Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia...
.
Diam tak diam, hari ini telah memasuki hari ke enam kita berpuasa. Berpuasa dalam erti kata menahan lapar dan dahaga. Kita juga berpeluang memanfaatkan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan dengan beribadat demi mengabdikan diri kepada Allah SWT.
.
Seperti biasa, pada minggu awal ini, di masjid-masjid dan surau-surau padat dengan jemaah yang menunaikan Solat Sunat Tarawih dan Witir. Tapi kebiasaannya masuk sahaja hari ke sepuluh puasa, jemaah mula berkurangan. 'Stamina' puasa ni memang mencabar kita sebenarnya. Sebagai seorang Muslim, stamina ibadat ini perlu kita usahakan agar ibadah puasa kita tidak sia-sia.
. Peringatan ini bukan sahaja untuk anda yang membaca artikel ini, tetapi juga untuk diri saya. Kita sewajarnya mula bertanya dengan diri kita, sejak dari kecil, berapa kali kita bersolat Tarawih penuh sebulan (soalan ini dikecualikan kepada kaum Hawa). Pernahkah kita bertanya soalan ini?
.Adakalanya kita sendiri tanpa segan silu menyatakan, "Tak pernah penuh pun!". Seolah-olah tiada apa-apa pun. Sedangkan, umat Islam sejak dari zaman para anbia' lagi menganggap bulan Ramadhan ini adalah yang paling besar, dan sewajibnya dibesarkan dengan ibadah.
.
Saya seringkali mengingatkan seluruh ahli keluarga saya agar menyedari akan 'keutamaan' dalam hidup kita. Beribadah ini perlu dijadikan amalan seharian malahan dibudayakan. Supaya generasi muda masakini dan akan datang tidak hanyut dengan kemodenan hingga tidak tahu apa nilai ibadah ini.

PERIHAL BERBELANJA
.Tidak hairan bagi kita jika melihat, orang ramai berduyun-duyun di bandar dek kerana 'shopping' untuk baju raya, kuih raya, langsir raya, perabot raya dan sebagainya. Seolah-olah jika semua yang tadi tiada maka tiadalah raya. Sedangkan dalam Islam kita dituntut agar bersederhana di dalam berbelanja, dalam ertikata tidaklah sampai berlebih-lebihan. Akhirnya nanti, apabila baru sahaja seminggu dalam Syawal, ramai antara kita yang mula ditimpa sindrom 'menung' memikirkan wang belanja dan pelbagai tanggungan yang perlu dibayar, sedangkan wang yang ada sebelum ini telah dibelanjakan mengikut nafsu tadi.
.Saya masih ingat lagi bagaimana ramai di kalangan sahabat saya yang bekerja di sektor kerajaan, di mana pada tahun lalu kerajaan umumkan gaji dua bulan disekalikan untuk menyambut Syawal. Tetapi mereka terlupa bahawa gaji tersebut hanya diawalkan dan bukannya berganda. Maka, ramailah yang terpedaya dengan tuntutan nafsu dan akhirnya ramai yang menanggung akibat hingga ke saat ini.
.
Di sinilah saya bangkitkan isu keutamaan. Tetapi, ini bukanlah bermakna kita tidak boleh berbelanja langsung, memang kita perlu meraikan Syawal dengan barangan baru, seperti yang diberitahu tadi, sebagai tanda kemenangan... tetapi tidaklah sampai kita menanggung bebanan hutang melampau. Pertimbangan akal, dan rasional yang wajar diperlukan kita bagi membuat keputusan berkaitan hal ini.

KONSEP KEMAAFAN
.Di dalam bulan Ramadhan ini, adalah peluang bagi kita untuk memperbetulkan hidup dan diri kita agar menjadi seorang manusia yang benar-benar baik malahan dibawa hingga ke selepas berlalunya Ramadhan. Kita perlu gunakan sebaiknya Ramadhan untuk mensucikan hati kita dengan ibadah, bersabar, dan tekad menjauhkan segala larangan Allah SWT. Dengan penyucian ini, kita akan dapat merapatkan diri dengan Allah dan dengan itu segala ibadah dapat dilangsungkan tanpa keterpaksaan dan juga perasaan sukar dan beban.
.Dengan itu juga, jiwa kita akan menjadi tenang dan hati menjadi lebih lembut maka segala pergeseran sesama manusia juga akan dapat kita hindarkan.
.
Cuba kita perhatikan di dalam hidup kita... Kerap kali sebenarnya kita berselisihan faham, terasa hati, kecewa, namun... apabila difikirkan sebabnya tidaklah sebesar mana. Malah tidak berbaloi pun untuk bertelagah atau bermasam muka ekoran dari sebab itu. Dan kita juga akan rasa malu untuk membangkitkan hal itu semula. Jadi apa nilainya perselisihan itu tadi? Tiadaka ada apa. malahan hidup kita akan menjadi lebih senang jika kita bersedia memaafkan dan melepaskan. Melepaskan ini bukanlah meluahkan kegeraman atau kemarahan tetapi melepaskan kemarahan kita berlalu begitu sahaja dengan sifat penuh kemaafan. Bukankah ini yang menjadi tuntutan Islam?
.
Selalu kita melafazkan kata-kata maaf di dalam hidup seharian kita... namun persoalannya apakah kita benar-benar maksudkan maaf tersebut? Selalu benar kita melihat, baru sekejap tadi meminta maaf dan tak berapa lama selepas itu, keburukan mula dibangkitkan semula... Ini bukanlah intipati kemaafan yang sebenar. Maaf sewajarnya diberi dan dipinta dengan sepenuh hati dan seikhlas hati tanpa sebarang syarat.
.
Tiada syarat untuk berbaik-baik melainkan dengan mengenepikan segala perkara buruk yang menjadi sempadan setiap perhubungan baik, apatah lagi jika ia membabitkan hubungan bersaudara.
.
Almaklumlah, kita semua manusia, bukanlah sempurna... maka setiap kesilapan dan kekhilafan, boleh berlaku. Lantaran itu, janganlah diperbesarkan demi kehidupan yang tenang, aman, bahagia dan harmoni.

BERSEDEKAH
..Dibulan mulia ini juga kita dituntut untuk bersedekah. Bersedekah pula bukanlah dengan niat menunjuk-nunjuk dan riak tetapi pastinya dengan ikhlas dan niat bersedekah. Bukan jumlah atau nilai yang menjadi ukuran tetapi keikhlasan jua yang menjadi tuntutan. Bersedekah tidak semestinya di rumah anak-anak yatim, kita mungkin juga boleh bersedekah walau hanya dengan sebungkus kecil buah kurma untuk jiran, sahabat handai, rakan sekerja dan lain-lain lagi pun sudah besar nilainya dengan syarat... ikhlas. Inilah yang diperlukan.
.
Melalui amalan bersedekah ini juga melatih hati dan jiwa kita untuk mengingati orang lain, saudara kita, saudara se Islam kita tentang hidup kita yang perlukan masyarakat dan tiada siapa yang mampu hidup bersendirian di atas muka bumi ini. Kita juga akan dilatih untuk ingat penderitaan orang yang miskin dan bukan hanya memikirkan keselesaan dan kesenangan diri sendiri semata-mata
..

ADAB DAN PERATURAN
..Dan terakhirnya saya tidak terlupa untuk berkongsi dengan anda semua akan beberapa adab dan peraturan yang perlu kita ikuti sebagai kesimpulan keseluruhan penulisan saya pada hari ini. Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
.
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
.2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
.
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
.Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
.4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
.Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
.5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
.6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
.Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

.Kenyang
..Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
.Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
.Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
.
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
.7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

..8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
.Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
.9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
.
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
.Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
.Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
.Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala Qiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

AKHIRUL-KALAM
..Akhirnya saya mewakili seluruh ahli keluarga saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf daripada semua yang mengenali diri saya dan keluarga saya. Saya juga dengan ini mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua pembaca yang beragama Islam, mudah-mudahan ibadah puasa kita diterima oleh Allah dan juga menjadi kita manusia yang lebih baik mulai hari ini hingga ke masa akan datang. Insya Allah
.
.
.
.
Majlis Perbandaran Nilai (MPN)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan