Pada 2 September 2010, telah berlangsungnya perhimpunan pagi bagi bulan September. Perhimpunan yang biasanya diadakan pada penghujung bulan diadakan pada awal bulan kali ini, memandangkan tidak sampai beberapa hari lagi kesemua kakitangan akan bercuti bagi menyambut Syawal.
.
Di dalam sesi perhimpunan pagi kali ini YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai telah mengambil peluang ini untuk menyampaikan amanat dan pesanan buat semua kakitangan yang hadir.
.
Di antara isikandungan perutusan YBhg Dato' Yang DiPertua :
.
"Buat semua kakitangan yang dihormati. Sesungguhnya kita hendaklah sentiasa berhemah di dalam setiap tindakan kita. Khususnya buat peniaga-peniaga gerai / penjaja, hendaklah kita sentiasa lebih sensitif (hypersensitive) dalam menangani isu ini. Sebolehnya kita perlu sentiasa mencari alternatif bagi menyelesaikan permasalahan ini. Ini pastinya merupakan cabaran buat kita kerana dalam kita ingin menguatkuasakan undang-undang, kita perlu mengambil kira sensitiviti serta kebajikan masyarakat. Tindakan ini ibarat "menarik rambut dalam tepung". Dalam kita menarik rambut itu, rambut janganlah putus dan tepung janganlah berterabur!
.
Semua kakitangan MPn perlu ingat dan sedar, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menginsafi bahawa kita telah pun masuk 53 tahun mencapai kemerdekaan. Kita dapat lihat betapa selesa dan terbaiknya negara kita ini. Tidak ada yang terbaik selain daripada suasana dan persekitaran di dalam negara kita. Namun, kita perlu sedar bahawa keadaan yang aman dan damai ini bukanlah boleh dibentuk dalam masa sehari tetapi ia memakan masa yang lama.
.
Pemimpin negara terdahulu bersusah payah berusaha menyusun masyarakat dan membangunkan ekonomi. Antaranya Allahyarham Tun Abdul Razak. Maka, janganlah kita bergaduh sesama sendiri, kerana jika tidak, tidak mustahil keamanan dan keharmonian negara ini akan lenyap, lihat sahaja keadaan di Bosnia, di Indonesia, di Bangladesh dan lain-lain lagi. Maka sewajarnyalah kita mensyukuri nikmat ini.
.
Semua kakitangan hendaklah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan sebarang permasalahan hendaklah diselesaikan dengan cara baik. Jika perlu berbincanglah dengan Pengarah-Pengarah. Jagalah nama baik Majlis Perbandaran Nilai. Dan pastikan kita mampu melaksanakan yang terbaik buat masyarakat. Sama-samalah kita menghayati kemerdekaan.
.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama di sepanjang saya bertugas sebagai Yang DiPertua, dan saya juga tidak lupa mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin. Bila pulang ke kampung nanti, berhati-hatilah di jalan raya.
.
Sekian, terima kasih"
.
Program perhimpunan pagi ini tamat pada jam 8.45 pagi. Urusetia perhimpunan pagi bagi bulan September ini adalah Jabatan Perlesenan.

Dato' Yang DiPertua ketika menyampaikan ucapanDi antara kakitangan yang hadir ke majlis perhimpunan pagi ini
Semua mendengar dengan fokus setiap isikandungan ucapan berupa amanat daripada Dato' Yang DiPertua
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan