Isnin, 5 Julai 2010

Majlis Perasmian Kaunter OSC MPN

26 Julai 2010 - Satu Majlis Perasmian Kaunter Setempat (OSC) MPN telah berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Nilai. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Dato' Siow Chen Pin, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam, Negeri Sembilan Darul Khusus.
.
Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Dato' Siow Chen Pin.
.
Sebaik selesai upacara 'gimik perasmian', tetamu kehormat dan sekelian yang hadir telah menikmati jamuan yang telah disediakan.
.
Selepas itu, YB Dato' Siow telah diiringi oleh YBhg Dato' Yang DiPertua untuk melawat Kaunter Setempat (OSC) di pejabat dan seterusnya menandatangani plak tanda perasmian.
.
Majlis Perasmian ini juga menyaksikan MPN turut melancarkan perkhidmatan mySMS, Sistem eTempahan dan Permohonan Lesen Secara 'Online'. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak MPN.
.
Adalah diharapkan ini dapat membantu MPN terus mempertingkatkan lagi sistem penyampaiannya bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan pihak Majlis.
.
YB Dato' Siow Chen Pin, ketika sedang menyampaikan ucapan perasmian Di antara tetamu yang hadir Majlis perasmian yang mendapat sambutan yang menggalakkan
Suasana di suatu sudut di dalam dewan
YB Dato' Siow dengan diiringi YBhg Dato Hj Abd Halim ketika 'gimik' perasmianSuasana ketika jamuan
Semua tetamu yang hadir melawat ke Kaunter Setempat (OSC)
YB Dato' Siow Chen Pin dengan diiringi YBhg Dato' Hj Abd Halim ketika mendengar penerangan di Kaunter OSC
Bersedia untuk majlis menandatangani plak perasmian
YB Dato' Siow Chen Pin menurunkan tandatangan sebagai satu lagi acara 'simbolik' perasmian
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

"Seminar Banteras Cetak Rompak" di IPRM

26 Julai 2010 - Satu seminar "Banteras Cetak Rompak" telah diadakan bertempat di Balai Kerapatan, Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM). Program ini telah diadakan mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.
.
Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Negeri Sembilan. Program ini telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, guru-guru serta pelajar-pelajar dari seluruh Negeri Sembilan. Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah diwakili oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang, MPN.
.
Perasmian penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hasim Rusdi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri Sembilan.
.
Program ini telah dimulakan dengan sesi pertama dengan tajuk "Taklimat Berkaitan Cetak Rompak oleh Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya". Sesi ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga ke jam 9.30 pagi. Program berhenti rehat seketika untuk memberi laluan kepada minum pagi sebelum bersambung semula pada jam 10.00 pagi.
.
Pada jam 10.00 pagi program bersambung, dengan sesi 2 yang bertajuk "Taklimat Berkaitan Ubat / Kosmetik Tiruan oleh Bahagian Farmasi". Ceramah ini telah dikendalikan oleh En Mohd Rizal Mazli Salim daripada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Sesi ini tamat pada jam 11.00 pagi dan seterusnya disambung dengan sesi 3 dengan tajuk "Taklimat Berkaitan Cetak Rompak / Barang Tiruan oleh Pemilik Hakcipta / Cap Dagang" di mana ceramah ini telah disampaikan oleh Pn Azrina Sharif daripada Syarikat Energizer Kuala Lumpur. Beliau menghuraikan tentang keburukan bateri-bateri tiruan serta kesannya terhadap keselamatan serta reputasi sesebuah syarikat malahan mampu memudaratkan pengguna sendiri.
.
Program telah berakhir pada jam 1.00 petang. Majlis bersurai sebaik sahaja selesai sesi jamuan makan tengahari dijalankan di Anjung Muafakat, Tingkat 1, Bahagian Pentadbiran di IPRM
.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Jabatan Peradagangan di atas inisiatif dan usaha murni memerangi gejala cetak rompak ini. Semoga hasilnya dapat dimanfaatkan bersama.
.
Penceramah menyampaikan ceramah di dalam salah satu slot Suasana di dalam dewan Salah satu slide yang dipancarkan untuk tatapan semua Suasana di galeri pameran oleh pelbagai agensi
Galeri pameran yang mendapat perhatian peserta seminar Pameran menyediakan pelbagai input untuk dikongsi bersama para pengunjung
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Pertandingan Bowling Sukan 4 Penjuru

23 Julai 2010 - Satu program SUKAN 4 PENJURU telah diadakan di Sepang di antara 4 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bersempadanan iaitu Majlis Perbandaran Sepang (selaku tuan rumah), Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Majlis Perbandaran Nilai.
.
Salah satu daripada acara yang dipertandingkan adalah merupakan sukan bowling yang menjadi sukan pembukaan bagi program yang dirancangkan menjadi acara tahunan ini. Bowling ini telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu; Kategori Lelaki, Kategori Wanita dan Kategori VVIP.
.
Bagi Kategori VVIP, Majlis Perbandaran Nilai telah mengungguli pertandingan apabila bergelar johan menumpaskan 3 pasukan yang lain. Pasukan VVIP MPN telah diwakili oleh En Nazri A Ghani (Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPN), En Saiful Azuar Ahmad Jadi (Pengarah Jab Hal Ehwal Komuniti, MPN), En Syamsul Amri Ismail (Pengarah Undang-Undang, MPN) dan Pn Norita Bakri (Pegawai OSC, MPN). Tidak kurang hebatnya, pasukan wanita MPN turut bergelar johan bagi pertandingan ini.
.
Namun demikian, disebabkan oleh persembahan lesu pasukan lelaki yang hanya menduduki tangga ketiga megakibatkan MPN hanya berkedudukan di tempat kedua secara keseluruhannya.
.
Pelbagai acara dipertandingkan termasuklah ping pong, badminton, bolasepak dan lain-lain lagi. Dan pada majlis penutup yang diadakan pada 24 Julai 2010, Majlis Perbandaran Nilai telah diumumkan sebagai tuan rumah bagi program ini bagi tahun 2011.
.
Apa pun tahniah diucapkan buat yang berjaya, dan kepada yang gagal, cuba lagi pada tahun hadapan.
.
Gelanggang ARL Bowl di Alamanda Putrajaya yang menjanjikan suasana yang sengit Para pemain bakal beraksi menunjukkan siapakah jaguh yang sebenar Barisan pemain kategori VVIP MPN
Dari kiri; En Nazri (mendukung anak), Pn Norita, En Saiful Azuar dan En Syamsul Amri
Lane yang sememangnya bertaraf tinggi dan standard
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Ahad, 4 Julai 2010

Program Jamuan Hi-Tea Penduduk Tmn Seri Anggerik Bersama Menteri Besar

Pada 2 Julai 2010, telah berlangsungnya satu majlis jamuan Hi-Tea penduduk-penduduk Taman Seri Anggerik, Rantau bersama YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Majlis telah berlangsung pada jam 3.00 petang bertempat di Balai Raya Taman Seri Anggerik.
.
Penduduk-penduduk Taman Seri Anggerik yang menderita sejak sekian lama ekoran projek perumahan mereka yang bermasalah kerana pemaju yang telah bankrap, kembali ceria apabila YAB Menteri Besar mengumumkan sumbangan kewangan yang bakal diberikan oleh Kerajaan Negeri bangi menyelesaikan masalah ini. YAB Menteri Besar berjanji bahawa sumbangan tersebut akan disalurkan kepada pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan dengan itu MPN akan bertanggungjawab bagi memastikan segala kesulitan ini akan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
.
Sebaik sahaja tamat ucapan, YAB Menteri Besar bersama-sama YBhg Dato' Hj Abd Halim (Yang DiPertua MPN) telah bersama-sama dengan sekelian penduduk yang hadir bagi menikmati hidangan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Penganjur yang bertindak menjadi pengelola program ini adalah pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
.
Sebaik sahaja selesai jamuan, YAB Menteri Besar telah berkesempatan menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan, hamper serta barangan kepada para penduduk Taman Seri Anggerik. Penduduk-penduduk kelihatan gembira dan ceria ekoran tanggungjawab serta inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan Negeri serta pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bagi memastikan rintihan rakyat di Rantau ini, dapat diselesaikan segera.
.
YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif menyampaikan ucapan alu-aluan Suasana di dalam Balai Raya ketika ucapan disampaikan
YAB Dato Seri Utama Menteri Besar turut mendengar ucapan yang disampaikan oleh YBhg Dato' Yang DiPertua MPN
YBhg Dato' Yang DiPertua menyatakan apresiasi yang tidak terhingga buat YAB Menteri Besar di atas kesudian membantu menyelesaikan permasalahan ini
Suasana di luar Balai Raya. Kelihatan beberapa orang pegawai MPN yang bersedia di luar Balai Raya
YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, DUN Rantau tampil menyampaikan amanat kepada semua yang hadir
Ucapan beliau disambut meriah apabila YAB Menteri Besar mengumumkan bantuan yang bakal diberikan kepada penduduk berkaitan projek perumahan mereka yang bermasalah
Suasana di bawah khemah jamuan sebaik sahaja selesai ucapan oleh YAB Menteri Besar
YAB Menteri Besar menyampaikan bantuan kepada semua penduduk yang hadir
Penerima yang terdiri daripada pelbagai bangsa; Melayu, Cina dan India
Para urusetia turut membantu mengangkat barangan yang berat kerana ada di antaranya yang sudah berumur dan uzur
Bantuan diberi bagi meringankan bebanan yang ditanggung sejak sekian lama
Dengan bantuan ini, jelaslah bahawa kerajaan begitu peka dengan setiap penderitaan serta permasalahan yang dihadapi oleh rakyat secara keseluruhannya.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR