teluk Intan pada 25 hingga 27 Jun 2010. Berbekalkan semangat dan iltizam pasukan MPN memulakan langkah berjuang demi memartabatkan nama baik MPN di persada bolasepak PBT tanahair.
.
Ketika sesi undian MPN diletakkan di dalam kumpulan D bersama-sama rakan senegeri iaitu Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Cameron Highlands dan pasukan pilihan iaitu pesaing yang telah pun menyertai kempen Liga Perdana Malaysia iaitu, Majlis Perbandaran Muar.
.
MPN memulakan langkah penuh bersemangat di perlawanan pertama yang menyaksikan pertemuan adik beradik menentang MD Kuala Pilah. MPN yang tidak pernah tewas kepada MD Kuala Pilah sejak sekian lama, begitu yakin mampu menewaskan MD Kuala Pilah. Namun akibat terlalu yakin, meskipun menguasai 80% permainan, MPN telah dikejutkan oleh Kuala Pilah dengan jaringan 1-0. Keputusan ini telah merentap semangat juang pemain yang sudah mula membayangkan saingan bakal berakhir dengan melihat baki perlawanan yang sukar menentang MD Cameron Highlands dan MP Muar.
.
Semangat kental yang digerakkan oleh Kapten Pasukan iaitu En Nasiruddin Ab Rahman telah mengembalikan semula selera dan keinginan pasukan, ditambah dengan pandangan taktikal Pengurus Pasukan, Saudara Fairuz Salleh serta Motivasi oleh pengurus Pasukan iaitu En Syamsul Amri bagi merubah haluan pasukan.
.
Pertemuan seterusnya menentang pasukan MP Muar bolehlah diibaratkan pertemua misi hidup dan mati MPN bagi menentukan perjuangan MPN berakhir atau tidak. Dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi dan tidak mahu ditertawakan rakan senegeri maka MPN membuat penampilan yang sangat meyakinkan dengan mengejutkan pasukan Liga Perdana MP Muar dengan kemenangan 1-0.
.
Kini, nasib kembali memihak MPN dengan peluang sama rata kini muncul semula. MD Kuala Pilah telah menang dengan Cameron Highland dengan jaringan 4-0 manakala MP Muar menang dengan MD Cameron 6-0. Ini bererti MPN perlu menang 5-0 untuk mengatasi jaringan Kuala Pilah atau 6-0 untuk mengatasi MP Muar untuk bergelar juara kumpulan.
.
Akhirnya MPN membuktikan kejaguhannya dengan menumpaskan MD Cameron Highlands dengan jaringan 7-0. Dengan kemenangan ini MPN menempah tempat ke pusingan kalah mati dengan penuh bergaya apabila bergelar juara kumpulan D diikuti dengan MP Muar di tempat kedua. Kuala Pilah terkeluar daripada saingan akibat perbezaan gol.
.
Masalah mula datang ke kem MPN apabila beberapa pemain termasuk Ketua Pasukan, En Nasiruddin yang mengalami kecederaan Hamstring dan tidak dapat diturunkan. Ketiadaan ayam tambatan MPN ini amat dirasa apabila perjuangan di pusingan kalah mati ini bermula. MPN diundi menentang Majlis Daerah Pekan, dan keputusan berakhir seri 1-1 sehingga tamat masa permainan. Berbekalkan pengalaman yang dimiliki penjaga gol MPN iaitu Mohd Kamsafie, kakitangan Jabatan Khidmat Pengurusan yang juga merupakan penjaga gol pasukan Negeri Sembilan di dalam Piala Bardhan dan hampir dibeli oleh pasukan Rapid KL pada bulan Mei yang lalu, menampakkan cahaya yang bersinar terang dengan MPN menang menerusi sepakan penalti 4-2. Penjaga gol MPN menyelamatkan 3 tendangan penalti yang diambil. Begitulah adanya....
.
Dengan kemenangan ini MPN menjadi satu-satunya wakil Negeri Sembilan yang tinggal setelah MP Seremban dan MD Tampin tumpas di saingan kalah mati kepada lawan masing-masing.
.
Memang benar MPN layak ke suku akhir menjadikan MPN selaku 8 pasukan terbaik Malaysia, namun MPN terpaksa membayar harga yang mahal apabila kehilangan 5 pemain yang cedera dan tidak dapat beraksi diperingkat suku akhir. Di peringkat ini menampakkan kelesuan MPN apabila tewas kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu.
.
Meskipun tewas, MPN telah membuka mata kesemua peminat bolasepak PBT tanahair dengan kejayaan yang dicatatkan ini dengan menempatkan diri selaku 8 pasukan terbaik PBT Malaysia. Sehinggakan Yang DiPertua Persatuan Boalsepak Negeri Perak telah turun ke padang SM Teknik Teluk Intan, bagi menyaksikan sendiri aksi MPN kerana terkejut dengan berita MPN menumpaskan pasukan MP Muar di peringkat kumpulan.
.
Apa pun tahniah buat semua. Pertandingan ini telah dijuarai oleh Majlis Bandaraya Johor Baharu, diikuti Majlis Daerah Setiu di tempat kedua, Majlis Perbandaran Klang di tempat ketiga dan Majlis Perbandaran Kota Bharu di tempat keempat.
.
Insya Allah, pada edisi yang akan datang pasukan MPN akan mara lebih jauh lagi. Terima kasih buat semua!!!!
.
Suasana ketika para pemain berhenti rehat di Hentian Rehat Rawang ketika perjalanan menuju ke Teluk Intan Suasana di bilik taklimat pertandingan
Di antara wakil pasukan yang telah hadir
Padang Sekolah Teknik yang memiliki rumput yang subur
Suasana padang sehari sebelum hari pertandingan
Memang cantik dan segar mata memandang!
Hotel Anson, tempat penginapan pemain bolasepak MPN
Bersedia sebelum perlawanan bermula
Di antara pemain yang menanti sebelum bergerak ke padang bagi memulakan perlawanan pertama Singgah sebentar di sebuah kedai untuk menikmati sarapan pagi
Para pemain mengalas perut sebelum memulakan saingan

Aksi MP Muar bertemu MD Cameron yang berkesudahan MP Muar menang 6-0
Barisan pemain MPN yang berjuang bagi menaikkan nama MPN
Pengursu bergambar bersama beberapa pemain sebelum perlawanan
Persaingan awal menentang MD Kuala Pilah

Bermain di bawah panahan cahaya matahari. MPN tewas mengejut 1-0 kepada MD Kuala PilahSuasana sebelum MPN bertemu MP Muar
Aksi MPN bertemu MP Muar berkesudahan MPN menang 1-0
Aksi MPN bertemu MD Cameron Highlands
Perlawanan berkesudahan MPN menang 7-0
Pertemuan MPN bertemu MP Kota Bharu
MPN tewas 3-0
Memori Menara Jam Condong menjadi saksi kejayaan MPN berada di landasan 8 pasukan terbaik PBT Malaysia
Pengurus Pasukan, En Syamsul yang juga merupakan Pengurus Pasukan yang bertanggungjawab membawa pasukan ke tahap 8 terbaik bersama-sama Ketua Pasukan (En Nasiruddin) dan Jurulatih (Saudara Mohd Fairuz Saleh).
.
Apa pun tahniah diucapkan buat semua. Semoga MPN lebih berjaya pada tahun hadapan. Mudah-mudahan....!!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: