Program Mesyuarat Bajet Majlis Perbandaran Nilai (MPN) 2013 telah diadakan bertempat di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang pada 16 Mac 2012 hingga 18 Mac 2012. Program Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPN.
Turut hadir ke program ini adalah Ketua-Ketua Jabatan dan para pegawai bagi memuktamadkan belanjawan MPN bagi tahun 2013. Tidak ketinggalan juga Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MPN telah diwakili oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang dan juga Sdr Hasnor Effendi, Pembantu Penguatkuasa MPN.
Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan.
Dato' Yang DiPertua meneliti satu persatu cadangan perbelanjaan yang diutarakan oleh jabatan berkaitanSemua memberikan cadangan dan komentar masing-masing Semua fokus dengan setiap bait perkara yang dibincangkanSuasana di dalam bilik perbincanganEn Syamsul bergambar bersama En Haizol (Unit COB)
En Syamsul merakamkan gambar kenangan di Colmar Tropicale
Disediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan