Pada 4 Mac 2009, En Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengarah Undang-Undang MPN) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Kepimpinan Organisasi di Institut Belia Port Dickson. Ceramah beliau disampaikan di dalam dua slot iaitu Slot 1 : Muhasabah Diri serta Slot 2 : Kepimpinan Organisasi Efektif.
Kursus ini disertai hampir 50 orang peserta dari seluruh pelusuk Negeri Sembilan, dan terdiri dari pelbagai kaum. Kebanyakan peserta berumur di dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Kesemua peserta ini dijadualkan berkursus di sini mulai 1 Mac 2009 hingga 6 Mac 2009. Melalui kursus ini para peserta akan dapat didedahkan dengan teknik kepimpinan yang betul bagi memudahkan mereka menjalani hidup berpersatuan dan sebagainya.
- EDITOR -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan