Ahad, 20 Februari 2011

Majlis Makan Malam Jabatan Undang-Undang MPN






29 Januari 2011, Seremban : Sejak tercetusnya idea untuk mengadakan makan malam hasil daripada kutipan bulanan sebanyak RM 5.00 sebulan oleh kakitangan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan (JUUP) dan beberapa program seperti kursus dan seminar yang dianjurkan sendiri oleh Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan, satu usaha telah dibentuk oleh Pengarah JUUP bagi memastikan program ini berjaya dianjurkan.

Setelah mengambil kira semua perkara tanggal 27 Januari 2010 telah dipilih oleh Pengarah JUUP dengan bertemakan "Hitam dan Putih" untuk membuka satu lembaran baru dalam diari Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan. Pada malam tersebut hampir semua kakitangan JUUP hadir ke majlis makan malam termasuk beberapa bekas kakitangan JUUP yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut.

Hasil idea yang dicetuskan oleh Pengarah JUUP dan diadun oleh kreativiti dan kepakaran yang ada dalam JUUP majlis tersebut telah berjaya dijalankan dengan meriahnya walaupun YBhg Dato' YDP tidak berkesempatan hadir kerana terbabit dalam satu urusan rasmi bersama YAB Menteri Besar, bermula dari penubuhan Jawatankuasa program ke kain rentang hinggalah gambar-gambar sekitar program semuanya dilakukan sendiri oleh kakitangan JUUP yang berbakat.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan menjadikan JUUP satu-satunya jabatan di Majlis Perbandaran Nilai yang berjaya mengadakan program seperti ini, moga cenderahati yang dibekalkan menjadi ingatan buat semua kakitangan dan bekas kakitangan yang hadir pada malam tersebut.





Kain Rentang ilham YM Raja Mohd Hafis

Pakar Penyangkut "Banner"


En Syamsul memberikan ucapan

En Nazri Mulup bekas Pegawai Undang-Undang JUUP
merasmikan Majlis Makan Malam
Jurukamera bertauliah Azley memulakan persembahanZamri mengalunkan lagu
Hamdan turut menyumbangkan suara




"THE BEST" @ TERBAIK



TAHNIAH JUUP

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: