Isnin, 9 April 2012

Program Seminar : Hal Ehwal Pesaka Tanah

9 April 2012, Seremban : Satu Program Tak Kenal Maka Tak Cinta : Hal Ehwal Pesaka Tanah telah diadakan bertempat di Dewan Besar, Gedong Lalang 50, Ampangan, Seremban. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para peserta berkaitan undang-undang serta masalah-masalah berkaitan hal ehwal pesaka tanah. Pelbagai pencirian dibuat serta penerangan berkaitan Kanun Tanah Negara untuk kefahaman para peserta.

Slot dimulakan dengan Taklimat 1 bertajuk "Hakmilik Tanah dan Isu Hal Ehwal Tanah" yang disampaikan oleh En Mohd Firdaus bin Mohd Arif, Penolong Pentadbir Tanah Unit Pendaftaran. Taklimat beliau berlangsung pada jam 10.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi.

Slot kemudiannya bersambung dengan Taklimat 2 bertajuk "Proses Perintah Pesaka Tanah" yang telah disampaikan oleh En Muhamad Ashraf bin Faizal dari Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri.

Program ini telah turut dihadiri oleh En Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: