Rabu, 6 Oktober 2010

Majlis Jamuan Meraikan En Zulkiefly Nasir Ke Mekah

7 Oktober 2010, Khamis : Satu majlis meraikan En Zulkiefly bin Nasir, Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah di adakan di Bilik Gerakan MPN pada jam 12.30 tengahari. Majlis ini telah diaturkan oleh Kelab Kebajikan & Sukan, MPN (KESUMAS). Majlis ini bagi meraikan En Zulkiefly yang bakal berangkat mengerjakan ibadah Haji menerusi penerbangan pada 12 Oktober 2010 ini. En Zul dijangka berlepas pada 12 Oktober 2010 jam 7.30 pagi dan dijangka pulang semula ke tanahair pada 28 November 2010.
.
Pn Maryanti Maarof (gambar) telah bertindak selaku Pengerusi Majlis bagi program ini. Majlis ini telah turut dihadiri oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPN, Tn Hj Ali bin Luman, Setiausaha MPN, Ketua-ketua Jabatan serta seluruh kakitangan yang berkesempatan hadir.
.
Di dalam ucapan Dato' Yang DiPertua, beliau mendoakan semoga En Zulkiefly akan selamat beribadah di sana serta dapat beribadah dengan tenang. Beliau juga berharap En Zulkiefly agar tidak perli risau akan apa-apa kerja yang ditinggalkan supaya hanya fokus untuk beribadah di sana.
.
En Zulkiefly pula di dalam ucapannya mengambil kesempatan untuk memohon maaf seandai ada apa-apa kesalahan mahupun tingkahlaku yang menyinggung perasaan dan sebagainya.
.
En Syamsul Amri, Pengarah JUUP turut hadir di dalam majlis jamuan ini.
.
Dengan ini sekelian warga Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan MPN mendoakan agar En Zulkiefly selamat pergi dan selamat pulang serta dapat membawa pulang ibadah haji yang mabrur, insya Allah.
.
Dato' Yang DiPertua ketika menyampaikan ucapan kepada semua yang hadir En Zulkiefly yang diraikan, mendengar amanat dan pesanan yang diberikan oleh Dato' Yang DiPertua
Di antara yang hadir
Semua kakitangan turut mendengar amanat yang disampaikan
En Zulkiefly ketika menyampaikan ucapan terima kasih di atas kesudian mengadakan majlis ini
Dato' Yang DiPertua menyampaikan sumbangan bagi pihak KESUMAS kepada En Zulkiefly
Dato' Yang DiPertua bersama En Zulkiefly semasa sesi jamuan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: