Ahad, 3 Mei 2009

Pertandingan Bowling Bulanan Jabatan Undang-Undang MPN (April) 2009


KEJUTAN!!! Itulah yang dapat digambarkan setelah selesai sirkit kedua Pertandingan Bowling bagi Bulan April 2009. Kali ini terdapat beberapa muka baru yang mencuba nasib dengan hasrat meletakkan diri di dalam ranking Pemain Terbaik Jabatan Undang-Undang MPN. Pertandingan bagi bulan April 2009 ini telah dilangsungkan di Arena Bowling di Jaya Jusco, Seremban 2. Pertandingan yang bermula lewat agak menjejaskan penumpuan kebanyakan pemain kerana kebanyakan pemain terperangkap di dalam kesesakan lalulintas.

Pertandingan berlangsung agak sengit dan lebih mengejutkan lagi saudara Fadil telah berjaya mengungguli kedudukan teratas dengan mengatasi Syahiran (juara bulan lalu) dengan perbezaan 42 jatuhan pin. Namun, kemenangan beliau dikatakan kerana beliau berada di lane yang tidak bercampur dengan pemain lain dan hanya beraksi dengan Izham tanpa memerlukan "cross-lane". Ramai pemain juga tidak berpuashati malahan mencadangkan agar beliau dikenakan denda penalti (tolak markah) kerana kelewatan tiba di arena bowling yang mana telah mengganggu tumpuan para pemain.


Meskipun demikian, Syahiran masih lagi kekal selaku pendahulu keseluruhan dan masih terdapat 8 pusingan lagi sebelum pertandingan ini melabuhkan tirainya pada penghujung bulan Disember 2009. Pastikan anda mengikuti perkembangan ini sehingga ke akhirnya, bagi melihat siapakah yang bakal dinobatkan sebagai "Raja Bowling 2009" bagi Jabatan Undang-Undang MPN.


Ranking terkini boleh dilihat di Ruangan Ranking Terkini Bowling di sebelah kanan Blog ini. Dan anda jangan terkejut, kerana apa yang dipaparkan adalah perkara benar, perubahan berlaku memandangkan terdapat mata handicap percuma sebanyak 20 mata setiap game diberikan kepada peserta wanita. maka, berusahalah anda memperbaiki kedudukan anda!!!


Sekian dan terima kasih.

- Dilaporkan oleh : EDITOR BLOG -

Tiada ulasan: