Rabu, 29 Disember 2010

Dasar Teknologi Hijau : Pemacu Pembangunan Mapan

30 Disember 2010, Nilai: Satu taklimat serta penerangan berkaitan Teknologi Hijau telah diadakan di Bilik Gerakan Majlis Perbandaran Nilai. Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Ng Soo Tian, Setiausaha (Regulatori & Pembangunan) Sektor Teknologi Hijau, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPN. Program ini telah turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis, Pegawai-Pegawai serta Kakitangan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan juga Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
.
Jabatan Bangunan MPN telah bertindak selaku tuan rumah bagi program yang julung kali diadakan ini bagi menyedarkan orang ramai perihal 5 objektif utama Dasar Teknologi Hijau, iaitu;
.
1. Mengurangkan kadar peningkatan guna tenaga dan pada masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
2. Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
3. Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan daya saing dalam Teknologi Hijau dan daya saing dalam Teknologi Hijau di perasada antarabangsa;
4. Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
5. Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak urusetia di atas kejayaan penganjuran program ini.
.
Suasana sebelum program bermula Sdr Safwan memulakan majlis dengan bacaan doa



Semua yang hadir mengaminkan bacaan doa
YBhg Dato' Yang DiPertua menyampaikan ucapan alu-aluan
Pelbagai amanat serta nasihat berkaitan Teknologi Hijau disampaikan
Cik Ng Soo Tian memulakan Taklimat dan Penerangan berkaitan Dasar Teknologi Hijau
Di antara para peserta yang turut hadir ke program ini


Tuan Hj Anuar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri Sembilan mengajukan soalan


En Murali, Ahli Majlis MPN pula mengutarakan soalan kepada penceramah


Dato' Yang DiPertua menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada Cik Ng Soo Tian
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: