30 Disember 2010, Nilai: Satu taklimat serta penerangan berkaitan Teknologi Hijau telah diadakan di Bilik Gerakan Majlis Perbandaran Nilai. Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Ng Soo Tian, Setiausaha (Regulatori & Pembangunan) Sektor Teknologi Hijau, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPN. Program ini telah turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis, Pegawai-Pegawai serta Kakitangan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan juga Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
.
Jabatan Bangunan MPN telah bertindak selaku tuan rumah bagi program yang julung kali diadakan ini bagi menyedarkan orang ramai perihal 5 objektif utama Dasar Teknologi Hijau, iaitu;
.
1. Mengurangkan kadar peningkatan guna tenaga dan pada masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
2. Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
3. Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan daya saing dalam Teknologi Hijau dan daya saing dalam Teknologi Hijau di perasada antarabangsa;
4. Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
5. Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak urusetia di atas kejayaan penganjuran program ini.
.
Suasana sebelum program bermula Sdr Safwan memulakan majlis dengan bacaan doa