Rabu, 29 September 2010

Majlis Tahlil Arwah, Doa Selamat dan Jamuan Aidil Fitri di Rumah Ibu PUU

29 September 2010 (Rabu), Pancor : Bersempena dengan bulan mulia Aidil Fitri, di rumah ibu Pengarah Undang-Undang MPN (En Syamsul Amri) telah berlangsungnya Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Jamuan Aidil Fitri. Jamuan ini berlangsung selepas Isya' kira-kira jam 8.30 malam. Majlis ini berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu yang agak ramai juga. Ketua Masak yang utama adalah ibu PUU dan Mak Long PUU. Lebih memenatkan apabila, Mak Long PUU yang demam teruk. Tapi, walaupun demam, Mak Long tetap membantu, malahan menebar roti canai untuk majlis ini.
.
Jemputan utama pada malam itu adalah jemaah surau Kampung Pancor. Majlis tahlil arwah dan doa selamat telah diketuai oleh En Nasuludin (Cik Atan) iaitu Imam Surau An-Nur, Pancor.
.
Pelbagai hidangan istimewa dihidangkan, antaranya, Mee Bandung, Nasi Lemak Sambal Sotong, Roti Canai, Kuih-Muih, serta kuih-muih raya dan banyak lagi.
.
Tn Hj Shamsudin (Imam Masjid Paroi) dan isteri turut hadir ke majlis ini. Anak-anak Yatim dan Orang-orang Tua daripada Rumah Ibuku Sayang daripada Taman Pancor Jaya turut sama menghadiri majlis ini menjadikannya lebih meriah lagi. Kelihatan juga ramai saudara-mara serta sahabat-sahabat termasuklah kakitangan yang bertugas di Majlis Perbandaran Nilai (MPN), antaranya Pn Ruhiyati Idayu (Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPN) dan suami, Puan Azura (PA Dato' YDP) bersama suami, Pn Maryanti Maarof dan suami, Yogis dan keluarga, Maria dan keluarga serta Raja Mohd Noor dan keluarga.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar untuk tatapan bersama.
.
Suasana ketika majlis tahlil bermula
Sementara itu di dapur yang sedang bertungkus-lumus sibuk menyiapkan hidangan
Suasana di suatu sudut dapur di mana jemaah wanita menyertai tahlil yang dijalankan

Suasana dari luar rumah

Suasana di bawah khemah yang mula di datangi para tetamu yang sudah tidak muat duduk di dalam

Suasana di dalam rumah

Semua menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa

Kelihatan anak-anak PUU (Danish & Dhafir) yang sedang bergurau-senda bersama saudara-maranya

Doa yang dibacakan diaminkan bersama-sama

Kelihatan Pn Ruhiyati bersama suaminya En Aziz

Pn Maryanti yang sedang menjamu selera sambil memangku anaknya Hadif

Kimi yang leka menikmati Nasi Lemak Sambal Sotong

Kuih-Muih yang dihidangkan

Aneka Mee dan Mihun untuk di

Lauk-pauk yang mendapat sambutan

Suasana ketika jemaah surau menjamu selera

Suasana ketika para tetamu mengambil makanan

Anak-anak Yatim yang sedang menikmati jamuan dengan penuh berselera!

Di ruang tamu, tempat hidangan utama untuk Imam dan jemaah surau

Tiada banyak yang dapat diperkatakan melainkan hidangan yang memang menyelerakan!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: