Pada 2 Julai 2010, telah berlangsungnya satu majlis jamuan Hi-Tea penduduk-penduduk Taman Seri Anggerik, Rantau bersama YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Majlis telah berlangsung pada jam 3.00 petang bertempat di Balai Raya Taman Seri Anggerik.
.
Penduduk-penduduk Taman Seri Anggerik yang menderita sejak sekian lama ekoran projek perumahan mereka yang bermasalah kerana pemaju yang telah bankrap, kembali ceria apabila YAB Menteri Besar mengumumkan sumbangan kewangan yang bakal diberikan oleh Kerajaan Negeri bangi menyelesaikan masalah ini. YAB Menteri Besar berjanji bahawa sumbangan tersebut akan disalurkan kepada pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan dengan itu MPN akan bertanggungjawab bagi memastikan segala kesulitan ini akan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
.
Sebaik sahaja tamat ucapan, YAB Menteri Besar bersama-sama YBhg Dato' Hj Abd Halim (Yang DiPertua MPN) telah bersama-sama dengan sekelian penduduk yang hadir bagi menikmati hidangan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Penganjur yang bertindak menjadi pengelola program ini adalah pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
.
Sebaik sahaja selesai jamuan, YAB Menteri Besar telah berkesempatan menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan, hamper serta barangan kepada para penduduk Taman Seri Anggerik. Penduduk-penduduk kelihatan gembira dan ceria ekoran tanggungjawab serta inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan Negeri serta pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bagi memastikan rintihan rakyat di Rantau ini, dapat diselesaikan segera.
.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan