Shahrul Noriman Wira MPN!!!!
Majlis Perbandaran Nilai menepati ramalan apabila menewaskan pasukan Majlis Daerah Jempol di perlawanan akhir. Perlawanan yang berlangsung pada 14 Mac 2009, jam 5.00 petang bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ini berlangsung sengit dalam keadaan padang yang basah serta diiringi hujan renyai-renyai. Begitu juga dengan penyokong-penyokong MPN yang setia menanti sehingga ke akhir perlawanan bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan MPN.
MD Jempol (MDJ) telah mempamerkan aksi yang menarik sehingga mengatur serangan bertubi-tubi ke arah gol MPN sebaik sahaja perlawanan bermula. MPN seolah-olah hilang arah cuba mengatur strategi namun seringkali kehilangan bola serta asakan MPN mudah digagalkan oleh pertahanan MDJ.
MPN kelihatan hilang punca, dan berkemungkinan ekoran tekanan perlawanan akhir.
Kealpaan MPN akhirnya membawa padah apabila MDJ berjaya terlebih dahulu membolosi gawang MPN apabila cubaan mereka dari luar kotak penalti menerjah terus ke gawang gol MPN tanpa mampu diselamatkan oleh Fadli. MDJ selepas itu terus mengamalkan corak permainan bertahan. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Di separuh masa kedua, berbekalkan semangat apabila melihat Dato YDP turut turun ke bangku simpanan MPN untuk membantu pasukan menyuntik semangat yang berbeza di separuh masa kedua. MPN kelihatan lebih tersusun cuba membolosi gawang MDJ sejak dari minii awal. Namun, usaha mereka dinafikan beberapa kali oleh ketangkasan penjaga gol MDJ. Beberapa peluang menerusi tendangan percuma, peluang yang dimiliki oleh Federaushdan turut hampa apabila mereka tetap gagal membolosi gawang gol MDJ.
Pada minit ke 80, jurulatih mengambil keputusan mengeluarkan Raja Mohd dan menggantikan beliau dengan Prakash. Kemasukan Prakash ini dilihat memberikan impak kepada pertandingan di mana beberapa kali hantaran ke tengah dilihat mengancam gawang gol MDJ. Akhirnya pada minit 83, MPN menemui gol yang dicari-cari apabila Shahrul Noriman melepaskan rembatan kencang ke gawang gol tanpa mampu diselamatkan oleh penjaga gol MDJ. Selepas itu MPN terus menggandakan usaha sehingga tamat permainan namun gagal menambah gol.
Perlawanan diteruskan dengan sepakan penalti bagi menentukan siapakah juara pertandingan akhir ini. Dan akhirnya sejarah tercipta apabila MPN bergelar juara setelah menumbangkan MDJ dengan jaringan 4-3 pada sesi tendangan penalti ini. Tahniah diucapkan buat En Nasiruddin dan En Syamsul yang telah membawa pasukan ini hingga menjadi juara!
Dilaporkan oleh - Editor Blog Jabatan Undang-Undang

2 ulasan:
tanpa sokongan dr KESUMAS pasukan bola MPN tidak akan berjaya hingga ke saat ini. tingkatkan mutu permainan gandakan latihan sekiranya mahu dihormati oleh pasukan lain. tanpa usaha kejayaan tidak akan datang.. ikhlas dr AJK Kesumas
pembetulan yoo. masa sblm final start semua nyanyi lagu Negaraku la bukan lagu N.Sembilan.
Catat Ulasan