Khamis, 9 Jun 2011

Terima Kasih MPN Kerana Membekalkan Motosikal Baru!!!

Sekalung apresiasi buat pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kerana telah memperkenankan permintaan Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasa bagi mendapatkan motosikal baru. Ini bukanlah yang pertama kerana ini adalah tambahan kepada motosikal yang telah diterima oleh JUUP sejak 2 tahun lalu menjadikan jumlah keseluruhan 13 motosikal.

Motosikal ini bakal digunakan oleh anggota penguatkuasa di dalam menjalankan tugas rondaan di sekitar kawasan MPN serta membantu Bailif dan Unit Task Force Cukai Taksiran untuk melaksanakan tindakan penyerahan Waran F melalui tindakan yang lebih pantas serta ekonomi (menjimatkan).

Menurut En. Syamsul Amri Ismail, Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasa MPN, pentadbiran MPN yang diterajui oleh kepimpinan YBhg Dato' Yang DiPertua sememangnya sentiasa peka dengan kehendak serta mengambilberat sebarang penambahbaikan bagi memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan berkesan. "Saya benar-benar berharap agar kemudahan yang telah disediakan oleh pihak MPN ini akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh kakitangan saya di dalam memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih mantap dan berkesan. Saya percaya dengan pertambahan bilangan motosikal ini, kelancaran serta mutu kerja berkaitan tugasan penguatkuasa dan juga Bailif pastinya akan dapat dipertingkatkan. Saya juga percaya, kakitangan saya pastinya akan melaksanakan tugas dengan lebih mudah serta bersemangat lagi!" ulas beliau ketika ditanya berkaitan motosikal yang baru diterima ini.

Berikut dikongsikan beberapa gambar motosikal yang bari diterima oleh pihak JUUP.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: