Lawatan ke Kota Kinabalu
8 Disember 2010
.
Bersiar-siar di Bandaraya Kota Kinabalu
.
Seawal pagi jam 8.00 kesemua ahli rombongan telah mengambil keputusan keluar ke Bandaraya KK untuk membeli belah buat kali terakhir sebelum berangkat pulang pada petangnya. Oleh yang demikian, ramailah ahli rombongan yang terlibat kelihatan di sekitar Bandaraya KK. Inilah peluang terakhir untuk mendapatkan mutiara, ikan masin, makanan laut segar dan sebagainya. Menerusi perjalanan ini ahli rombongan juga telah berpeluang melawat Pasar Besar KK yang nyata bersih dan terhindar dari kekotoran yang sewajarnya dicontohi oleh peniaga-peniaga di Nilai.
.
Suasana ketika perjalanan di Bandaraya KK
Bandaraya KK yang sesak sejak awal pagi
Bandaraya KK yang sesak sejak awal pagi
En Nasir, En Zulkiefly dan En Rafi
Melawat Pasar Besar dengan dimulakan di bahagian jualan barang-barang kering
Ini pula di bahagian pemunggahan ikan yang baru ditangkap
Lihatlah betapa besarnya ikan Tuna ini...
En Zul bergambar bersama ikan Tuna
Yang lain turut sama tidak melepaskan peluang...
Ini pula ikan Tuna tanpa kepala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan