Isnin, 2 Ogos 2010

Bolasepak Liga Taman 2010 : MPN Tewas di Separuh Akhir

2 Ogos 2010 - Pertandingan Bolasepak Liga Taman, Piala Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban telah membawa MPN hingga ke peringkat Separuh Akhir. Pertandingan yang berlangsung mempertemukan pasukan MPN bertemu dengan pasukan tuan rumah MPS. Perlawanan menyaksikan MPN tumpas 1-3 kepada MPS.
.
Pertemuan 'musuh tradisi' ini telah berlangsung dalam suasana penuh ketegangan dan tekanan baik dari pemain mahupun Pengadil pertandingan yang nyata gagal mengawal permainan. Pertemuan kedua-dua pasukan lebih bersifat pertembungan peribadi berbanding pertembungan 'profesional' sebagai pemain bolasepak. Kedudukan ini amat dikesalkan selaku pertandingan sukan nombor satu di dalam negara ini.
.
Sudah beberapa kali sebenarnya Pengadil ini di dalam perlawanan sebelum ini di persoalkan kredibiliti dan keupayaannya. Namun beliau masih diberi peluang mengadili perlawanan sepenting ini. Mungkin kita boleh mengandaikan bahawa tiadanya panel pemantau bagi menilai prestasi dan tahap keupayaan pengadil ini. Akibatnya, para pemain terbawa-bawa dengan tekanan dan permainan mental dan emosi yang dicetuskan oleh ketidakupayaan pengadil.
.
Pemain-pemain ada yang membuat provokasi melampau di dalam dan di luar padang. Nilai kematangan juga tidak dapat dilihat pada kebanyakan pemain. Malahan ada di kalangan 'pegawai' sendiri kelihatan gagal mengawal kelakuan serta tindakan beberapa pemain malahan turut 'melayan' emosi yang turut menjejaskan kematangan serta sikap profesinalisme.
.
Namun demikian, MPS wajar dipuji dengan kemenangan ini kerana sememangnya MPS lebih menguasai permainan dan masih mampu memenangi pertandingan walaupun MPN terlebih dahulu mendahului seawal minit ke-11.
.
Apa pun, kedua-dua pasukan perlu lebih bijak membentuk peribadi serta sikap para pemain kerana kedua-duanya merupakan anggota atau warga kerja kerajaan, dan setiap tindakan serta tingkahlaku akan menjadi 'refleks' kepada imej kerajaan. Ramai orang luar datang ke stadium Paroi menyaksikan perlawanan ini dan janganlah nanti hanya dek kerana sikap 'buruk' pemain di dalam padang mengakibatkan MPS dan MPN mendapat 'nama' yang tidak sewajarnya.
.
Tahniah sekali lagi buat MPS dan selamat maju jaya di Final!
Di antara aksi yang sempat dirakamkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Permainan berlangsung dengan penuh aksi agresif dan kekasaran dari kedua-dua pasukan Konfrontasi yang tidak berkesudahan..... MPS mungkin menang, tetapi apakah konfrontasi ini telah berakhir? Di mana nilai persahabatan MPS dan MPN?
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: