Khamis, 9 Jun 2011

Pembangunan Pertanian Perlu Transformasi




LABU : 31 Mei – Sistem perakuan yang telus merupakan asas kepada pengurusan sesebuah organisasi yang baik dan sempurna.


Bertanggung jawab serta bekerja kuat memberikan khidmat kepada semua ahli menjadi pemangkin kepada pencapaian satu tahap kecemerlangan seterusnya membantu merealisasikan hasrat kerajaan.


Mesyuarat Agung Ke-31 Pertubuhan Peladang Kawasan Seremban berlangsung di Dewan Jabatan Pertahanan Awam, Labu dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan, pagi ini.


Dengan lebih 3000 ahli di Negeri Sembilan, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) diminta terus mengerakkan perkembangan aktiviti pertanian asas tani ini bagi menjamin keselamatan bekalan makanan bukan sahaja mencukupi malah boleh di eksport pada masa depan.


Menteri Besar yakin dengan kemampuan serta pengalaman PPK akan dapat melakukan transformasi dalam memodenkan bidang pertanian ini dengan menggunakan teknologi serta peralatan terkini yang mampu mengeluarkan hasil berlipat kali ganda.


Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa melaksanakan inisiatif seperti melakukan pelepasan anak ikan dan anak udang di beberapa sungai terpilih dan turut menawarkan kepada semua pihak untuk terlibat mewujudkan ‘ladang rakyat’ tanaman sayuran.


Menteri Besar mahu melihat kadar inflasi dan sara hidup dapat dibendung dengan menambah pengeluaran dalam bidang pertanian juga penternakan .


Pasar Tani akan menjadi medan tetap para petani dan peladang bertemu serta berurus niaga dengan pemborong disamping menjual terus kepada pengguna atau pembeli yang datang.


Di Pasar Besar baru yang akan didirikan, satu ruang kawasan khas untuk para petani menjual terus hasil pengeluaran mereka akan dipastikan ada dan PPK disaran supaya bekerjasama memantau pihak-pihak yang mengambil kesempatan seperti membuat keuntungan berlebihan dalam segala peringkat urus niaga.


Menteri Besar juga mahu semua pihak memberikan fokus kepada pembangunan serta dasar kerajaan yang ternyata berteraskan kepada keutamaan kesejahteraan seluruh rakyat sambil mengingatkan jangan lagi terpengaruh dengan fitnah pembohongan pihak pembangkang.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: